Chapter 42

4.1K 329 12
                                    

"Wae..? Kenapa awak risau kalau saya percaya cakap Jaera tadi?" Soal Yoon Ae dengan suara perlahan. Jungkook memandang Yoon Ae dengan muka sayu.

"Awak bukannya namja chingu saya. Kita tak ada apa-apa hubungan spesial pun sampaikan awak hendak risau kalau saya percaya cakap Jaera," sambung Yoon Ae lagi.
Jungkook terdiam dan Yoon Ae pun terdiam . Berberapa saat kemudian Yoon Ae membuat keputusan untuk beredar dari sini .

"Saya pergi dulu," ujar Yoon Ae dengan nada suara menahan sebak . Tiba-tiba langkah Yoon Ae terhalang apabila Jungkook memegang tangannya supaya berhenti.

Yoon Ae memandang wajah Jungkook. "Lepaskan-"

"Saya risau awak percaya cakap Jaera tadi sebab.. I love you."

Yoon Ae terkedu . What?

"Saya sayangkan awak, please percayakan saya,"

"Stop this nonsense!"

"It's true! I love you!"

Yoon Ae hanya diam. Jungkook mengeluh.

"I love you. Saranghae. Jebal, please jangan percaya cakap Jaera dan tolong percayakan saya," Jungkook sudah seperti separuh merayu.

Yoon Ae hanya diam.

"Yoon Ae.." Jungkook memegang tangan Yoon Ae. Yoon Ae menepisnya.

"Datchyeo. Jungkook.. Awak pergilah bertanggungjawab. Jangan lepas tangan bila awak dah terlanjur dengan dia," kata Yoon Ae kemudian menapak pergi dari situ .

Jungkook diam . Berberapa saat kemudian dia mendengus lalu menumbuk pokok yang berada disebelahnya . Tangannya yang sudah berdarah, dia tidak peduli.

Jungkook Pov:

"Hei, orang muda" aku terdengar suara seorang lelaki. Aku melihat seorang lelaki tua berumur dalam lingkungan 60-an sedang duduk di bangku sambil mengelap peluh .

"Nae, Ahjusshi?" Aku membuat muka hairan. Apesal pulak dengan ahjusshi ni?

"Kamu baru gaduh dengan yeoja chingu kamu ke?" Soal ahjusshi itu. Aku hanya senyum kecil. Malas hendak berkata apa-apa tentang itu.

"Duduk sini," ahjusshi itu berkata sambil menepuk tempat disebelahnya. Aku akur. Aku duduk disebelahnya.

"Apa masalah kamu dengan dia?"

Aku hanya diam . 'dia' itu mesti Yoon Ae.

"Dia bukan yeoja chingu kamu kan?" Soal ahjusshi itu . Aku mengeluh kemudian menganggukkan kepalaku.

"Uhm, kamu suka padanya?" Soal ahjusshi itu lagi. Aku mengangguk sekali lagi . 

"Tangan ini luka mesti kerana yeoja itu kan?" Ahjusshi itu ketawa. Aku hanya mengetap bibir. Aish, ahjusshi ni dah kenapa?

Ahjusshi itu tersenyum kepadaku kemudian menepuk belakangku berkali-kali.

"Jangan risau, orang muda. Suatu hari nanti dia pasti akan menyedari bahawa kamu amat mencintainya," ujar ahjusshi itu.

Aku senyum kecil . Semoga terjadi begitulah..

"Biarkan dirinya tenang dan biarkan dirinya berfikir. Kamu perlu buat sesuatu supaya dia mempercayai kamu. Tunjukkan kepadanya benda yang benar," ujar ahjushhi itu dengan penuh bersemangat . Aku hanya ketawa kecil.

"..Kamu perlu buat sesuatu supaya dia mempercayai kamu. Tunjukkan kepadanya benda yang benar..,"

Ayat ahjushi itu terngiang di telingaku. Nae. Aku akan buktikan benda yang sebenarnya. Berani kerana benar, takut kerana salah!

The Promise | jjk Malay FanficWhere stories live. Discover now