18: play with fire he got burn

5.3K 304 21
                                    

Jalan di sekitar fun fair itu menjadi sesak disebabkan oleh kenderaan pihak penyelamat yang terpakir di situ.

Malam sudahpun menjelma, dan ketiga-tiga orang yang terselamat dari bom itu dibantu oleh pihak perawat dari sebuah ambulance untuk merawat kecederaan mereka.

"I'm fine, you can just take her." Kata Fazlan yang masih lagi berkeras tidak mahu dirawat oleh petugas di situ, lalu Fie pun menyerahkan gadis yang dipapah olehnya itu kepada mereka untuk membaringkan Fareesha yang masih tidak sedarkan diri itu di atas stretcher.

Setelah sahaja para penyelamat yang lain mula beredar untuk menolong Fareesha, Fazlan didatangi oleh butlernya, John.

"Master, your father wishes to speak with you."

Baru sahaja Fazlan ingin menolak, kelibat ayahnya, si president muncul menghampirinya.

"Tuan president,"

Plak

Satu tamparan hinggap ke mukanya membuatkan Fazlan memegang pipinya yang terasa perih itu.

"Masuk ke dalam kereta sekarang." Kata ayahnya dengan tegas dan sudah tentunya dengan raut wajah yang tidak gembira sebelum berlalu pergi ke dalam sebuah limosin yang terpakir berhampiran tempat itu.

Fie yang melihat pertengkaran yang berlaku di antara Fazlan dan ayahnya itu terus memegang bahu Fazlan yang berada dalam keadaan terkejut.

"Let's talk about it tomorrow."katanya. Namun, Fazlan menepis tangan rakannya itu dengan kasar.

"It's not your problem." Balas Fazlan sebelum berlalu pergi.

*******
Gadis Nerd VS The School Hot Shots by: lxdyhxtlink

Plagiarism is the same as cheating and copying and I'm not that low to do that shit.

I don't plagiarize and I don't support plagiarism. Please respect me as an author in the wattpad community. Thank you.

*******

"Kau ni tak sudah sudah ke nak malukan aku?!" Ayahnya menjerit lantang.

Fazlan hanya diam membisu dan merenung ke arah karpet mahal di dalam pejabat ayahnya itu.

"Hari ni dah dua kali pihak polis dengan pihak media datang serbu pejabat aku disebabkan kau, kalau kau nak tahu, aku ada banyak benda lagi yang nak dibuat bukan uruskan kau je. Kau tahu tak perangai kau ni menyusahkan aku"

Fazlan mengenggam tangannya, marah. Namun, kemarahannya itu hanya dapat dipendam sahaja.

"Kau ni dah besar panjang Fazlan, kau sepatutnya bertindak seperti orang dewasa. Tengok sikap adik kau tu, sekurang-kurangnya dia dengar cakap aku. Dan disebabkan perangai kau tu, aku pun dah lama agak yang kau ni tak patut jadi penerus takhta kerajaan yang seterusnya tapi adik kaulah, Fazril yang layak memperolehnya."

Fazlan menatap ayahnya tak percaya. "Tuan president...tapi sayalah satu-satunya anak tuan."

President itu tersenyum sinis. "Dan Fazril pun anak aku jugak."

Mendengar akan hal itu, Fazlan hanya boleh menatap lelaki dihadapannya itu dengan perasaan yang bercampur baur.

"Ah dan lagi satu, skandal pasal kau dah semakin menjadi-jadi disebabkan kejadian hari ni. Aku dah lama ingatkan kau Fazlan berhenti bergaul dengan perempuan tu. Tapi disebabkan rakan-rakan kau yang dah banyak mempengaruhi kau, aku dah putuskan satu benda."

Gadis Nerd VS The School Hot Shots (Hiatus)Where stories live. Discover now