"Kat sini kau rupanya. Puas aku cari kau." Kata seseorang.Tzuyu segera mengesat air matanya yang jatuh berlinangan tadi.
"Kau menangis ?" Soalnya lagi.
"Jangan la menangis." Kata seseorang lalu dia terus mengambil tempat yang kosong di sebelah Tzuyu.
"Kalau aku tanya, aku nak kau jawab dengan jujur boleh ?" Soalnya.
"Pergi la makan Joshua, nanti kau lapar." Kata Tzuyu pada orang yang dikenali sebagai Joshua.
"Aku tak lapar. Aku cuma nak tanya beberapa soalan itu sahaja." Jelas Joshua.
"Hmm.." Tzuyu mengganguk.
"Sebenarnya, kau kan yang jadi secret admirer Mingyu ?" Soal Joshua secara mengejut.
Tzuyu terdiam seribu bahasa. Di dalam fikirannya dia tertanya tanya bagaimana Joshua boleh tahu tentang itu.
"Aku tahu segala-galanya. Bila cakap pasal secret admirer, aku selalu perhatikan reaksi kau. Kau nampak sangat gembira bila Mingyu suka apa yang secret admirer dia bagi." Jelas Joshua.
"Mya tu pun sebenarnya engkau kan ? Masa Wonwoo buka sebelah pintu almari tu aku dengan tak sengaja nampak kau tengah menyorok. Masa tu aku dah nak tergelak dah, tapi nasib baik aku boleh tahan." Sambung Joshua.
Tzuyu bertambah terkejut bila dengar penjelasan tentang Mya daripada Joshua.
"Mengaku je yang sebenarnya kau adalah secret admirer Mingyu. Betul tak ?" Soal Joshua.
Tzuyu terus menangis. Tangisannya semakin kuat dari tadi.
"Nangis.... nangis sepuas-puas hati kau. Aku ada untuk kau." Kata Joshua sambil menatik Tzuyu masuk ke dalam dakapannya.
Setelah puas menangis, Tzuyu kepenatan lalu tertidur di dalam dakapan Joshua.
30 minit berlalu dan Tzuyu terjaga dari tidurnya.
"Dah bangun ?" Soal Joshua.
"Sorry sebab tertidur." Kata Tzuyu
"Gwenchana." Balas Joshua.
"Masuk kelas jom ?" Kata Tzuyu.
Joshua tertawa kecil.
"Apa yang lawak ?" Soal Tzuyu kehairanan.
"Semua cikgu mesyuaratkan ? Jadi, kelas dibatalkan." Joshua menjawab persoalan Tzuyu sambil tersenyum.
"Aigoo...lupa pula." Kata Tzuyu sambil mengetuk ngetuk kepalanya.
"Pergi kantin jom. Mesti diorang dah tunggu." Kata Joshua.
"Tapi...."
"Sudah, jangan risau ! Pedulikan je budak pendek akal tu." Ujar Joshua.
"Budak pendek akal ? Pftt hahaha." Ketawa Tzuyu.
"See ? Ketawa pun. Jangan sedih-sedih lagi nae ? Kalau kau senyum lagi cantik." Kata Joshua.
"So, kau nak cakap yang aku ni tak cantik la kalau tak senyum ? Merajuk la macam ni." Soal Tzuyu yang pura-pura merajuk pada Joshua.
"Tak. Maksud aku, kau cantik. Tapi lagi cantik kalau kau senyum." Joshua mencubit kedua-dua belah pipi Tzuyu.
"Sakit la.." kata Tzuyu mengusap usap pipinya.
"Hahaha... btw jom la pergi kantin." Joshua mengajak Tzuyu untuk ke kantin.
Tzuyu hanya mengganguk.
------------------
Dalam perjalanan ke kantin, beberapa orang namja yang sedang berkejaran. Salah seorang dari mereka terlanggar Tzuyu dan menyebabkan Tzuyu terjatuh dan kakinya terseliuh.
"Dah langgar minta maaflah." Jerit Joshua pada namja tersebut.
"Dah la, salah aku juga." Kata Tzuyu.
"Sini, aku tolong kau !" Joshua menghulurkan tangannya pada Tzuyu.
Tanpa membuang masa, Tzuyu menyambut tangan Joshua.
Sebelum tiba di kantin Tzuyu melepaskan pegangan tangan Joshua. Joshua yang berasa pelik terus bertanyakan soalan.
"Kenapa ? Kaki kau dah elok ke ?" Soal Joshua.
Tzuyu menggelengkan kepalanya. Tzuyu terus masuk ke dalam kantin dan meninggalkan Joshua keseorangan di belakang.
Joshua hanya mengikuti dan mengawasi Tzuyu dari belakang.
"Kau pergi mana tadi ?" Soal Nayeon kerisauan.
Tzuyu tidak membalas soalan yang diajukan oleh Nayeon. Dia hanya mampu tersenyum.
"Korang berdua pergi dating ke ?" Soal Seungkwan mengejut.
"Yahh !" Marah Tzuyu lalu memukul kepala Seungkwan.
"Aku bagitahu omma aku." Kata Seungkwan menahan air matanya daripada jatuh ke pipi gebunya.
"Siapa suruh cakap yang kitaorang pergi dating ?" Marah Tzuyu.
"Aku tanya je, sebab lepas kau hilang, Joshua pula hilang. Bila kau datang, Joshua pun datang." Jelas Seungkwan.
Tzuyu hanya menjeling tajam.
"Oppa. I dah beli makanan. Kita makan sama-sama eh ?" Kata Amanda separuh jerit.
"Jerit tu tak boleh kuat lagi ke ?" Soal Dahyun.
Amanda menjeling pada Dahyun.
"Ha, menjeling ! Bulu mata tu jaga sikit. Takut-takut termasuk dalam makanan tu, tak pasal-pasal ada penambahan perisa." Perli Sana.
"You tak puas hati dengan I ke ha ?" Soal Amanda.
"Memang kitaorang tak puas hati dengan kau. Kau pura-pura mengaku jadi...." belum sempat Jihyo menghabiskan kata-katanya Tzuyu sudah menekup mulut Jihyo.
Jihyo memandang Tzuyu. Tzuyu cepat-cepat menggelengkan kepalanya.
"Wae ? Kau tak kan nak biarkan je." Bisik Jihyo pada Tzuyu.
Tzuyu tersenyum lalu berkata;
"Plan baru."
*BERSAMBUNG*
Thanks kpd SyaJimin sbb bagi idea ^^ Comment ?? Dialu-alukan.
YOU ARE READING
『COMPLETED』 Diam - Diam Suka | K.M.G
Fanfic"Kau nak buat dekat aku macam ni kan?" Sengaja Mingyu menuangkan mineral water pada gadis itu. "Permainan baru sahaja bermula." - Mingyu. ↢↣↢↣💘 "Selagi si mamat poyo tu tak rasa macam mana air tu kena dekat dia, selagi tu aku tak akan puas!" - Tzuy...