"Tzuyu, kau ok tak ?" Soal Mingyu sambil meletakkan kepala Tzuyu di atas pangkuannya.
"S..sakit !" Kata Tzuyu lemah sambil memegang kakinya.
Mingyu meneroka di dalam beg nya bagi mendapatkan bandage untuk membalut luka yang ada pada kaki Tzuyu.
Muka, tangan, dan keseluruhan badan Tzuyu habis dipenuhi dengan calar kerana terjatuh.
Mingyu memulakan membalut kaki Tzuyu. Sebelum membalut dia meletakkan ubat kuning pada kaki Tzuyu.
"Siap. Kau ok tak ni ?" Soal Mingyu dengan lembut.
"Tak payah nak caring sangat. Aku ok !" Kata Tzuyu. Dia berusaha ingin bangun tetapi gagal.
"Belagak, nak aku tolong tak ?" Soalnya.
"Lembap, aku nak la." Monolog Tzuyu pada hati.
"Tak." Balas Tzuyu singkat.
"Tzuyu, kau ok tak ni ?" Soal Nayeon yang baru sahaja tiba.
"Macam mana kaki kau ?" Sampuk Mina.
"Guys, aku ok. Mingyu dah tolong aku ! So, aku tak apa-apa." Balas Tzuyu.
"Cepat, tolong aku berdiri !" Arah Tzuyu.
Mina dan Nayeon pun membantu Tzuyu berdiri.
"Aku nak keluar dari sini !" Kata Tzuyu.
"Kitaorang berdua pun." Kata Nayeon dan Mina.
"Guys, sabar. Aku ada kompas, kita ikut kompas ok ?" Kata Mingyu.
Mereka hanya mengangguk.
"Tapi, sempat ke sampai dekat tempat perkhemahan sebelum hari gelap ?" Soal Wonwoo.
"Jangan risau, sempat punya !" Balas Mingyu.
Mereka pun meneruskan perjalanan mereka.
----------------------
"Sir, kumpulan pertama belum sampai lagi !" Seungkwan melaporkan pada Sir Jong Kook.
"Macam mana belum sampai lagi?" Soal Sir Jong Kook.
"Siapa kumpulan pertama ?" Soal Miss Yoona.
"Mingyu, Wonwoo, S.coups, Tzuyu, Mina, Nayeon, dan...."
"Amanda !" Jerit Seungkwan bila melihat Amanda lalu di hadapannya.
"Mana ahli kumpulan kau ?" Soal Seungkwan.
"Ak...aku tak tahu !" Kata Amanda.
"Bukan ke awak satu kumpulan dengan mereka ? Macam mana awak boleh tak tahu ?" Soal Miss Yoona.
"Ta...tadi kaki saya terseliuh, lepastu Yuri dengan Bella tolong saya. Lepastu, saya terus berpisah dengan mereka semua." Kata Amanda.
"Eii, tak baik tipu. Bukan ke kita yang tukar arah anak panah tu ?" Sampuk Bella perlahan, tetapi didengari oleh Miss Yoona.
"Kau, kalau terjadi apa-apa dekat Tzuyu, Nayeon, dan Mina jaga kau !" Ugut Jihyo.
"Aku pun, kalau terjadi apa-apa dekat kawan-kawan aku, kitaorang tak akan lepaskan kau!" Kata Vernon.
"Lepas dari perkhemahan ni, awak bertiga digantung selama seminggu !" Marah Miss Yoona.
"Ta... Tapi..."
"Sudah, esok kita mulakan pencarian. Hari makin gelap, esok pagi kita akan cari dorang !" Arah Sir Jong Kook.
Mereka semua mengganguk.
------------------
"Bella, kenapa dengan you ni ?" Marah Amanda.
"Betul la kan ? Kita yang buat dorang sesat dalam hutan tu !" Kata Bella.
"Ishh... Malas la I nak layan you !" Amanda terus memasuki khemahnya.
-------------------
"Wei, kau nampak tak apa yang aku nampak ?" Soal Jeonghan.
"Jangan mengarut lah." Balas Joshua cuba berlagak tenang.
"Asal pokok tu bergerak-gerak ?" Sampuk Seungkwan.
"Mana ada !" Bantah Vernon.
"Kau ni buta ke apa ?" Marah Seungkwan.
Tiba-tiba
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
."Mingyu ! S.coups ! Wonwoo !" Jerit mereka berempat.
"Korang sesat ke ?" Soal Dino yang baru saja tiba.
"Tak lah, kitaorang balik rumah sekejap. Mandi, makan, tidur -_-" kata Tzuyu.
Dino hanya membuat mulut 'O' nya tanda percaya apa yang diucapkan Tzuyu.
"Kau percaya Dino ?" Soal Mingyu. Lalu menunjal kepala Dino.
Dino memandang Mingyu atas bawah.
"Tzuyu, kaki kau kenapa ? Badan kau kenapa ada calar ?" Soal Momo.
"Tzuyu terjatuh tadi." Balas Mina
"Kau ok tak ?" Tanya Sana.
"Aku ok !" Jawab Tzuyu singkat.
"Kitaorang dah tahu, siapa yang buat korang macam ni !" Kata Dahyun.
"Siapa ?" Soal mereka berenam serentak.
"Amanda, Yuri, Bella" balas Dahyun.
"Kalau kaki aku ni tak sakit, dah lama aku tarik-tarik je rambut dia tu." Geram Tzuyu.
"Well to well, Jalan pun orang yang tolong, ada hati nak tarik rambut aku !" Kata Amanda menolak bahu Tzuyu sehingga, Tzuyu jatuh menyembah tanah.
Pang !
Satu tamparan terkena pada pipi Amanda.
"Mingyu, sampai hati you !" Amanda memegang pipinya.
"Kau jangan berani nak sentuh dia lagi !" Marah Mingyu.
Amanda pun berlalu pergi sambil menangis.
"Tzuyu kau..."
"Jangan sentuh aku !" Jerit Tzuyu pada Mingyu.
Tzuyu terus berlari sambil menahan kesakitan menuju ke khemahnya.
Kawan-kawannya yang lain mengejar Tzuyu dari belakang.
"Tzuyu !" Nayeon menahan Tzuyu yang sedang berlari.
*BERSAMBUNG*
YOU ARE READING
『COMPLETED』 Diam - Diam Suka | K.M.G
Fanfic"Kau nak buat dekat aku macam ni kan?" Sengaja Mingyu menuangkan mineral water pada gadis itu. "Permainan baru sahaja bermula." - Mingyu. ↢↣↢↣💘 "Selagi si mamat poyo tu tak rasa macam mana air tu kena dekat dia, selagi tu aku tak akan puas!" - Tzuy...