Thank you for the one k votes!!!!! I'm really happy when I saw it earlier. Wooot really thanks guys!!!
_________Keesokan harinya di sekolah, seawal pagi lagi hari mereka berlangsung dengan tidak menyenangkan.
"Fareesha, betul ke awak manager mereka sekarang? Tapi macam mana pula dengan gossip awak keluar dengan Fazlan semalam?"
"Adakah awak dan Fazlan betul takde apa-apa?"
"Macam mana dengan kejadian pembunuhan awak? Adakah benda ni berkait dengan status awak sekarang?"
Bertubi-tubi soalan dilontarkan oleh paparazzi tak berbayar di sekolahnya itu. Fareesha yang menjadi objektif pertanyaan mereka hanya mendiamkan diri sambil diiringi oleh keempat-empat orang lelaki yang cuba menghalang reporter-reporter itu dari cuba menghampirinya.
"Sorry guys tapi buat masa ni please respect her privacy." Kata Aj kepada kerumunan orang itu sebelum berlalu ke hallway bersama rakan-rakannya yang lain.
"Damn those guys were such a pain." Fazlan mengeluh dan Aj dan Shou saling berpandangan.
"Kenapa dengan korang berdua?" Fazlan bertanya apabila melihat reaksi kedua-duanya itu.
"Nothing."
Suasana menjadi senyap dan tegang selepas itu. Aj tidak tersenyum seperti biasanya dan begitu pula Shou yang hanya mendiamkan diri kerana mereka masih memendam kecurigaan terhadap dua member yang lain iaitu Fie dan Fazlan.
"Shou tolong jagakan Fareesha. Sementara tu nanti aku akan cuba cari lagi bukti dekat kawasan sekolah." Aj berkata dan Shou pula mengangguk.
Fazlan yang melihat interaksi antara keduanya itu bertanya kepada Fie disebelahnya. "What's up with them?"
Fie hanya dapat menghela nafasnya sebagai jawapan kepada Fazlan yang masih lagi oblivious itu.
*********
"Macam mana dengan Fareesha?"
Fie bertanya ke arah Fazlan.Setelah loceng berbunyi menandakan waktu rehat sebentar tadi, keduanya itu kini berada di kawasan yang paling terpencil di sekolah iaitu di perpustakaan.
"She's fine walaupun cuma cakap sepatah je dengan aku. Tapi, Aj dengan Shou..."
"Diorang curiga dengan kau." Fie menyambung.
"Oh patutlah dengan silent treatment bagai tu?" Fazlan bertanya jelas sekali annoyed.
"Faz, need to talk about yesterday."
"There's nothing to talk about."
"Faz, semua orang curiga dengan kau. Aku pun curiga dengan kau."
Fazlan menghembuskan nafasnya nafasnya. "Fie, kau pun tahu kan yang aku takkan cederakan perempuan tu dan aku pun dah janji dengan kau. Jadi takkanlah aku nak buat semua tu."
"You got a point, however...disebabkan plan kau yang nak ajak Fareesha keluar tu buatkan aku fikir dua kali. Maksud aku, haritu kau buat party untuk Fareesha and then Lupin appeared. Lepas tu, semalam kau ajak Fareesha keluar Lupin muncul lagi. It happen twice to call as a coincidence."
"Percayalah tu bukan aku, lagipun aku rasa ada orang lain di sebalik semua ni."
"Maksud kau siapa?"
"Ayah aku."
*******
"Yo, Fareesha!"
Gadis berambut pendek itu berpaling, melihat ke arah seseorang yang tak pernah disangka olehnya akan pernah sekali menegurnya
YOU ARE READING
Gadis Nerd VS The School Hot Shots (Hiatus)
Mystery / ThrillerDemi menjaga kepentingan masing masing fareesha akira terpaksa menjadi best friend kepada 4 orang lelaki popular di sekolahnya iaitu: ➖Tun ahmad rafieque mazwan, si genius yang licik ➖Muhammad lee shou adam, idol bermuka baby face yang annoying ➖Ah...