"What ?? Aku naik moto dengan kau ??" Kata Tzuyu sambil menunding jari telunjuknya ke arah Mingyu.
"Ye la... Cepat sikit sampai !! Dah jangan banyak cakap. Ambik helmet ni pakai. Full stop !!" Kata Mingyu. Tzuyu hanya menurut.
"Pegang aku kuat-kuat ! Nanti terjatuh pulak !!" Pesan Mingyu.
"Tak nak aku peluk kau ! Aku peluk bantal busuk aku tu ada juga faedahnya !!" Kata Tzuyu.
"It's up to you. Aku tak kesah !" Kata Mingyu.
Mingyu pun memanaskan enjin moto nya dan mula membawa moto superbike nya.
"Wei, Mingyu bawa tu perlahan la sikit !" Jerit Tzuyu.
Mingyu yang mendengar bebelan dari Tzuyu dengan sengaja membawa moto superbike nya dengan lebih laju. Secara spontan tangan Tzuyu melingkar di pinggang milik Mingyu. Mingyu hanya tersenyum.
Tiba sahaja di sekolah.
"Pintu gerbang dah tutup la ! Macam mana ni ?" Soal Mingyu
"Pintu belakang kan ada ? Kita panjat je la !" Kata Tzuyu sambil mengangkat kedua-dua belah keningnya.
Mingyu mengetuk kuat kepala Tzuyu.
"Aku ni ketua pengawas mana boleh buat macam tu ! Dah la cakap je la dengan Pak Cik tu !" Kata Mingyu.
Mingyu pun pergi ke gerbang sekolah.
"Pak Cik, pliss bukakan gerbang sekolah ni untuk kami." Mingyu merayu pada Pak Cik itu.
Tzuyu yang melihat Mingyu merayu pada Pak Cik Guard itu tertawa besar. Kerana dalam seumur hidupnya dia tidak pernah melihat Mingyu merayu seperti itu.
"For the first time in forever !" Tzuyu menyanyi di dalam hatinya.
Sedang Tzuyu sibuk tertawa dan bernyanyi tiba-tiba
"Mingyu ! Tzuyu ! Ikut saya ke bilik disiplin sekarang !!" Kata Sir Jong Kook.
Pak Cik yang menjaga gerbang pintu itu terus membuka pintu untuk mereka berdua masuk.
Tzuyu dan Mingyu hanya mengikuti langkah Sir Jong Kook.
*Di Bilik Disiplin*
"Mingyu kamu sebagai seorang ketua pengawas sepatutnya tidak datang lewat ke sekolah !" Kata Sir Jong Kook.
"Saya minta maaf Sir !" Kata Mingyu.
"Kamu pun sama Tzuyu !" Marah Sir Jong Kook pada Tzuyu.
Tzuyu hanya menundukkan kepalanya dan memandang ke bawah.
"Saya sebenarnya dah penat nak denda kamu tau tak ?" Soal Sir Jong Kook pada Tzuyu.
"Kali ni saya lepaskan kamu berdua. Tapi ingat kalau kamu datang lambat lagi..... Tau la apa yang saya akan buat pada kamu berdua !!" Ujar Sir Jong Kook.
Mereka pun mengucapkan terima kasih pada Sir Jong Kook kerana tidak mendenda mereka.
Setelah mengucapkan terima kasih, mereka pun keluar dari bilik disiplin tersebut.
"Ni semua salah kau !! Tadi aku ajak panjat pintu belakang kau tak nak !!" Kata Tzuyu.
"Engkau yang salah. Siapa suruh bangun lambat !" Ujar Mingyu.
"Tepi ahh !! Aku nak masuk kelas!!" Kata Tzuyu sambil menolak Mingyu ke tepi.
"Ganas gila !!" Kata Mingyu. Tzuyu hanya menjelirkan lidahnya pada Mingyu.
YOU ARE READING
『COMPLETED』 Diam - Diam Suka | K.M.G
Fanfiction"Kau nak buat dekat aku macam ni kan?" Sengaja Mingyu menuangkan mineral water pada gadis itu. "Permainan baru sahaja bermula." - Mingyu. ↢↣↢↣💘 "Selagi si mamat poyo tu tak rasa macam mana air tu kena dekat dia, selagi tu aku tak akan puas!" - Tzuy...