Diam - Diam Suka PART 42

2.5K 230 10
                                    

Jaga la, I bagitahu Sir Jong Kook !" Ujar Amanda menghentak-hentakkan kakinya.

"Bagi la tahu...jangan lupa, lepasni kitaorang akan buat lebih dari harini." Jerit Chaeyoung.

--------------------

Semasa dalam perjalanan menuju ke tandas untuk membersihkan make-up nya yang cair, Amanda terserempak dengan Sir Jong Kook.

Amanda dengan segera bertukar arah bagi mengelakkan diri daripada bertembung dengan Sir Jong Kook.

Disebabkan make-up nya yang cair, dia terpaksa mengelak. Tetapi Sir Jong Kook telah memanggil namanya.

"Amanda, berhenti di situ sekarang juga." Arah Sir Jong Kook.

Amanda berhenti daripada berjalan.
Sir Jong Kook menuju ke arah Amanda.

"Kenapa kamu tak masuk kelas lagi ?" Soal Sir Jong Kook.

"Saya kena simbah dengan air." Ujar Amanda sambil menutup mukanya mengunakkan kedua-dua belah tangannya.

"Awak tak faham soalan ke ? Saya tengah bercakap dengan awak, yang awak pergi tutup muka awak dengan tangan awak tu buat apa ?" Sir Jong Kook cuba menjauhkan tangan Amanda daripada mukanya.

"Awak pakai make-up lagi ye ?" Marah Sir Jong Kook.

"Sekarang ni, pergi hormat bendera negara sambil angkat sebelah kaki awak." Sambung Sir Jong Kook pada Amanda.

"Ba..baik Sir." Kata Amanda.

"Jangan cuci make-up awak selagi saya tak suruh." Kata Sir Jong Kook.

-------------------

"Pftt...siapa tu ? Pihak sekolah ada panggil mana-mana badut ke ?"

"Ahahaha....asal hodoh sangat badut tu ?"

"Tapi, kenapa badut tu pakai uniform sekolah ?"

"Aku rasa badut pun tak macam dia. Hahahaha"

Kedengaran beberapa orang pelajar yang sedang tertawa.

Twice yang baru sahaja ingin menuju ke kantin terlihat Amanda yang sedang di denda.

"Tu Amanda kan ?" Soal Jihyo menunjukkan jarinya pada

"Pergi kat dia jom ?" Ajak Dahyun.

Mereka mengganguk dan terus berjalan ke arah Amanda.

"Kenapa berdiri dekat sini ?" - Nayeon

"Iye la. Sekarangkan waktu rehat kenapa tak rehat lagi ?" - Mina

"Dia kan tengah jalankan denda dia, mana boleh pergi rehatkan ?" Soal Tzuyu pada Amanda.

"You all memang nak kena kan dengan I kan ?" Kata Amanda menahan amarahnya.

"Uuu~ takutnya !!" Kata mereka bersembilan seakan akan mengejek.

"Tak pe you all tunggu je la pembalasan dari I." Ugut Amanda.

"Sebelum kitaorang terima pembalasan dari kau, aku rasa baik kau yang kena dulu." Kata Tzuyu.

Amanda yang melihat Seventeen lalu terus berpura-pura jatuh.

"Oppa." Jerit Amanda memanggil Mingyu.

Mingyu melangkah malas menuju ke arah Amanda.

"Apa yang kau nak ?" Soalnya

"Oppa, kaki Manda sakit. Tzuyu tolak I sampai jatuh." Tipu Amanda.

Tzuyu yang terkejut kerana namanya disebut terus bersuara;

"Kau jangan main tuduh-tuduh eh ? Engkau sendiri yang jatuh tiba-tiba lepastu nak salahkan aku pula ?" Marah Tzuyu pada Amanda.

"You dah tolak I lepastu you tak nak mengaku ? Opss, lupa. Orang yang bersalah mana nak mengaku salahkan ?" Kata Amanda yang sengaja mencabar kesabaran Tzuyu.

"Kau sini !" Kata Tzuyu yang sudah hilang kesabarannya pada Amanda. Baru sahaja Tzuyu ingin menarik rambut Amanda, Mingyu sudah menghalang Tzuyu.

"Asal kau halang aku ? Ke tepi lah !" Kata Tzuyu cuba menolak Mingyu tetapi tidak berdaya.

"Dah la, tak payah nak bergaduh." Kata Mingyu.

Amanda yang menyorok dibelakang Mingyu hanya tersenyum kemenangan pada Tzuyu. Tzuyu yang melihat Amanda tersenyum sinis, hanya menjeling.

"Rehat jom, aku dah lapar ni !" Kata Seungkwan cuba menenangkan keadaan yang sedikit kacau bilau.

"Oppa, you tolong papah I ok ?" Soal Amanda.

"What ? Kau nak sangat aku tolak kau kan ? Ni ambik ni." Tanpa banyak soal Tzuyu terus menolak Amanda.

Amanda pun terjatuh bergolek-golek.

"Tu baru betul. Padan muka." Tzuyu tersenyum sinis.

"Padan muka. Kau nak sangatkan ? Rasakan." Tambah Nayeon.

"Kalau korang nak pergi rehat, pergi la. Aku tak ada selera. Aku pergi dulu." Kata Tzuyu.

"Tzuyu, kau nak pergi mana tu ?" Jerit Chaeyoung.

-----------------

*Bilik Muzik*

"Hiks...hiks.. kenapa Mingyu nak sangat bela Amanda ? Hiks...hiks.."

Tzuyu menangis keseorangan sambil memegang kedua-dua belah lututnya di dalam bilik muzik.

"Kenapa dia percaya kalau Amanda tu secret admirer dia...hiks..hiks..."

Tiba-tiba pintu bilik muzik itu dibuka oleh seseorang.

"Kat sini kau rupanya. Puas aku cari kau." Kata seseorang.

Tzuyu segera mengesat air matanya yang jatuh berlinangan tadi.

"Kau menangis ?" Soalnya lagi.

"Jangan la menangis." Kata seseorang lalu dia terus mengambil tempat yang kosong di sebelah Tzuyu.

*BERSAMBUNG*

Sorry dh lama x update😭😭.
Faktor yg pertama sbb terlalu sibuk 😅😅. Yg kedua sbb dh kekeringan idea 😅. Sesiapa yg ada idea kalau nk share dgn author pun bole. Lagi author appreciate. Thanks kpd yg sudi baca ff ni. Comment ?? Sangat dialu-alukan.

『COMPLETED』 Diam - Diam Suka  | K.M.GWhere stories live. Discover now