BAB 25

342 31 0
                                    

NISA tersenyum sinis melihat gelagat rakannya. Memang sah mereka berdua itu bodoh tahap bawah kaki. Tak fikir sebelum buat. Rasa macam nak pukul sorang demi sorang. Tak sangka juga dia mendapat rakan bodoh yang amat seperti mereka.

" Bodoh-bodoh belaka. " dia berlalu dari situ.

" Oi, Nisa! Bukan ke kau nak balik tadi? " Aleeya yang menyedari mereka diintai salah seorang ahli geng mereka terus menegur Nisa.

" Aku tak jadi balik. Saja nak tengok idea bodoh korang. " menyirap Adreena selepas mendengar jawapan Nisa. Bijak sangat ke kau ni?

" Nisa! Kalau kau asyik nak bash kitorang, kau boleh blah dari Rose. " Adreena memang dah hilang sabar dengan perangai Nisa. Tangannya memang sudah lama bersedia nak pukul minah ni.

" Aku yang cadang nak buat group ni tau. Sepatutnya yang jadi ketua adalah aku bukan kau, Reena. Aku nak stay dalam group ni tapi dengan syarat... "

" Apa syaratnya? " tanya Aleeya.

" Aku tak boleh sekepala dengan korang. " mereka berdua memandang sesama sendiri. Pelik.

" Maksud kau? "

" Mungkin sesetengah idea korang aku tak boleh terima. " balas Nisa.

" Kalau macam tu, sesetengah idea kau pun, kami tak boleh terima. Kira adillah, ya? " giliran Aleeya membasuh Nisa.

" I don't mind. Tapi ingat...ini aku punya group. Sepatutnya aku jadi ketua. " merah padam wajah Aleeya dan Adreena. Annoying sungguh!

FARIS DANIEL dari tadi asyik memerhati gadis itu. Apa yang gadis itu lakukan pun dia perhatikan. Sejak pertama kali bertembung dengan gadis itu dia mempunyai satu rasa yang tak mampu diungkapkan. Jiwang sungguh!

" Oi, Ris! Kau intai siapa? " tegur Kamil, sahabat sejati Faris.

" Eh, tak ada apalah. Aku lapar ah. Dah rehat kan? Jomlah pergi kantin. Nanti beratur panjang susah pulak. " tangan Kamil ditarik kasar.

" Eh, lepaslah. Nanti orang cakap kita gay pulak. "

" Sorry, terpegang. " tangan Kamil dilepaskan. Tapi mereka memang rapat. Orang kata mereka gay pun rasa macam dah biasa. Perempuan dengan perempuan yang peluk-peluk tu, tak ada pulak nak diejek lesbian. Pelik bin ajaib!

" Kau berubah, Ris. Aku pelik dengan kau ni. Selalu nak ajak aku lalu depan kelas 2 Amethyst tu. Kenapa dengan kau ni? "

" Tak ada apa-apalah. " Faris cuba mengelak.

" Kau jangan tipu akulah. Aku kenal kau sejak darjah 1 tau. Kau suka sesiapa dalam kelas tu ke? " tanya Kamil. Dia main serkap jarang je.

" Yelah-yelah. Aku suka sorang budak perempuan dalam kelas tu. "

" Memanglah perempuan. Takkan lelaki. Siapa perempuan tu? " hanya tinggal mereka berdua sahaja di dalam tandas lelaki. Yang lain semua pergi rehat.

" Orang panggil dia, Reena. Itu ajelah yang aku tahu. " apalah Faris ni. Nak ngorat awek tapi satu apa pasal awek tu pun tak tahu.

" Apa-apa jela, Ris. Nanti aku tolong kau eh? Dah jom. " mereka berdua melangkah keluar dari dalam perut tandas.

" Asal korang tak rehat dengan Nisa sekali? " tanya Aishah.

" Mampus ah dia tu. Annoying macam babi. " balas Adreena. Bencinya terhadap Nisa makin menggunung tinggi.

" Asal duh? Ceritalah sikit. "

" Dia tu macam gila kuasa. Padahal tak ada jawatan apa-apa pun dalam group kita ni. " Aleeya pula membalas.

" Kan aku dah cakap. Jangan diikut idea dia. Bila orang ikut cakap dia, dia akan fikir yang dia ketua. Aku dah lalilah dengan perangai dia yang menyakitkan hati tu. " Aishah menyuap sesudu nasi lemak ke dalam mulutnya.

" Tapi kalau kita tak ikut apa yang dia cakap, lagilah teruk. Nanti habis kita kena basuh dengan dia. Nak ke? Lebih baik kita sabar dengan perangai dia daripada keadaan jadi lebih teruk. " Aleeya dan Aishah mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Adreena. Nur Haznisa memang macam tu. Lagi-lagi Aishah yang asyik kena turutkan cakap minah keding tu. Menyakitkan hati betul!

DendamWhere stories live. Discover now