BAB 5

499 44 0
                                    


BEBERAPA hari sudah berlalu . Kini Adreena telah bersekolah disitu dua minggu . Gangguan hari pertama cuba dibuang jauh-jauh . Sementara menunggu Puan Fizah mengambilnya , Adreena membaca sebuah novel fiksyen dibawah stesen bas .

      " Hai . " Adreena didatangi seorang pengawas . Sekali pandang memang cair . Ah , aku sekolah nak belajar!

      " Hai . " pengawas tersebut duduk jauh sedikit daripadanya . 

      "  Awak Adreena , pelajar baharu tu eh ?" dia mengangguk . 

      " Kenapa?" 

      " Tanya je . " Adreena usha name tag pengawas lelaki itu . Hakimi . Biasa sangat dengan nama itu . 

      " Kimi kelas apa ?" 

     " Eh , macam mana tahu nama saya? Aduh , famous ni . " Adreena diam . Dia fikir aku bodoh sangat ke ?

     " Name tag awak . Saya tak buta lagi . " Hakimi tergelak kecil .

     " Gurau je . Serius betul awak ni . Saya kelas 3 Amber . " form 3? Aku terkenal ke apa ni ? Hihi

     " Saya sepupu Fatihah . Awak kenalkan? " oh budak bohsia tu . Kenal sangat . Gedik!

     " Kenal . " 

     " Saya tahu awak kena buli dengan dia . Hari Isnin minggu lepaskan? Dalam tandas . " Adreena mengangguk lagi . 

     " Awak intip saya ke?" Hakimi gelak kecil lagi . 

     " Saya sentiasa perhati Fatihah . Dia agak bermasalah . Bukan agak tapi ya . Dia anak yatim piatu . Dia tinggal dengan saya . Kasihan kan?" baru aku tahu kisah hidup dia . Anak yatim rupanya . Tapi sayang , perangai macam ...

     " Kenapa dia jadi macam tu? " kita korek sikit kisah dia . Hihi

     " Dia sedih sangat dan pilih jalan yang salah . Dia terlampau bebas . Ummi dan abah saya cuba nak pulihkan dia tapi dia melawan . Bukan salah dia . Manusia berubah . " Hakimi mengeluh . Semalam dia setia menunggu Fatihah sehingga pukul 1 pagi . Tengok-tengok tengah naik motorsikal dengan Kamil . 

     " Geng Sakura sebenarnya ditubuhkan sejak bila?" 

     " Awal tahun lepas . Saya sudah ditugaskan oleh guru disiplin untuk mengawasi group tu . Tapi , Fatihah ugut nak cederakan saya kalau saya buat report tentang mereka . Nak tak nak , saya diam ajela . " cerita Hakimi . Sekejap-sekejap dia mengeluh . Bagaimanalah masa hadapan sepupunya itu nanti . Harap baguslah . 

     " Eh , awak lelaki . Mana boleh lembik . Jangan ikutkan sangat kata-kata dia . Be strong!" Adreena menunjukkan penumbuk sambil tersengih pada Hakimi . Sudah menjadi kebiasaan dia menjadi pakar motivasi tak berbayar . 

     " Funny jugak awak ni . Okeylah . Fatihah dah keluar tu . Saya balik dulu . Assalamualaikum . " salam dijawab . Kelibat Hakimi menghilang daripada pandangan Adreena . Sepupu yang baik . Eloklah kalau ada yang membimbing . Tak adalah perempuan tu sesat selama-lamanya . 

     Kereta Volkswagen Beetle berhenti dihadapan stesen bas . Adreena membuka pintu kereta lalu masuk kedalam . 

     " Amboi , mesranya . Boyfriend ke?" Adreena ketawa terbahak-bahak .

     " No lah . Reena tak suka cinta-cinta ni . " Puan Fizah menggeleng sambil tersenyum . Dalam hati Adreena ...

     ' Mamat tu baik jugak . Tak rugi dapat kenal . Hihi . ' dia memandang keluar tingkap . Kelihatan Hakimi dan Fatihah berjalan kaki bersama-sama . Muka tegang je tu . Gaduh kut . 


DendamWhere stories live. Discover now