5: She, with a burger costume

7.9K 448 34
                                    

Nuff said, chapter 5 : she, with a burger costume 🍔

____________________________________

"Ah t-tuan... sila lah ke cafe kami, kami ada-..."

Senyuman yang tadinya mengembang di bibirnya kini pudar setelah lelaki yang lalu di hadapannya membuang kertas yang baharu sahaja diberikan olehnya sebentar tadi.

Memandang di sekeliling, dia mengeluh. Kelihatan ramai manusia yang berpusu-pusu melintas di hadapannya namun tiada seorang pun yang mengambil endah dengan apa yang cuba dikatakannya.

"Mak, tengok kakak tu...awesome lah baju dia!" Seorang budak lelaki yang berada dalam lingkungan umur 6 tahun menarik hujung baju ibunya untuk datang menghampiri gadis yang diperkatakan itu.

Gadis itu tersenyum miris. Kalau budak ini sumber rezekinya apa lah yang boleh di buat.

Baru sahaja dia ingin menyerahkan flyers, Budak lelaki itu tiba-tiba meloncat-loncat di hadapannya. "Wah! Burger yang boleh bergerak. Saya pun nak lah baju macam ni!"

Gadis itu terkekeh. Kanak kanak memang mudah tertarik dengan sesuatu yang aneh ya? "Dik pakai baju ni panas lah. Berpeluh peluh Tak best! Nama adik apa? Nama akak Fareesha."

"Aiman!"

Baru sahaja budak lelaki itu ingin membuka mulut, ibu kanak kanak itu muncul dan menarik tangannya. "Aiman, kan mak dah kata jangan merayau. Lain kali dengar cakap mak, belajar rajin rajin, masuk universiti yang bagus, kalau tak...tu..." wanita itu menjuihkan mulutnya ke arah fareesha. "...kamu jadi macam kakak tu. Nak?" Aiman hanya menggeleng perlahan. "Dah jom."

Fareesha hanya memandang kelibat kedua beranak tersebut hilang disebalik kerumunan manusia. Kata kata wanita tadi agak menyakitkan perasaannya.

Hina sangat ke tugas orang yang bagi flyers tepi jalan? Okay maybe dengan pakaian yang agak memalukan ni membuatkannya kelihatan meremehkan. Tapi...dia tetap seperti pelayan normal yang lain yang bekerja dekat cafe. Cuma hari ni je dia terpaksa menggantikan syif seorang pekerja yang cuti sakit. Nak tak nak kalau dapat RM 400 buat kerja ni berbaloi gak, Apalah yang nak jadi dengan masyarakat sekarang. Pemikiran mereka terlalu cetek. Mereka lebih mementingkan pangkat dan harta berbanding hidup dengan rezeki yang halal dan bersedehana.

Fareesha menghela nafas perlahan. Dia menutup matanya yang silau terkena pancaran matahari daripada cermin kereta yang berpusu-pusu berdekatan dengan tempatnya berdiri. Seksanya! Dah la kostum yang dipakai adalah dibuat dari kain yang 100% wool, ditambah pula dengan cuaca panas yang membahang seluruh negara Malaysia. Haih hampir pitam dibuatnya!

"Ehem!"

Suara seseorang berdehem di hadapan nya, membuatkan fareesha terkejut beruk. Sape pulak ni? Dia menggosok-gosok matanya yang kabur.

Malangnya, disebabkan gosokan yang agak kuat, matanya menjadi pedih. Alamak time ni pulak la...

"Uh oh...tuan...err...nah ambil flerys ni. Err...saya..." fareesha menukup matanya menggunakan tapak tangan. Tak sanggup nak membuka matanya. Kalau tak warna merah matanya lah benda pertama yang akan ditatap oleh lelaki tersebut. Argh time camni la kau buat benda benda yang memalukan fareesha! Gadis itu merutuk diri sendiri.

"Miss burger, aku kat sini bukan sebab batak kan flyers kau. Aku kat sini sebab nak jumpa kau!" Fareesha terlompat kaget. Suara ni...macam kenal... Perlahan lahan fareesha membuka kedua belah matanya.

Dan tak semena mena dia bersemuka dengan raja segala syaitan iaitu Tengku Fazlan yang sedang tersenyum sinis kepadanya.

Oh shit.

Gadis Nerd VS The School Hot Shots (Hiatus)Where stories live. Discover now