Diam - Diam Suka PART 51

2.9K 224 40
                                    

Baru sahaja Tzuyu melabuhkan punggungnya di atas kerusi makan seseorang telah mengetuk pintu rumahnya.

//Mesti Mingyu// bisik hati Tzuyu. Tanpa disuruh oleh sesiapa, Tzuyu terus berlari ke arah pintu.

"Aik ? Selalunya dia yang paling malas nak buka pintu." Kata Taeyeon bingung.

"Oppa ?" Kata Tzuyu.

Namja itu hanya tersenyum.

"Joshua ?"

"Ikut aku boleh ?" Soal Joshua.

"Omma, Tzuyu keluar sekejap eh ?" Tzuyu meminta izin daripada ommanya.

"Nak ke mana ? Sarapan la dulu." Jawab ommanya.

"Boleh la omma. Sekejap je..." pujuk Tzuyu.

Ommanya hanya mengganguk.

--------------

*di taman berhampiran rumah Tzuyu*

"Kita datang sini nak buat apa ?" Soal Tzuyu kehairanan.

"Aku ada benda nak cakap."

"Cakaplah." Kata Tzuyu.

"Sebenarnya...aku...."

"Sebenarnya ?"

"Aku suka kau." Sambung Joshua.

Tzuyu terkejut mendengar pengakuan daripada Joshua.

"Aku tahu kau tak suka dekat aku... aku dah cuba buang perasaan ni jauh-jauh, tapi aku gagal." Jelas Joshua.

"Joshua...aku..."

"Tak apa, aku faham. Kau dah berpunya, dan aku memang tak boleh nak dapatkan hati kau. Hati kau milik Mingyu. Bukan aku." Kata Joshua lemah.

"Tapi...kita boleh jadi kawan kan ?" Soal Tzuyu.

Joshua terus memeluk Tzuyu tanpa meminta izin daripada Tzuyu.

"Gumawo, sebab kau tak marah dekat aku." Kata Joshua.

Tzuyu hanya membalas pelukkan Joshua.

-----------------

"Kau dari mana tadi ?" Soal Mingyu.

"Eh, oppa ! Tzuyu baru balik dari taman." Balas Tzuyu sambil tersenyum.

"Jangan panggil aku oppa."

"Tapi...."

"Engkau tak payah nak menipu aku la. Sebenarnya kau baru balik daripada jumpa jantan lain kan ?" Soal Mingyu kasar pada Tzuyu.

Tzuyu masih lagi bingung.

"Oppa cakap apa ni ? Tzuyu, tak faham la." Soal Tzuyu.

"Kau tak jangan berpura-pura la."

"Betul, Tzuyu tak faham." Kata Tzuyu.

Mingyu terus masuk ke rumahnya tanpa memperdulikan Tzuyu yang masih kebingungan.

---------------

"Muka tu masam semacam je kenapa ?" Soal Amy sebaik sahaja Tzuyu memasuki rumah.

Tzuyu hanya menggeleng.

"Siapa yang datang tadi ?" Taeyeon pula mengajukan soalannya.

Tzuyu menggangkat kedua-dua belah bahunya.

"Gaduh dengan Mingyu ke ?"

Tzuyu tersenyum buat beberapa saat.

"Cakap la."

"Nak cakap apa ? Tzuyu masuk bilik dulu la." Marahnya sambil menaiki tangga.

"Mingyu tu memang nak kena betul la. Haritu bukan main beriya iya lagi. Tapi bila dah dapat ? Lain pula jadinya." Bebel Taeyeon.

--------------

*sekolah*

Tzuyu yang sedang leka membaca buku terkejut apabila Amanda menghentak kuat meja tersebut.

"Kau nak apa ha perempuan ?" Soal Nayeon.

"Tenang. Jangan la kasar-kasar sangat." Kata Yuri.

"I datang sini, cuma nak tanya dekat Tzuyu je." Sambung Amanda.

"Hubungan you dengan Mingyu macam mana ? Bertambah baik atau sebaliknya ?" Soal Amanda sinis.

"Kau sibuk hubungan aku dengan Mingyu ni apahal ?" Marah Tzuyu.

"Mesti you tengah ada masalahkan ? May I help you ?" Soal Amanda tersenyum.

"Aku tak perlukan pertolongan daripada kau ! Aku punya masalah, aku boleh selesaikan sendiri." Balas Tzuyu.

Tiba-tiba, pintu kelas dibuka.

"Wei, Tzuyu ! Mingyu nak berjumpa dengan kau dekat rooftop." Kata Wonwoo termengah mengah.

Tzuyu mengangkat kening sebelahnya. Wonwoo yang faham akan maksud Tzuyu itu terus berbisik di telinga Tzuyu.

"Aku pun tak tahu. Better kau hati-hati. Aku tengok muka dia bengis semacam je tadi." Bisik Wonwoo.

Tzuyu menghembus nafasnya. Dia mula melangkahkan kakinya menuju ke rooftop sekolah.

Tzuyu melihat Mingyu. Kemudian dia mendekati Mingyu.

"Kenapa nak jumpa ?" Soal Tzuyu dingin.

Mingyu mencampakkan beberapa keping gambar pada Tzuyu. Tzuyu terkejut dengan perbuatan Mingyu yang kasar padanya.

Tzuyu mengutip gambar-gambar tersebut. Tzuyu membelek-belek gambar itu satu per satu.

"Oppa, Tzuyu boleh terangkan dekat oppa." Kata Tzuyu.

"Kau nak terangkan apa lagi ? Gambar tu dah sahaja sudah menjelaskan kalau kau dengan Joshua sedang bermesraan." Tengking Mingyu.

"Oppa..." Tzuyu cuba menahan tangisannya.

"Jangan panggil aku oppa. Kalau kau nak sangat Joshua tu, aku boleh lepaskan kau." Kata Mingyu dengan tegas.

"Oppa, jebal. Jangan buat Tzuyu macam ni." Kata Tzuyu memeluk Mingyu, tetapi cepat ditepis oleh Mingyu. Tanpa mengucapkan apa-apa perkataan, Mingyu terus meninggalkan Tzuyu yang sudah menangis.

*BERSAMBUNG*

『COMPLETED』 Diam - Diam Suka  | K.M.GWhere stories live. Discover now