BARU hari pertama , Adreena sudah mendapat beberapa orang rakan . Tak pandailah nak menyombong! Ibu tidak habis-habis menyoal dirinya . Antaranya ...
Kawan ramai tak?
Cikgu macam mana . Okey tak?
Kantin dia jual apa?
Penat menjawab . Adreena merehatkan dirinya dengan menonton televisyen . Running Man! Tempoh satu jam Adreena hanya dengan gelak tawa . Lee Kwang Soo tidak pernah membosankan .
" Amboi , seronoknya . Kerja sekolah ada ke tak ni ? Rileks je ibu tengok . " Puan Fizah duduk disebelah anak tunggalnya .
" Tak . Reena dah siapkan semuanya masa cikgu tak ada . Malaslah nak tangguh-tangguh . " Puan Fizah tersenyum mendengar jawapan anaknya .
" Ibu nak tahu tak ? Tadikan , waktu rehat , Reena ternampak satu kumpulan perempuan ni . Dorang gedik sangat . Aleeya cerita yang dorang tu pembuli malah salah seorang daripada mereka pernah mencederakan anak orang . " beria-ria sungguh Adreena bercerita . Puan Fizah menunjukkan reaksi terkejut . Baru sekolah menengah , sudah pandai buat jenayah .
" Pedulikanlah . Reena jangan layan . " Adreena mengangguk faham .
" Reena cuma terkejut . " remote control dicapai lalu siaran televisyen ditukar . Dia tidak mahu memberitahu ibu tentang kejadian semasa di dalam tandas beberapa jam yang lalu . Biarlah rahsia .
Sementara itu , Aleeya menyinggah disebuah kedai minuman . Malas mahu duduk dirumah . Mak dan abahnya semua sibuk memanjang . Terasa diri diabaikan .
Sambil menghirup lemon tea yang masih berasap , Aleeya melayari laman Instagramnya . Sekejap Facebook dan sekejap Twitter . Bosan!
" Hoi , Aleeya! " Wahida merapatinya . Aleeya dahulunya rakan baik Wahida . Mereka kini tidak serapat dahulu .
" Apa kau nak ? " straight to the point ajelah . Malas nak layan kau! Omel Aleeya .
" Kawan baik kau tu , kaya eh ?" Aleeya menjungkit bahu tanda tidak tahu . Dia baru sahaja kenal .
" Aku perhatikan aje waktu dia balik . Mak dia pakai Beetle lagi kau! " Aleeya sedikit pun tidak kisah . Mak dia pakai Beetle pun nak kecoh minah ni .
" So? " Wahida menjeling tajam pada Aleeya .
" Kayalah tu . Bapak aku pun pakai Kancil je . Tu pun second hand . "
" Bersyukur ajelah . Kenapa ? Kau nak samun mak dia ?" perli Aleeya . Wahida memang berani . Kalau dia boleh hiris lengan Nadrah bermakna dia juga berani untuk menyamun ibu Adreena .
" Sejahat-jahat aku , aku masih tahu bataslah! " bahu Aleeya ditolak kasar . Eh , blahlah perempuan!
" Kau nyaris bunuh Nadrah . Nasib tak terputus urat , dia . " Wahida mengeluarkan handsetnya .
" Jangan ungkitlah , sakai! " Aleeya mengeluh . Jika sabarnya sudah hilang , memang sudah lama Wahida bermandikan lemon tea ini .
" Kau memang nak kekalkan status kau dalam group tu ke ?" sengaja dia bertanya . Manalah tahu Wahida tiba-tiba mendapat hidayah Allah untuk berubah .
" Of course . Kalau bukan Athirah yang ajak aku masuk group tu , selama-lamanya aku jadi noob macam kau . " merah padam wajah Aleeya . Nak aje aku tumbuk kau!
" Kenapalah kau leave group tu ?" tahun lepas , Aleeya merupakan ahli Sakura tetapi dia leave sejak Nadrah dicederakan oleh Wahida . Dia tidak mahu dituduh bersubahat .
" Entah , aku dah lupa . " lemon tea dihirup lagi sehingga habis . Dia meninggalkan Wahida sendirian .
Lengan baju Aleeya terselak dan menampakkan kesan torehan yang menandakan dia pernah berada di dalam kumpulan Sakura . Cepat-cepat dia menurunkan lengan bajunya .
' Nak sorok mana , Aleeya ?' Wahida tersenyum sinis . Dia akan membalas dendam kepada Aleeya . Adreena akan tahu semua ini .
YOU ARE READING
Dendam
Mystery / ThrillerDendam kembali bernyawa . Geng Sakura tidak boleh berdiam diri lagi . Geng Rose akan merana selepas dendam dilunaskan . Namun bukan itu penghujungnya . Geng Rose bekerjasama untuk melawan mereka . Adreena , Aleeya , Aishah dan Nisa mempunyai...