FATIHAH menerima huluran not sebanyak RM50 daripada Ameera. Kali ini dia menggantikan tempat Wahida. Cuma yang dipeliknya, mengapa Ameera tak mahu buat sendiri? Mungkinkah kerana takut?
" Bangunan sama kita bawak dia dulu? " Ameera mengangguk.
" Settle! " Hakimi sudah membenarkan dia pulang seorang diri. Oh, lupa. Sepupunya itu sudah mendapat kebenaran untuk membawa motosikal ke sekolah dan pulang dari sekolah menggunakan motosikal ayah lelaki itu. Seronoklah tu.
" Aku pergi dulu. " Ameera meninggalkan Fatihah selepas memberikan wang itu. Dia menghela nafas lega.
Sekarang waktu balik. Fatihah sedia menunggu kelibat Adreena dari luar sekolah. Ah, Aleeya ada pulak!
" Siapa Faris Daniel tu, Leeya? "
" Satu hari nanti kau akan tahu jugak. " bahasa kau aku sudah lama digunakan. Kiranya diorang ini macam sahabat baiklah.
" Kenapa macam tu pulak? " tanyanya.
" Dia tu cuma lelaki yang perasan samseng. Dah tu je. Okeylah aku balik dulu. Bye. " Aleeya melajukan langkahnya.
" Hai, Reena! " Fatihah berlakon menjadi mesra.
" Hai. Eh, kau sorang je ke? Yang lain mana? " hatinya berdebar saat teringat peristiwa yang dialaminya dahulu. Kenapa dengan Fatihah ni? Baik semacam aje.
" Teman aku beli topup jap. " tangan Adreena ditarik oleh Fatihah. Mereka sama-sama menuju ke deretan beberapa buah kedai runcit sehinggalah Adreena tidak sedar bahawa dia sudah sampai di belakang bangunan seram itu.
" Eh, Tiha. Bukan ke kau kata nak beli topup tadi? Kenapa kita kesini pulak? " katanya tetapi tidak diendahkan oleh Fatihah. Fatihah membelakanginya dan itu membuatkan Adreena berasa cuak dan gelisah.
" Kau ke yang ungkit kes Aleeya tu? " tanyanya. Masih membelakangi Adreena.
" Ttt-tak. Bukan a..aku. " tergagap-gagap jawapannya. Sebilah pisau yang panjangnya sebanyak 15 cm dikeluarkan dari dalam poket.
" Apa kau nak buat dengan pisau tu, Tiha? " Fatihah memusingkan tubuhnya lalu menunjukkan pisau itu ke arah wajah Adreena.
" Ye ke? " setapak demi setapak Adreena mengundur ke belakang sehingga dia bersandar pada dinding bangunan usang itu.
" Sumpah, bukan aku! " pipi Adreena digesel-gesel dengan mata pisau yang tajam itu. Dia hanya mampu tersenyum melihat keadaan Adreena.
" Tolonglah, Tiha! Bukan aku! "
" Dendam tetap dendam, Reena. Siapa yang berani mencabar, kena berani menerima akibatnya. " mata pisau beralih ke arah lengan kiri Adreena.
Perlahan-lahan lengan Adreena ditoreh. Menitis-nitis darah merah sehingga terkena baju Fatihah. Mulut Adreena ditekup oleh tangan Fatihah. Dia sudah menyelesaikan tugasnya. Ameera pasti gembira.
" Dah, kau boleh blah. " tisu basah yang dibawa, dikesat pada torehan pisau. Tak banyak pun darah yang keluar. Fatihah tidak sanggup menoreh sepertimana Wahida lakukan terhadap Nadrah.
" Jangan bagitahu sesiapa atau... " pisau ditunjukkan lagi. Adreena berlari ke arah sekolah sambil menahan air mata. Matanya merah ibarat biji saga, menahan pedih pada lengan kirinya. Bukan dia yang ungkit kes itu tetapi Aishah! Itu semua hanyalah fitnah. Sengsaranya hidup. Mengapa dia ditakdirkan seperti ini?
YOU ARE READING
Dendam
Mystery / ThrillerDendam kembali bernyawa . Geng Sakura tidak boleh berdiam diri lagi . Geng Rose akan merana selepas dendam dilunaskan . Namun bukan itu penghujungnya . Geng Rose bekerjasama untuk melawan mereka . Adreena , Aleeya , Aishah dan Nisa mempunyai...