"Apa plannya ? Aku dah tak sabar ni !" Ujar Chaeyoung.
"Plan dia macam ni !"
Mereka pun merancang plan mereka di dalam bilik sukan itu.
"Macam mana ? Setuju ?" Soal Tzuyu.
"Setuju !" Balas mereka dengan serentak.
"Tapi..." - Jungyeon
"Tapi apa ?" Soal Sana.
"Macam mana kita nak jalankan plan kita kalau kita terkunci dalam bilik sukan ni !!" Rengek Jungyeon.
"Aku lupa kalau kita terkunci dalam bilik sukan !" Kata Tzuyu sambil menepuk dahinya.
"Pulak -_- " kata Jihyo.
"Mina, pinjam sepit rambut kau boleh ?" Tanya Chaeyoung pada Mina.
"Boleh, tapi kau nak buat apa ?" Kali ini giliran Mina pula menyoal pada Chaeyoung.
"Nak bagi ke tak ?" Kata Chaeyoung.
"Ye la.." Ujar Mina sambil memberi sepit rambutnya kepada Chaeyoung.
Chaeyoung mengambil sepit rambut itu dan terus mencungkil tombol pintu tersebut.
"Wei, patah la sepit aku ╥﹏╥" kata Mina.
"Tak boleh la !" Kata Chaeyoung.
"Kesian sepit aku !" Kata Mina.
Tiba-tiba pintu bilik sukan itu di buka oleh penjaga yang menjaga bilik sukan itu.
"Huaa... Ahjushi !! Kamsahamnida !!" Ujar mereka sambil menangis.
"Macam mana kamu semua boleh ada dekat dalam bilik sukan ni ?" Soal ahjushi itu.
"Ahjushi tu semua tak penting yang penting ahjushi dah selamatkan kitaorang. Kamsahamnida." Ujar Nayeon pada ahjushi itu.
Setelah mereka mengucapkan terima kasih, mereka terus beredar dari bilik sukan itu. Mereka terus menjalankan plan mereka.
Mereka pergi ke bilik disiplin bagi mendapatkan telefon Sir Jong Kook.
"Macam mana ? Ada orang tak ?" Soal Momo.
"Tak !" Balas Sana singkat.
"Tzuyu tak ada orang ! Kau boleh masuk sekarang !" Kata Momo.
"Korang jaga luar tau. Kalau ada orang bagitahu." Pesan Tzuyu pada yang lain.
"Alright !" Balas Dahyun.
Tzuyu pun memasuki bilik disiplin itu. Dia menuju ke arah meja Sir Jong Kook dan mencari cari di mana keberadaan telefon Sir Jong Kook.
Dia mencari di atas meja, tiada. Di dalam laci tetapi di kunci.
"Aduh kunci pula." Dengus Tzuyu.
Dia terus mencari kunci untuk membuka laci dan Tzuyu menjumpainya.
"Jumpa pun !"
Tanpa membuang masa, dengan segera Tzuyu membuka laci tersebut lalu mengambil handphone milik Sir Jong Kook.
Tzuyu menekan app line dan mencari nama Mingyu. Setelah menjumpai dengan segera dia menulis teks pada Mingyu.
"Mingyu saya nak jumpa awak di Cafe Moon malam ni pukul 9:00. Bawa kawan-kawan awak sekali. Ingat jangan lambat ! Guna jalan pintas !" ~ Sir Jong Kook.
YOU ARE READING
『COMPLETED』 Diam - Diam Suka | K.M.G
Fanfic"Kau nak buat dekat aku macam ni kan?" Sengaja Mingyu menuangkan mineral water pada gadis itu. "Permainan baru sahaja bermula." - Mingyu. ↢↣↢↣💘 "Selagi si mamat poyo tu tak rasa macam mana air tu kena dekat dia, selagi tu aku tak akan puas!" - Tzuy...