"Urusan antara kita belum selesai. Jangan ingat aku tak tahu kau masuk sekolah ikut pintu belakang ." kata Mingyu sambil tersenyum sinis dan berlalu pergi.
"Eh, kau fikir kau siapa ha?" jerit Tzuyu.
"Hishh... Dah la." kata Nayeon lalu menarik lengan rakannya itu ke arah meja yang diduduki oleh kawan - kawannya yang lain.
"Wei, asal lambat sangat" - Chaeyoung
"Kata beli air, mana airnya?" - Jungyeon
"Asal muka kau macam tu Tzuyu?" - Sana
"Kau tengah marah seseorang ke?" - Mina
"Guys, stop it! Nak tanya satu-satu la. Kalau semua nak tanya dekat Tzuyu tak boleh juga." kata Jihyo.
"Dah... Sekarang semua tu tak penting langsung, yang penting sekarang ni Tzuyu ada masalah dengan ketua pengawas." kata Nayeon.
"Bila masa pula aku ada buat hal dengan ketua pengawas." kata Tzuyu dengan hairan.
"Habis yang tadi tu apa?" Kali ini giliran Nayeon pula bertanya. Tzuyu berfikir sejenak.
"Kau jangan cakap, kalau..."
"Yup! Orang yang berebut air dengan kau tadi tu ialah Ketua Pengawas kita." sambung Nayeon.
"Aduh, matilah aku lepas ni! Yahh! Eotteokhae?" tanya Tzuyu dengan cemas .
"Alaa.. rebut air je pun.. Chill.." kata Dahyun dengan selamba.
"Bukan setakat tu je, tapi dia dah tahu kalau aku panjat pintu belakang sekolah. Kalau dia bagitahu cikgu macam mana?" ujarnya lagi.
"What?" jerit rakan-rakannya dengan serentak. Nayeon hanya mengganguk kerana dia juga terdengar apa yang dibisikkan oleh Mingyu kepada Tzuyu.
"Habistu macam mana?" kata Momo. Tzuyu hanya mengangkat kedua-dua belah bahunya tanda tidak tahu.
*SKIP*
KRING! KRING! * menandakan waktu sekolah telah tamat *
"Tzuyu nak tumpang aku tak?" tanya Nayeon.
"Hmm.. Tak pe la aku boleh jalan kaki." ujar Tzuyu sambil tersenyum.
"Alaa.. Rumah kau dengan aku kan satu taman, cepat laa " kata Nayeon lagi.
"Aku bukan tak nak tumpang kau, tapi aku dah lama tak jalan kaki. Esok aku tumpang kau ok? " kata Tzuyu.
"Ok janji tau? Bye! Aku balik dulu." sambil melambaikan tangan ke arah Tzuyu.
"Bye." Tzuyu membalas lambaian tersebut .
Dalam perjalanan Tzuyu ke rumahnya , ada sebuah motosikal yang melanggar air lopak dan malangnya air lopak itu terkena pada Tzuyu . Habis baju Tzuyu yang tadinya kering bertukar basah .
"Hoi !" jerit Tzuyu. Orang yang menunggang motosikal itu memberhentikan motosikalnya untuk seketika dan memandang ke arah Tzuyu.
"Kalau aku jumpa kau lagi siap kau. Patah tulang kau aku kerjakan." jerit Tzuyu pada orang itu. Orang itu terus pergi tanpa menghiraukan kata-kata yang dilemparkan oleh Tzuyu.
*Dekat Rumah*
"Tzuyu kamu ok tak ? Ni kenapa basah-basah ni?" tanya ommanya.
"Oh my god, my dongsaeng kenapa basah-basah ni? Nak kata hujan, unnie tengok cerah je dekat luar tu." kata Taeyeon.
"Bukan laa.. Entah motosikal mana ntah.. Langgar lopak pastu kena dekat Tzuyu tu yang basah ni." kata Tzuyu dengan sedih.
"Alalala.. sian anak omma, dah sekarang ni Tzuyu pergi naik atas lepastu bersihkan diri."
"Nae." patuh Tzuyu.
"Nanti lepas mandi kita makan sama-sama ok?" Jerit ommanya.
"Ok." jerit Tzuyu yang berada di tingkat atas.
********
"Tzuyu! Tzuyu!" Jerit ommanya dari bawah.
"Dah mandi ke belum, kalau dah, cepat sikit turun." jerit ommanya lagi."Omma, omma tak takut ke anak tekak omma pecah... Taeyeon tengok omma asyik jerit je... Takut Taeyeon. " kata Taeyeon. Ommanya hanya tersenyum.
*Tzuyu POV*
"Ommaaaa." Aku menuruni anak tangga. Omma sudah pun menunggu di hadapan tv, sambil layan Kpop Countdown Ingkigayo.
"Lambatnya Tzuyu. Omma sempat tengok EXID ni. Pink hot,pink hot. "Eh eh eh sempat pulak omma aku ni menyanyi. Ni mesti terpengaruh dengan unnie Taeyeon la tu . Aku hanya mengeleng kepala sambil tersenyum sendiri.
"Sorry?" Aku tersengih .
"Sorry, sorry naik lorry la." kata unnieku. Aku hanya menjelingnya tajam.
"Jom makan jom." kata omma.
*************
*SKIP*"Pak Cik, boleh la bagi saya masuk." kata Tzuyu.
"Maaf Pak Cik tak boleh bagi kamu masuk tanpa kebenaran." ujar Pak Cik yang menjaga gerbang sekolah tersebut.
"Baik. Kalau Pak Cik tak nak bagi saya masuk, saya akan panjat pintu pagar ni buat kali ke-2 " kata Tzuyu sambil menunjuk peace kepada Pak Cik itu.
"Jangan dipanjat pagar tu, roboh juga la pintu ni." kata Pak Cik itu.
"Apa yang bising-bising ni Pak Cik?" tanya seseorang.
*BERSAMBUNG*
YOU ARE READING
『COMPLETED』 Diam - Diam Suka | K.M.G
Fanfic"Kau nak buat dekat aku macam ni kan?" Sengaja Mingyu menuangkan mineral water pada gadis itu. "Permainan baru sahaja bermula." - Mingyu. ↢↣↢↣💘 "Selagi si mamat poyo tu tak rasa macam mana air tu kena dekat dia, selagi tu aku tak akan puas!" - Tzuy...