DANISH NOAH . Hidup sempurna . Kacak semestinya . Berbadan tegap walupun baru darjah 6 . Sadolah kiranya . Tapi taklah sado sangat . Kenal dengan Wahida sejak dia darjah 5 . Kenal daripada siapa? Geng Sakura tiruan sekolah rendah . Noah agak meluat kerana perempuan sekarang ini meniru aje kerjanya .
Sejak dia kenal Wahida , dia ingin mengetahui lagi kisah Wahida . Stalkerlah kiranya . Tak habis stalk Facebook , stalk Instagram pulak . Bila dah kenal secara rapat , Noah cuba untuk berjumpa gadis bernama Wahida itu. Kenapalah tak kenal sejak darjah 4?
Noah bagi surat kat Wahida . Wahida pulak punyalah suka bila tahu ada orang suka dia . Apalagi , chat kat Facebook kemudian Wechat . Benda biasa . Akhirnya jadilah The Couple of The Year .
Wahida tak minta banyak daripada Noah . Bukan harta tapi dia minta Noah untuk menyayanginya sepenuh hati . Jika orang dewasa mengetahui tentang cerita mereka ini mungkin dorang akan meluat atau sebagainya .
" Thanks tau . Kalau tak kerana kau , mereputlah aku kat dalam neraka tu . " mulut Wahida memang boleh tahan juga . Lagi-lagi bab menjawab kata-kata orang .
" Welcome Princess Wahida . Untuk kau , aku sanggup . Aku nak tengok kau happy selalu . Aku tahu sejarah hidup kau . Aku akan cuba buat kau bahagia . " wow ayat . Sweet gitu . Tapi kadang-kadang kaum Hawa ni kena ingat satu benda . Tak semua lelaki menunjukkan kebenaran dalam ayat mereka itu . Sesetengah daripada mereka berkata begitu hanya untuk mencairkan hati kaum Hawa . Nampak tak permainan mereka tu?
" Okey , Prince Noah . I love you . Bye . " Wahida percaya bahawa Noah tak seperti yang disangkanya . Apa yang disangkanya? Sangkanya ayat yang Noah lontarkan itu hanyalah untuk mencairkan hatinya bukan mahu membuktikannya . Apa-apa sahajalah . Tapi mereka berdua ini tak seperti Kamil dan Fatihah yang berpelukan ala-ala filem Titanic itu .
Masuk sahaja kedalam rumah , ayah Wahida merenungnya lama dan pada waktu itu jugalah Wahida kecut perut . Tajam ayahya merenung sebuah beg plastik pegangan Wahida yang berisi pakaian yang baru sahaja dibelanja Noah . Masaklah!

YOU ARE READING
Dendam
Mystery / ThrillerDendam kembali bernyawa . Geng Sakura tidak boleh berdiam diri lagi . Geng Rose akan merana selepas dendam dilunaskan . Namun bukan itu penghujungnya . Geng Rose bekerjasama untuk melawan mereka . Adreena , Aleeya , Aishah dan Nisa mempunyai...