Chapter 6 baby! Haha 😝
________________________'Cause if you like the way you look that much
Oh, baby, you should go and love yourself
And if you think that I'm still holdin' on to somethin'
You should go and love yourself...Fareesha jatuh tergolek dari katilnya. Dia bangun dalam keadaan mamai.
'Aku kat mane ni? LA ke? Dan... jap, sejak bila pulak Justin beiber buat konsert dalam bilik aku?!'
Fareesha segera bangkit dan memutarkan pandangan 360 darjah mencari-cari kelibat penyanyi idamannya itu.
Gelap dan sunyi.
Seperti itulah bilik tidurnya sekarang. 'Hampeh, Baru je aku nak berkaraoke dengan justin. Curse you reality!' Fareesha menyumpah dalam hati. Banyak betul berangan minah ni.
Namun bunyi alunan melodi lagu 'love yourself' daripada justin beiber masih lagi menerpa indera pendengarannya. Dengan perasaan hairan Fareesha memusingkan badannya dan meleraikan lilitan kain gebar di kakinya. Dia menguis nguis pada kain tersebut dan berjaya menjumpai telefon samsung corby 2 nya di dalam bungkusan kain yang berlilit lilit itu.
Telefonnya bernyala dan menunjukkan ikon pemanggil. Tanpa berlengah dia menekan tombol hijau dan menjawab.
"Helo?"
"APEHAL LAMA SANGAT KAU NAK ANGKAT PHONE HA?"
Fareesha membuka mulut, baru sahaja dia ingin menegur insan yang memekak pada pukul enam pagi di corong telefonnya.
"- WHATEVER, AKU MALAS NAK TAHU. YANG AKU TAHU DALAM MASA SETENGAH JAM NI AKU NAK KAU BERSIAP CEPAT. FAHAM? DAH BYE."
"E-eh? T-tunggu Siapa ni?!"
Fareesha merengus. Pemanggil tersebut telah memutuskan panggilan. Kurang ajar betul! Sedap sedap dia je nak menjerit, mengarah aku buat macam macam.
Belum sempat dia menempiaskan kemarahannya pada si pemanggil tersebut, alarm telefonnya pula yang berbunyi.
'6:30'
Fareesha melongo. Tak sangka, dirinya dah lambat nak bersiap ke sekolah. Tanpa membuang masa lagi, dia mencapai tuala yang telah disangkut pada kepala kerusi belajarnya sebelum bergegas ke bilik air.
_______________________________
Fareesha mengunci pintu apartmen rumahnya. Roti bakar yang digonggong di mulutnya, dipegang dan digigit sekali. Jam di tangan diliriknya.
'6:47'
'Fuh, sempat lagi ni nak ke sekolah kalau jalan kaki.' Fareesha berkata dalam hatinya dengan penuh semangat sebelum berangkat menurun tangga dari apartmen 2 tingkat itu.
Belum sempat memulakan langkah pertama, Fareesha tiba tiba dipeluk dan ditekup mulutnya daripada belakang.
"Please be silent and do not move." Orang itu berbisik padanya dalam bahasa inggeris. Daripada suaranya, Fareesha dapat mengetahui bahawa ianya merupakan seorang lelaki.
Lelaki?!
Oh Shit. Perempuan lawan lelaki? Of courselah lelaki yang menang. Fareesha menujukan pandangan pada muka lelaki yang cuba menculiknya. 'Mat salih?! Biar betul, apa yang aku dah buat sampai ada warga asing cuba nak bunuh aku ni?' Hati Fareesha meraung ketakutan. Mana tak takut, kalau badan mat salih ni punyalah 2 kali bersaiz gergasi daripada orang asia normal. Tak guna juga kalau dia menolak dan cuba melepaskan diri.
Tiada pilihan lain, Fareesha hanya mengangguk faham sambil menggigil ketakutan.Lelaki itu menyuruh Fareesha mengikutinya sebelum dia dibimbing ke arah sebuah kenderaan bewarna putih.
YOU ARE READING
Gadis Nerd VS The School Hot Shots (Hiatus)
Mystery / ThrillerDemi menjaga kepentingan masing masing fareesha akira terpaksa menjadi best friend kepada 4 orang lelaki popular di sekolahnya iaitu: ➖Tun ahmad rafieque mazwan, si genius yang licik ➖Muhammad lee shou adam, idol bermuka baby face yang annoying ➖Ah...