ALEEYA merenung torehan pada lengan kirinya . ' S ' bentuknya . Wahida yang mengajak dia memasuki kumpulan Sakura . Titisan demi titisan air mata tumpah tepat pada kesan torehan itu .
Aleeya sudah insaf dan bertaubat . Dia dahulunya sungguh zalim . Kaki ugut dan kaki pukul . Sudah ramai yang menjadi mangsanya .
Tangannya pernah menumbuk seorang pengawas lelaki kerana pengawas tersebut membuat laporan bahawa mereka merokok di dalam tandas sekolah .
Kakinya pernah menyepak wajah seorang rakan sekelas kerana dia tidak membayar hutang sebanyak RM50 . Dia mempunyai sijil taekwando semasa di sekolah rendah dahulu . Jadi dia berani untuk memukul orang .
' Aku insaf . ' dia menangis sekuat hati . Rasa menyesal mula menghuni diri . Walaupun sudah memohon maaf beberapa kali kepada mangsanya , namun perasaan bersalah masih bersisa .
' Aku benci kau Wahi! ' kerana Wahida , dia kehilangan ramai kawan dan salah seorangnya adalah Nadrah . Rakan sejak dari darjah satu .
Solat Zohor masih belum ditunaikan . Dia mengesat air mata dan berlalu ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk . Berdoa kepada Ilahi supaya menghindari dirinya daripada gejala tidak sihat seperti itu .
JARUM pendek jam tepat menunjukkan angka 12 pagi . Adreena masih tidak dapat melelapkan matanya . Sekejap pusing ke kanan dan sekejap ke kiri . Bunyi enjin motorsikal dan suara-suara manusia membuat Adreena terjaga . Mat rempit ni , tak ada hari lain ke nak berlumba? Esok sudahlah hari sekolah!
Bantal busuknya ditekup pada muka . Bising! Padah apabila rumah berdekatan dengan lebuhraya . Penghawa dingin tidak dapat membuatkan dirinya terlena . Ya Allah , bisingnya!
Perlumbaan motosikal menjadi lebih sengit apabila dua jejaka berlumba sesama sendiri . Fatihah yang berada di tepi jalan tidak habis-habis menjerit-jerit nama kesukaannya .
" Kamil , you can do it! " jeritnya lagi . Ameera disebelah hanya tersengih .
" Imran sayang! Kalahkan Kamil!" Imran , 15 . Teman lelaki Ameera .
Nama Imran dan Kamil saling bersahutan . Ada yang menyindir lagi . Imran dan Kamil berpandangan sesama sendiri . Seorang gadis berdiri ditengah jalan lalu memulakan perlumbaan haram itu .
" Kamil!"
" Imran!" nama dua jejaka bergema dari permulaan trek hingga pengakhirannya .
15 minit tempoh perlumbaan dan Imran telah memenanginya . Dia memandang sinis terhadap Kamil .
" Congrats , bro . " Kamil menepuk perlahan belakang Imran .
" Thanks . Relax , Kamil . This is your beginning . Esok atau lusa , handallah kau . " Ameera berlari anak kearah motor Imran .
" Congrats , honey . "
" Thanks sayang . " bahu Ameera dipeluk erat oleh Imran .
" Kamil , you ni apalah. Kalah dengan budak kecil . " Fatihah mencebik . Mengada-ngada!
" Inikan first time I race . Dulu I tak macam inilah . Nasib family I pergi haji . Dapatlah keluar pagi-pagi buta macam ni . " pipi gebu Fatihah dikucup Kamil .
Para pengguna jalan raya yang lain , menggeleng kepala melihat aksi anak-anak muda sekarang ini . Kasihan ibu bapa . Penat mendidik , tapi anak yang ingkar . Ustaz sendiri berkata bahawa merempit adalah membunuh diri dan dilaknat yang Maha Esa .
Tidak disangka, Kamil , pengawas sekolah , pelajar cemerlang sekolah dan pelajar yang selalu mendengar kata guru itu berubah 100% menjadi seliar-liarnya . Ibu bapa menunaikan ibadat haji untuk mendoakan anak mereka lulus dalam SPM , anak di Malaysia lagi memburukkan nama keluarga . Nauzubillah!
Pukul 1 pagi . Adreena sudah terlena dibuai mimpi . Para mat rempit telah lama bersurai . Alhamdulillah . Aman sedikit .
YOU ARE READING
Dendam
Mystery / ThrillerDendam kembali bernyawa . Geng Sakura tidak boleh berdiam diri lagi . Geng Rose akan merana selepas dendam dilunaskan . Namun bukan itu penghujungnya . Geng Rose bekerjasama untuk melawan mereka . Adreena , Aleeya , Aishah dan Nisa mempunyai...