BAB 23

338 34 0
                                    

KETIKA di dalam bilik, Adreena membalut lengan kirinya yang ditoreh Fatihah . Dia takkan sesekali menunjukkan torehan ini kepada sesiapa pun. Semasa di dalam kereta tadi, penat dia menahan kesakitan itu. Pucat mukanya. Mujur ibu tidak bertanya apa-apa.

      " Reena, bukaklah pintu ni. Lamanya dalam bilik. Jomlah makan. Tak lapar ke? " tanya ibu di luar pintu.
    
      " Kejap ibu. Reena tengah sikat rambut. " nak tak nak kena tipu jugak. Tipu sunatlah katakan.
     
      " Yelah. Ibu tunggu kat meja makan ye. Turun makan tau. Nanti sakit perut. " beruntunglah jika dapat ibu yang mengambil berat macam ni. Sesetengah kaum ibu mana nak kisah anak tu dah makan ke belum. Syukurlah.

      Adreena menyimpan pembalut luka di dalam laci almarinya. Pintu bilik dibuka lalu dia turun ke bawah. Bau ayam masak lemak cili padi menusuk ke dalam rongga hidung. Ah, nikmatnya!

      " Nah, ibu masak special untuk Reena. " semangkuk ayam masak lemak dihidangkan bersama sepinggan nasi putih.

     " Wah, lama Reena tak makan ni. Thanks ibu. " kedua-dua beranak itu menikmati hidangan tengah hari yang nikmat itu. Wajah Adreena tetap pucat seperti tadi, namun masih tidak disedari ibunya. Dia mahu lupakan kisah yang beberapa minit sudah berlalu itu.

ALEEYA menunggu kelibat Adreena di lobi sekolah. Dua bulan sudah mereka berkawan dan mereka sudah menubuhkan satu geng. Rose namanya. Bukan mahu meniru Geng Sakura. Tapi idea untuk menubuhkan geng tiba-tiba sahaja datang. Prinsip mereka sama. Membalas dendam yang terpendam.

      Hari ini mereka akan merancang sesuatu. Sesuatu yang tak dijangka. Sesuatu yang menarik. Mereka akan membalas dendam. Adreena merapati Aleeya. Mereka sama-sama tersenyum sinis selepas berbincang sesuatu yang menarik itu. Hari ini mangsa pertama mereka adalah...Fatihah.

      " Kau bawak tak tali yang aku suruh tu? " tanya Aleeya.

      " Bawaklah. Aku takkan sia-siakan peluang ni. Bila tengok dia merana, aku akan puas hati. Kesan torehan dia tu akan jadi kenangan untuk aku dan apa yang akan aku lakukan kat dia nanti juga akan menjadi kenangan terindah aku. " balas Adreena. Hari ini mereka akan stay back di sekolah.

      " Make sure masa kita buat tu jangan ada sesiapa yang nampak. " giliran Aishah bersuara. Nisa masih membisu. Dia tidak berminat dengan idea mereka kerana baginya idea mereka itu membosankan dan cara lama. Tidak rare baginya.

      " Yelah. Kau tolong jaga. Nisa sekali. " Adreena mengerti bahawa Nisa memang tak sekepala dengannya. Nisa memang pendiam orangnya. Disuruh bersuara, dia hanya membisu. Tapi kalau bab-bab membahan orang, dialah nombor satu.

      " Dengar tu Nisa. Kau tolong jaga dengan aku. Mata kau kan tajam. Makhluk halus pun boleh nampak. " satu lagi rahsia Nisa telah didedahkan sejak sebulan yang lalu. Nisa mempunyai deria yang keenam. Dia boleh nampak benda yang orang lain tak boleh nampak. Adreena pernah terfikir, bagaimana Nisa boleh hidup dalam keadaan boleh nampak benda-benda itu?

      " Ya. Aku tahu. Jangan risau. " jawab Nisa. Memang dia pendiam. Dalam diam, dia hebat. Hebat kerana dia juga mempunyai perancangan tersendiri. Rancangan itu tidak dikongsi dengan rakan-rakannya itu. Biarlah ia menjadi satu rahsia. Dia tersenyum sinis sendirian.


      WAKTU sesi persekolahan sudah habis dan sekarang tiba masanya mereka akan melakukan rancangan mereka. Fatihah memang selalu keluar lambat dari kelas. Jadi mereka menunggu di luar kelas Fatihah dengan sabar. Aleeya berbisik kepada Adreena, " Aku tumbuk dia, kau terus tutup mulut dia. Masukkan dia kat dalam stor sukan dan ikat dia. And then, blah. " Adreena mengangguk faham. 

      Dush! Pipi Fatihah ditumbuk Aleeya sejurus sahaja dia keluar dari dalam perut kelas. Adreena menekup mulut Fatihah dengan sehelai tuala kecil. Fatihah yang amai-amai diangkat oleh Aleeya. Jika Fatihah ini gemuk orangnya, memang diorang takkan angkat. Nasiblah, Fatihah kurus. 

      Pintu stor yang menempatkan alat-alat untuk bersukan dibuka. Bau hapak menusuk ke dalam hidung. Nisa dan Aishah memerhati jika ada sesiapa yang nampak perbuatan kejam mereka itu. Memang semua orang dah keluar. Clear! 

      Bangku panjang berwarna biru yang diletakkan sebakul bola, ditarik. Bakul itu diletakkan ke atas lantai. Tubuh Fatihah dibaringkan. " Lepaskan aku! Apa korang buat ni? " jerit Fatihah. Cepat-cepat Adreena menutup mulut gadis itu. Tali yang dibawa diikat bersama dengan Fatihah. Mulut Fatihah ditampal dengan masking tape. Fatihah meronta-ronta untuk dilepaskan. Pintu stor ditutup dan Fatihah ditinggalkan dalam keadaan yang gelap gelita. Mission done! 

      Nisa berhenti berjalan. Aishah, Aleeya dan Adreena memandang Nisa. Manalah tahu kalau-kalau Nisa nampak sesuatu. " Korang tak rasa ke tu idea bodoh? Buatnya cikgu yang buka stor tu macam mana? Mestilah Fatihah cerita yang kita semua yang buat dan dalangnya engkau, Aleeya. " 

      Sebenarnya mereka bertiga tidak terfikir langsung tentang kesan perbuatan mereka. Adreena membalas kata-kata Nisa. " Nanti kita datang sekolah balik. Kita lepaskan dia. Guard tu baiklah. Semua dia kasi masuk. " 

      " Bodohnya kau, Reena. " Nisa ketawa sinis. 

      " Aku tak nak terlibat dalam kes ini jika sesiapa tahu. Okey? Chiao! " langkah demi langkah Nisa berjalan keluar dari dalam sekolah. 

      " Sabarlah, Reena. Nisa tu annoying sikit. " kata Aishah. Mereka sama-sama melangkah keluar sekolah.  

DendamWhere stories live. Discover now