"Wah, cantiknya !" Mingyu memakaikan jam tangan itu di pergelangan tangannya.
"Pandai dia pilih." Puji Mingyu sambil tersenyum bahagia.
Tzuyu yang melihat itu tertawa kecil melihat gelagat Mingyu.
Pada masa yang sama Tzuyu berasa dirinya diperhatikan oleh seseorang. Jadi dia pun memandang kawasan sekelilingnya. Perasaannya tepat sekali. Seseorang sedang memerhatikan dirinya. Orang itu
ialah Joshua. Namja yang ditemuinya semalam di kedai jam bersama Nayeon.Tidak selesa diperhatikan begitu, Tzuyu bersuara;
"Aku dengan Chaeyoung masuk kelas dulu la." Kata Tzuyu.
Tzuyu dan Chaeyoung terus meninggalkan mereka.
-------------------
"Korang dari mana ni ? Asal berpeluh ?" Soal Jungyeon.
"Dari kelas 5A-7." Balas Tzuyu.
"Patut la berpeluh." Kata Jihyo.
"Kitaorang berpeluh ni sebab, hampir terkantoi tahu tak ?" Ujar Tzuyu.
"Hampir terkantoi ?" - Mina
"Salah Chaeyoung la, aku suruh dia jaga luar, dia sibuk main dengan handphone dia." Rungut Tzuyu.
"Ye la...aku juga..." Kata Chaeyoung.
"Macam mana korang cover ?" Soal Dahyun pula.
"Nasib baik Sir Kwang Soo suruh kitaorang hantar buku. Kalau tak...aku tak tahu nak bagi alasan apa dekat dorang." Bebel Tzuyu.
"Cakap pasal Sir Kwang Soo, geram je aku dengan dia. Boleh pulak dia buat lawak hambar ?" Marah Chaeyoung.
Mereka hanya tertawa
"Tadi, aku perasan kalau Joshua asyik pandang Tzuyu je." Sampuk Chaeyoung.
Mereka yang sedang tertawa tadi berhenti dengan serta merta.
"Jangan-jangan dia syak kalau aku yang suruh Tzuyu bagi dekat Mingyu. Oh no !" Kata Nayeon.
"Kenapa cakap cam tu ?" Soal Jihyo.
"Sebab semalam aku dengan Nayeon terserempak dengan Joshua dekat kedai jam. Aku cakap kalau Nayeon beli jam ni untuk appa dia." Balas Tzuyu.
"Maybe dia suka dekat Tzuyu kot." Kata Mina.
"Jangan mengarut lah." Bantah Tzuyu.
------------------
Waktu rehat pun tiba.
"Yang kau tersenyum ni dah kenapa ?" Soal Momo.
"Cantik jam, baru beli ke ?" Soal Sana pada Mingyu yang baru saja tiba.
"Mana ada beli, aku dapat dari secret admirer aku la." Balas Mingyu tersenyum.
"Jinjja ? Cantiknya !" Puji Tzuyu.
"Of course la cantik." Ujar Mingyu.
Manakala Joshua sedang tersenyum sinis pada Tzuyu.
Nayeon yang menyedari akan hal itu terus berbisik pada Tzuyu yang berada di sampingnya.
"Wei, Joshua tu kenapa ? Seram aku tengok dia." Bisik Nayeon.
"Buat-buat tak tahu je." Balas Tzuyu.
Tzuyu cuba untuk melihat Joshua dan Joshua masih lagi memandangnya.
"Kau suka Tzuyu eh ?" Soal Jeonghan.
"Tak." Balas Joshua singkat.
"Kenapa tengok di macam tu ?" Soal DK.
"Saja, sebab muka Tzuyu hampir seiras dengan Mya." Kata Joshua tersenyum.
"Mya ? Huh, dah lama aku tak jumpa dia. Rasa rindu pula dekat dia." Kata S.coups.
"Sepupu aku tu." Kata Mingyu.
"Nanti dekat sekolah kan ada buat party. Nanti ajak la dia." Kata Joshua sambil memandang ke arah Tzuyu lalu tersenyum sinis.
"Dia sekolah la." Balas Mingyu.
"Party tu kan waktu cuti sekolah. Bawa je la." Kata Seungkwan.
"Party tu kan nanti kena berpasangan, aku boleh la berpasangan dengan dia." Kata DK.
"Ha'ah la... Wei Jeonghan, nanti kau dengan aku tau waktu party nanti. Kita berpasangan :)" kata Seungkwan tersenyum.
"Ouhh..ok !" Kata Jeonghan sambil menikmati hidangannya.
"Hye oppa :)" kata Amanda lalu memeluk lengan Mingyu.
"Lepaslah !" Kata Mingyu lalu melepaskan pegangan Amanda yang memeluk lengannya.
"Oppa..." rengek Amanda.
"Hei, perempuan yang kau nak mengedik dengan Mingyu pahal ?" Marah Jihyo.
"Suka hati I la nak mengedik ke apa. Bukannya sakitkan hati you all pun." Kata Amanda.
"Memang la hati tak sakit, tapi ni ha mata aku yang sakit tahu tak ?" Kata Tzuyu sambil menunjuk matanya.
"I don't care." Jawab Amanda.
"Oppa, waktu party nanti I nak berpasangan dengan you ok ?" Kata Amanda sambil mencuit pipi Mingyu.
"Boleh tak berhenti panggil Mingyu dengan panggilan oppa ? Meluat aku dengar." Marah Tzuyu memukul sedikit meja kantin itu.
"Kalau I tak nak ? Lagipun Mingyu tak marah pun I panggil dia dengan panggilan oppa." Ujar Amanda sambil menjelir lidahnya pada Tzuyu.
"Yang you nak marah sangat ni dah kenapa ? Ke you jeles I duduk dekat dengan Mingyu ?" Kata Amanda sinis.
"Jeles ? Memang tak la. Kau tahu tak kalau kau datang dekat sini tanpa diundang ?" Balas Tzuyu sedikit marah.
"Tahu. I cuma nak bagitahu dekat Mingyu je kalau I nak berpasangan dengan dia waktu party nanti." Kata Amanda.
"Aku dengan Tzuyu akan berpasangan." Kata Joshua tiba-tiba.
"Ta...tapi."
"Tak ada bantahan." Kata Joshua.
"See ? So, I dengan you la kan ?" Soal Amanda.
Mingyu hanya memandang Tzuyu.
"You tak jawab. I akan anggap yang you setuju. Ok babe ?" Ujar Amanda.
"See you again babe. Bye !" Kata Amanda melambaikan tangannya.
"Ei, meluatnya aku dengar !" Kata Jihyo.
"Mula-mula oppa, lepastu babe. Lepas ni apa pulak ?" Kata DK sinis.
Mereka semua hanya tertawa kecuali Mingyu, Tzuyu, dan Joshua.
*BERSAMBUNG*
YOU ARE READING
『COMPLETED』 Diam - Diam Suka | K.M.G
Fiksi Penggemar"Kau nak buat dekat aku macam ni kan?" Sengaja Mingyu menuangkan mineral water pada gadis itu. "Permainan baru sahaja bermula." - Mingyu. ↢↣↢↣💘 "Selagi si mamat poyo tu tak rasa macam mana air tu kena dekat dia, selagi tu aku tak akan puas!" - Tzuy...