"Nah ni baju gym saya." Kata Aj menyerahkan sehelai baju berhoodie berwarna kelabu dan seluar panjang yang sama warna. "Dah lama saya tak pakai. Harap-harap muatlah."
Fareesha masih lagi mendiamkan diri dan tidak menerima mahupun menolak pemberian Aj. Melihat itu Aj mengeluh.
"Saya tahu, perkara yang terjadi hari ni mesti akan berlaku satu hari nanti tapi...saya tak menyangka ia akan berlaku hari ni. Jadi bagi pihak fans kami, saya nak mintak maaf."
Fareesha menggeleng. "Tak bukan sebab tu. Saya tak kecewa sebab tu. Tapi...saya rasa awak tak patut jumpa saya lagi. Kita dah takde apa-apa hubungan dan ini pun demi kebaikan korang jugak."
Aj mengeluh. "Fareesha walauapapun terjadi awak masih sebahagian dari kami. Walaupun awak dah tarik diri saya tak kesah. Awak tetap kawan kami Fareesha."
"Tapi-"
Aj menggeleng. "Saya tak nak dengar bantahan. Fareesha kami akan akan selalu ada dengan awak dan lindungi awak. Mungkin Lupin takkan kacau awak lagi kalau awak bukan sebahagian dari kami. Tapi bahaya yang lain tetap ada. Jadi, please biarkan kami tetap berada di sisi awak dan jaga awak."
Lupin tersenyum sadis. "Sesuatu yang aku takkan pernah dapat daripada kau."
Perkataan Lupin masih terngiang-ngiang di kepala gadis itu. Jika mereka tetap berdegil untuk mempertahankannya maka mereka akan berada dalam bahaya.
Dan Fareesha takkan benarkan itu terjadi. Lagi.
"Maaf Aj tapi saya terpaksa menolak."
"Tapi Fareesha-" "Fareesha tu pun awak!"
Seorang gadis datang menghampiri kedua insan di barisan locker di tepi gym itu dan memeluk Fareesha.
"Oh my god thank god you're okay. Saya dengar awak dibuli kawan saya, maaf sebab takde berasama awak tadi dan maaf sekali lagi sebab perangai kawan saya tu."
Fareesha hanya tersenyum maklum. "Takpe."
"Dah jom pergi kelas." Kata gadis itu agak tergesa-gesa. Mungkin kerana risau identitinya terbongkar.
Aj yang menjadi pemerhati di antara kedua gadis itu berdehem. Mengisyaratkatkan bahawa dia masih berada di situ.
"Oh Lisa sorry, lupa nak kenalkan ni Aj. Dan Aj ni Lisa, kawan sekelas saya."
Lisa yang pastinya amat mengenali salah seorang member ter'hot' di sekolahnya itu hanya tersenyum maklum. Berharap agar lelaki itu tidak mengenalinya.
Dan benar dugaan Lisa, kecederaan Aj yang belum sepenuhnya pulih itu menyebabkan lelaki itu tidak mengenalinya dan menghulurkan tangannya sebagai tanda perkenalan. "Aj." Sedikit lega, Lisa menerima huluran tangan Aj dan mengenalkan dirinya. "Lisa."
Dia menghampiri pelajar itu dan memegang tangan pelajar yang sedang menulis itu.
"Got you, Lupin."
Seorang gadis tanpa muka menarik tangannya paksa. "Oh really? Kau rasa tu betul-betul aku ke? Hmm...aku rasa kau salah orang."
"Jangan nak berdalih Lupin. Kau yang tulis surat ni kan?" Aj mengeluarkan sepucuk surat berwarna putih kepada perempuan di hadapannya itu. Melihat lagi satu bukti di atas meja gadis itu, Aj tersenyum kemenangan. "Lagipun...kau tengah tulis lagi satu surat betul tak...L-"
YOU ARE READING
Gadis Nerd VS The School Hot Shots (Hiatus)
Mystery / ThrillerDemi menjaga kepentingan masing masing fareesha akira terpaksa menjadi best friend kepada 4 orang lelaki popular di sekolahnya iaitu: ➖Tun ahmad rafieque mazwan, si genius yang licik ➖Muhammad lee shou adam, idol bermuka baby face yang annoying ➖Ah...