"Tapi, bertambah sedap sebab kau yang suap bubur ni !" Sambung Mingyu. Pipi Tzuyu terus berasa panas kerana malu.
"Blushing ye ?" Kata Mingyu sambil mendekatkan mukanya pada Tzuyu.
"Tak !" Bantah Tzuyu lalu menunjal dahi Mingyu supaya berjauhan dengan mukanya.
"Dah blushing tak nak mengaku!" Kata Mingyu sambil menolak sedikit bahu Tzuyu.
"Berani kan kau tolak bahu aku!" Kata Tzuyu suaranya di tinggikan sedikit.
"Sebab berani la aku tolak." Balas Mingyu.
"Dah, cepat makan ! Pastu aku nak balik." Kata Tzuyu.
Tzuyu pun menyuap bubur ke dalam mulut Mingyu.
Suap lagi dan lagi dan lagi.
"Uhuk~ uhuk~" Mingyu tersedak kerana Tzuyu menyuap bubur itu tanpa henti.
Tzuyu terus memberi segelas air itu pada Mingyu. Gelas bertukar tangan. Mingyu meminum air itu dengan rakus sekali.
"Nak bagi aku mati ke ? Bagi la aku masa untuk telan bubur tu !" Kata Mingyu.
"Hehe... Mian" Tzuyu tersengih.
"Kan betul apa yang aku cakap !" Ujar Mingyu.
"Apa yang betul ?" Soal Tzuyu kehairanan.
"Kau akan jaga aku bila aku demam !" Mingyu tersenyum sinis.
Tzuyu terdiam sementara.
"Tzuyu, kau dengar tak apa yang aku cakap ?" Kata Mingyu sambil menggoyangkan bahu Tzuyu
Tzuyu yang tersedar itu berkata;
"Kau cakap apa tadi ? Mian, aku tak dengar !" Kata Tzuyu.
"Tak ada apa-apa la !" Ujar Mingyu sedih.
"Bubur dah habis. So, aku balik dulu lah !" Kata Tzuyu.
Mingyu mengganguk. Tapi sebenarnya dia tidak ingin Tzuyu pergi begitu sahaja. Dan dia cuma berharap suatu keajaiban yang akan berlaku.
Pintu bilik Mingyu dibuka.
"Tzuyu, tolong mummy jaga Mingyu sekejap ye. Mummy nak keluar. Dalam pukul 9:00 malam baru mummy balik." Kata Mrs. Kim tersenyum.
Mingyu yang mendengar mummy nya meminta tolong hanya tersenyum bahagia.
"Tolong mummy ye ?" Ujar Mrs. Kim sekali lagi.
"Nae !" Kata Tzuyu. Kemudian dia melihat ke arah Mingyu yang sedang tersenyum.
"Mummy pergi dulu ye. Julia, pergi jom !" Kata Mrs. Kim
"Jom !" Kata Julia riang.
"Annyeong oppa, unnie !" Kata Julia.
Setelah Julia dan Mrs. Kim keluar, Tzuyu mengeluh.
"Haihh... Duduk berdua dengan kau lagi !" Tzuyu menggelengkan.
"Tu namanya jodoh ><" balas Mingyu.
"Euww, please la ! Geli aku dengar !" Kata Tzuyu.
"Geli atau suka ?" Soal Mingyu. Keningnya diangkat-angkat.
Tzuyu hanya mendiamkan diri.
"Aku rasa aku tak dapat pergi perkhemahan tu esok !" Kata Mingyu.
"Perkhemahan ? Alamak aku tak pack barang lagi !" Tzuyu menepuk dahinya.
"Wei, aku balik dulu. Aku nak pack barang. Nanti aku datang balik !" Kata Tzuyu.
"Tzuyu, Tzuyu !" Jerit Mingyu.
YOU ARE READING
『COMPLETED』 Diam - Diam Suka | K.M.G
Fiksi Penggemar"Kau nak buat dekat aku macam ni kan?" Sengaja Mingyu menuangkan mineral water pada gadis itu. "Permainan baru sahaja bermula." - Mingyu. ↢↣↢↣💘 "Selagi si mamat poyo tu tak rasa macam mana air tu kena dekat dia, selagi tu aku tak akan puas!" - Tzuy...