" NUR AMEERA ALEYA! " yang lain semuanya meninggalkan Ameera . Takutlah tu .
" Aleeya! Kau okey tak ni? " hidung Aleeya sudah berdarah . Masih nak ditanya okey ke tak . Haihlah Reena ni .
" Reena, Aishah. Bawa Aleeya ke bilik kesihatan. Ameera, ikut saya ke bilik disiplin . " Aleeya dipapah oleh Adreena dan Aishah .
Mujur Adreena cepat-cepat bertindak . Dia mengekori kemana Aleeya pergi . Perbualan mereka juga didengari sehinggalah Ameera tiba-tiba menyepak perut Aleeya . Dia segera menceritakan pada Aishah dan tanpa berlengah mereka berdua membuat laporan kepada Cikgu Rohana .
Ketika di dalam bilik displin, Ameera tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika duduk di hadapan Cikgu Rohana.
" Muka awak lagi . Tak awak, Wahida . Tak, Wahida, awak . Apa sebenarnya masalah awak? Awak nak saya hantar awak ke balai polis? " tanya Cikgu Rohana.
" Kasihanlah mak ayah awak... " belum sempat Cikgu Rohana menghabiskan kata-katanya, Ameera menyambung.
" Cikgu jangan sebut pasal ayah saya! Saya benci dia. " kali ni apa nak jadi, jadilah . Asalkan jangan sebut pasal ayah.
" Kenapa? "
" Saya benci dia sebab... " air mata Ameera mula menitis . Pengalaman yang paling perit adalah bersama dengan ayah yang macam binatang!
" Sebab...sebab dia...dia tinggalkan mak saya dan saya yang masih kecil masa tu. Dia selalu pukul mak saya. Dia jugak selalu pukul saya. Dia tinggalkan mak saya dan kahwin dengan orang lain. Dia bawak saya lari daripada mak. Mak tiri saya dera saya, cikgu . Dia pukul saya . Mak saya bawak kes ni sampai mahkamah. Saya tersepit dalam hal ni. Akhirnya, mak saya tingglkan saya pada nenek . Dia tak nak saya terus didera. Sekali-sekala dia datang melawat saya. Saya benci ayah saya. " air mata terus merembes keluar. Puas apabila seseorang dapat mendengar luahan hati. Cikgu Rohana terdiam sebentar.
" Saya faham perasaan awak. Tapi itu bukan sebab kenapa awak jadi macam inikan? Kenapa awak pukul Aleeya? "
" Saya dah terbiasa pukul orang. Kalau benci sangat dengan orang tu memang saya pukul. Saya teringat ayah saya. Dia yang ajar semua ni. Bukan salah saya. " kalau diteliti elok-elok, memang tak logik alasan Ameera ni. Menjual cerita lama untuk melepaskan diri adalah taktik terbaru.
" Sudahlah Ameera. Jangan beri alasan macam tu lagi. Saya akan serahkan kes awak ini kepada pengetua. Awak memang dah melebih. " segera Ameera mengangkat wajahnya.
" Tolong cikgu. Saya janji tak buat dah. Tolonglah jangan bagitau mak saya. Saya tak nak dia tahu semua ni. Tolong cikgu. Saya berjanji cikgu. Kali ini saya takkan buat lagi dah. " entah apa kuasa yang si Meera ni guna, tiba-tiba Cikgu Rohana mengangguk. Kes ini mana boleh dibiarkan! Cikgu apakah?
" Ini peluang terakhir. Saya nak awak minta maaf dengan Aleeya. Sekarang! " ingat senang ke nak maafkan? Cikgu pun entah apa-apa.
JAWAPAN sama daripada Aleeya, tolong jangan bagitahu mak dan abah. Ameera melangkah kedalam bilik kesihatan sambil direnung tajam oleh Adreena. Perlahan-perlahan Ameera menapak menghampiri katil Aleeya.
" Aleeya, maafkan aku. Aku terdesak. " bodoh sungguh. Sakura takkan mudah mengalah. Tapi disebabkan Cikgu Rohana, dia terpaksa melanggar peraturan geng kejam itu .
" Ok. " hanya itu jawapan Aleeya. Dia tahu kata maaf dan ok itu hanyalah kerana terpaksa. Dia sudah kenal Ameera. Kisah hitam gadis itu turut diketahuinya.
" Kenapa kau sepak Aleeya? Kau dah gila? Aleeya dah tak ada apa-apa dengan Sakura! " habislah. Aishah dah terlepas cakap. Adreena memandang setiap raut wajah yang berada di dalam bilik kesihatan itu.
" Bermakna, Aleeya bekas ahli Sakura? Betul ke, Leeya? " rahsia kini sudah pecah. Apa boleh buat?
" Betul Adreena. Aleeya tu memang bekas ahli geng aku. " Ameera menjawab.
" Sejak bila? "
" Sejak kau belum ada kat sini. " Adreena menutup mulutnya . Dia terkejut bukan kerana ditipu tetapi tidak percaya yang perempuan sebaik Aleeya itu bekas kumpulan kejam itu.
" Apa motif kau nak belasah dia? " merah padam muka Adreena. Suka-suka hati nak pukul orang.
" Kau tak perlu tahulah, noob. Kau kecik lagikan? Duduk diam-diam je eh. " Adreena mengetap bibirnya. Ameera bodoh, syaiton!
YOU ARE READING
Dendam
Mystery / ThrillerDendam kembali bernyawa . Geng Sakura tidak boleh berdiam diri lagi . Geng Rose akan merana selepas dendam dilunaskan . Namun bukan itu penghujungnya . Geng Rose bekerjasama untuk melawan mereka . Adreena , Aleeya , Aishah dan Nisa mempunyai...