BAB 7

490 40 0
                                    

NASIB baiklah abah ada motor . Uishh , mana dorang nak pergi tu? Hakimi setia mengekori motorsikal dihadapannya . Cover sikit . Line clear . No police . Yes!

      Tasik? Port dah lapuk untuk pasangan bercinta . Kamil memberhentikan motorsikalnya . Suka betul Fatihah dapat ke tasik . Jarang pergi sebabkan sepupu yang asyik mengongkong dirinya . Haish!

      " Segar betul udara kat sini . " Fatihah mendepakan kedua-dua belah tangannya . Dia menutup matanya . Kamil berlari anak kearah Fatihah lalu memeluk gadis itu dari belakang . Hakimi yangmenyorok dibelakang sebatang pokok kelapa agak terkejut dengan apa yang dia tonton sekarang . Setahunya ini bukan filem Titanic seperti apa yang dilakukan oleh Jack dan Rose . 

      " Astaga . Teruknyalah perangai . " gumamnya . 

      ' Aduh , apa benda gigit aku ni . " sudahlah batang pokok kelapa ni kecil , senang kantoi . Hakimi melihat kaki kirinya . Semut api derr . Jangan sangka kecil tak berbisa . Ya Allah , banyaknya . Lah , aku pijak sarang dorang . Aduh! Berbintat kakinya . Merah . 

      " Aduh!" Kamil dan Fatihah memandang kearah jeritan itu . Kelihatan Hakimi sedang melompat-lompat menahan kesakitan dek kerana berpuluh-puluh seut api . 

      " Kau ikut aku? Eh , kau kenapa ha?" Fatihah bercekak pinggang . Dia tidak peduli Hakimi sakit kena gigit apa-apa pun, janji dia mahu tahu tujuan lelaki itu mengekori mereka berdua . 

      " Aku nak pergi kedai . Sambunglah filem Titanic korang tu . Aduh , sakitlah!" alasan paling bodoh oleh seorang yang bodoh . Pergi kedai konon . 

      " Bohong! Asal kau ikut aku? Eh , kau kalau tak buat aku rimas , boleh tak? " Kamil masih diam membisu . Amboi , peluk anak dara orang bukan main lagi . 

      " Betullah . Tasik ni bukan untuk korang dua je . " pura-pura tak menjadi . Kacau betullah semut api ni . Tak pasal-pasal terkantoi . 

      " Aku minta maaf , Kimi . Aku tahu dia cousin kau . Sorry . " Hakimi masih sibuk dengan kakinya . Sebenarnya dia geram dengan Kamil bukan dengan Fatihah . 

      " You've changed , Kamil . " perlahan-lahan dia berdiri dan sedikit berjingket untuk berdiri di hadapan Kamil . Fatihah dibiarkan sahaja . 

      " Changed? " buat-buat tak tahu pulak . 

      " Kau ingat tak dulu masa kau form 4? Waktu-waktu macam ni kita tengah study group . Aku selalu minta kau ajarkan aku maths, but now ..." ada satu keluhan diakhir ayat yang tergantung itu . Kamil menanti sambungan ayat tersebut . 

      " Now... Kau berubah menjadi liar . I missed the first Kamil . " berkerut dahi Kamil ibarat seorang Perdana Menteri yang memikirkan masalah negara . Dia cuba untuk memahami ayat yang mendalam itu . 

      " Hey, I'm still waiting of your answer . Why you following me , Kimi? " Fatihah ni sebenarnya bijak dalam English tapi itulah , dia membazir masa dengan tak mahu masuk pertandingan pidato bahasa inggeris . 

      " Aku ikut kau sebab nak jaga kau daripada gejala tak sihat . Kamil suka-suka peluk kau . Kalau ada yang buat report dekat jabatan agama nanti , siapa susah? Siapa yang malu? " ya,  itu sebenarnya tujuan Hakimi mengekori makhluk berdua itu . Entah mana letaknya akidah mereka berud apun dia tidak tahu . Entah-entah bawah tapak kaki. Hm . 

      Fatihah diam turut sama seperti Kamil . Searuh hati gadis itu menyokong kata-kata Hakimi dan separuh lagi idak habis-habis menyumpah seranah sepupunya . Hakimi menghulurkan helmet kepada Fatihah . Sengaja dia bawa dua kerana gadis itu . 

      " Baliklah , Kamil . Kau tak ada apa-apa dengan sepupu aku . " ah Kamil ni dengan popuan je berani . Lelaki? Kecut . 

      " Kimi , please jangan bagitahu sesiapa . Mana aku nak letak muka nanti . Habislah jawatan yang aku pegang, tak sama macam perangai aku . "  Hakimi mengangguk . Nak maafkan ke tidak? Kalau aku jadi bapak Fatihah , dah lama aku kasi penyepak dekat mamat ni . Sabar ajelah . 

      " Jangan berani nak sentuh Tiha lagi . Kalau tak ... tahulah nasib kau. " sekali-sekala kita main ugut-ugutlah . Nampak aje Kimi ni baik orangnya . Tapi dalam diam , dia strong

      " Ya , aku janji . " tangan kanan diangkat separas dada seperti orang berikrar . Serius betul dia ni! 

      Kamil mendapatkan motorsikalnya sama seperti Hakimi . Fatihah masih rasa bersalah dengan apa yang dilakukannya . Sejahat-jahat dia , batas pergaulan antara ajnabi masih dijaga 50% . Perlahan-lahan motorsikal milik abah Hakimi meluncur diatas jalan raya . 

DendamWhere stories live. Discover now