Chapter 46

5K 348 15
                                    


Yoon Ae menyepak batu-batu kecil di jalan . Geram! Rasa macam nak mengamuk!

"Arghh!!" Yoon Ae akhirnya mengeluarkan perkataan yang memang terbuku di hatinya. "Benci! Benci! Benci!" Rungutnya.

Dia melihat jam di tangannya, pukul 5 petang. Kemudian dia melihat dirinya yang masih berpakai uniform sekolah. Dia dalam perjalanan hendak pulang ke rumah dan berada di kawasan kereta di sekolahnya sekarang.

Nak tahu sebab kenapa Yoon Ae masih berada di kawasan sekolah walaupun sudah tamat waktu persekolahan?

Sebab dia kena 'Detention'.

"What a bad day tho," ngomel Yoon Ae .

Flashback.

Setelah waktu rehat sudah habis, semua murid dikehendaki memasuki kelas semula. Sekarang di kelas Park Yoon Ae, subjek Matematik .

"Class, now keluarkan buku latihan masing-masing. Siapa yang tak bawak.. saya akan hentuk kepala kamu dengan pen marker ni," ujar Mrs Oh sambil menayangkan pen marker merahnya itu.

Yoon Ae dengan akurnya membuka beg galasnya untuk mengeluarkan buku aktiviti yang diarahkan oleh seonsaengnim nya.

Setelah dia membuka begnya, muncullah satu makhluk pejal berwarna coklat kehitaman dan mempunyai banyak kaki itu .

Yoon Ae membuntangkan matanya. Nafasnya seperti tersekat.

"L..LI..LIP-LIPASSSS!!!!!!" Jerit Yoon Ae dengan nyaring kemudian berlari dari tempatnya. Mukanya berpeluh . Itu makhluk yang dia elergik!!!!

Disebabkan itulah, kelas menjadi huru-hara. Perempuan semua yang berada di dalam kelas itu sudah menjerit melihat lipas berterbangan. Lelaki pula? Ada yang takut, dan ada yang tak. Murid lelaki yang tidak takut itu cuba menangkap lipas untuk menenangkan situasi kelas.

Mrs Oh? Hm, dia sekali join budak perempuan menjerit.

End flashback.

Hah! Disebab itulah membuatkan Yoon Ae masih tersekat di sekolahnya. Yoon Ae memang sumpah seranah orang yang menganiaya dia dan membuatkan satu kelas dia mengatakan bahawa dia seorang pengotor kerana tidak reti basuh beg.

"Omma!!! Eiii kau Yoon Ae!! Ini mesti kau tak basuh beg kau en?! Sebab itulah ada lipas dekat beg kau!"

"Ew, Yoon Ae, ini aku nak bagi kau nasihat, lain kali.. kalau kau tak nak beg kau ada lipas, kau basuhlah beg kau tu setiap minggu or setiap bulan!"

"Ey geli weh gelii! Aish jeongmal! First time aku ada classmate macam kau, Yoon Ae!"

Ayat-ayat itu dari classmatenya . Memang menyengat deria pendengaran dia betullah.

"Bukan salah aku lah!! Eii geramnyaa," kata Yoon ae sendirian sambil menghayunkan penumbuknya di udara seolah-olah seperti menumbuk orang yang menganiaya dirinya itu.

"Yoon Ae-ssi?" Yoon Ae terdengar suara Cikgu Sungjae di belakang. Dengan perasaan malu, dia pusing ke belakang menghadap Cikgu Sungjae. Mesti Cikgu Sungjae ada nampak dia bertumbuk-tumbuk macam orang gila tadi.

"Nae.. Seonsaengnim?"

"Boleh tolong saya tak?" Pinta Sungjae.

Yoon Ae mengerut dahinya. "To..tolong apa, seonsaengnim?" Soal Yoon Ae kembali.

"Saya nak tolong awak angkat barang-barang saya yang banyak ke meja guru saya. Maklumlah saya ni kan guru baru.." balas Sungjae sambil memandang wajah anak muridnya itu dengan mesra.

The Promise | jjk Malay FanficWhere stories live. Discover now