Sebaik sahaja habis kelas mereka bertiga belas, terus ke kantin bagi mengisi perut mereka.
*No one POV*
"Korang." Panggil Woozi sambil berlari.
"Wei, asal Mingyu bawa kotak kek tu ? Aku buat untuk dia sorang." Bisik Tzuyu pada rakan-rakannya yang lain.
Mereka hanya mengangkat kedua-dua belah bahu mereka.
"Ye ? Adik nak apa ? Jual karipap eh ? " Tanya Jihyo pada Woozi.
"Karipap kejadah kau ?" Marah Woozi.
"Yang Mingyu bawa tu apa ?" Soal Mina pura-pura tidak tahu.
"Kitaorang nak bagitahu yang Mingyu dah ada secret admirer." Sampuk Jun.
Tzuyu sudah menelan air liurnya.
"Kau ni Jun, biar la aku yang bagitahu dorang." Marah Woozi memukul lengan Jun.
"Appo !" Jun mengaduh kesakitan.
"Perkara biasa kan ? Macam la kau tak biasa." Kata Tzuyu.
"Jeles la tu. Memang la biasa, tapi fans aku just bagi surat je." Balas Mingyu.
"Habis, dia bagi apa dekat kau ?" Sampuk Momo pura-pura tidak tahu.
"Dia bagi kek dan kad." Jawab Jun.
"Kau Mingyu ke ?" Kata Momo. Jun mencebik.
"Dia tulis apa dekat kad tu ?" Soal Nayeon.
"Mana boleh bagitahu." Balas Mingyu.
"Korang rasa, siapa eh ? Secret admirer Mingyu ?" Soal Jeonghan.
Tzuyu yang baru sahaja minum air itu tersedak.
"Kau dah kenapa ?" Soal Mingyu.
Tzuyu hanya mendiamkan diri."Mingyu, nak tu..." Kata The8 menunjuk kek yang dibawa Mingyu.
"Tak boleh." Jerit Tzuyu.
Kini semua yang berada di meja itu menumpukan perhatiannya pada Tzuyu.
"Wae ?" Soal The8.
Tzuyu tidak tahu untuk menjawab apa. Dia hanya mampu berdiam
"Tu kan secret admirer Mingyu yang bagi. Bukannya secret admirer kau." Sana cuba untuk menyelamatkan Tzuyu.
Tzuyu menghela nafas leganya.
"Takkan la aku nak makan sorang-sorang. Kita kongsi la ramai-ramai, baru seronok." Kata Mingyu tersenyum.
"Aku bagi dekat kau la ! Asal kau lembap sangat ni ? Bersusah payah aku buat, kau senang-senang je bagi kat kawan-kawan kau ? Erghh !" Tzuyu mengutuk Mingyu dalam hati.
"Tzuyu, Tzuyu !" Panggil Seungkwan.
"Apa kau nak ?" Kata Tzuyu menahan geram.
"Kau nak tak kek tu ? Kalau tak nak, bagi aku !" Kata Seungkwan.
"Ambik la, aku tak nak." Balas Tzuyu.
"Aku rasa, macam pernah rasa la kek ni. Tapi tak ingat la dekat mana." Vernon berkata sambil mengetuk dagunya.
"Rasa macam kek yang Mya buat haritu." Kata Dino sambil memasukkan kek itu ke dalam mulutnya.
"Mya ? Siapa Mya ?" Soal Chaeyoung.
"Sepupu Mingyu !" Balas Dino.
Twice kini memandang Tzuyu.
"Asal korang pandang Tzuyu macam tu ?" Soal Joshua.
YOU ARE READING
『COMPLETED』 Diam - Diam Suka | K.M.G
Fanfiction"Kau nak buat dekat aku macam ni kan?" Sengaja Mingyu menuangkan mineral water pada gadis itu. "Permainan baru sahaja bermula." - Mingyu. ↢↣↢↣💘 "Selagi si mamat poyo tu tak rasa macam mana air tu kena dekat dia, selagi tu aku tak akan puas!" - Tzuy...