24: the last straw

4.2K 234 0
                                    

"Faz..."

Fazlan mengendahkan panggilan Fie dan menyarungkan helmet hitam di kepalanya sebelum membonceng motobike kawasaki ninja metalik hitamnya.

"Faz, kau nak pergi mana?"

Fazlan yang telah pun menghidupkan enjin motornya itu memandang sekilas ke arah Fie.

"Jumpa Lupin." Katanya sebelum menutup cermin muka helmetnya dan memecut pergi dari kawasan sekolah.

Fie yang mengetahui maksud tersembunyi dalam perkataan Fazlan hanya boleh menghela nafas pasrah.

'Kau jangan cari pasal Faz.'

**********

Fareesha membawa tray makanannya dengan lesu. Walaupun dengan sekotak susu dan sepinggan spaghetti di atas tangannya itu, namun pada hakikatnya dia langsung tidak lapar. Tiada mood.

Namun ajakan Lisa dan rakan-rakannya itu memang susah untuk ditolak, memandangkan dia juga dalam proses untuk bersahabat dengan mereka, Fareesha menuruti sahaja apa yang mereka inginkan. Walaupun kenyataannya Fareesha sebenarnya 'below standard' mereka namun disebabkan dia pernah rapat dengan empat orang lelaki popular di sekolahnya itu geng-geng Lisa mula berbaik-baik dengannya.

Melihat ke arah kerumunan pelajar perempuan yang berpakaian up to date dan bermake up mecolok yang sudah tentunya sebahagian dari geng Lisa, Fareesha melangkahkan kaki ke meja mereka.

Namun belum sempat pun gadis itu duduk, dia tiba-tiba di halang oleh salah seorang geng Lisa yang berdiri dengan angkuh di hadapannya.

"Tch, aku tak tahu apa yang si Lisa tu nampak dekat kau sampai tiba-tiba nak ajak masuk dalam geng kitorang."

Salah seorang lagi datang menyampuk dan mengganggukkan kepalanya. "Ha'ah haritu kau berkepit dengan mamat hot kat sekolah ni. Sekarang ni kau pulak nak bodek Lisa. C'mon lah motif kau semua orang dah nampak. Kau cuma mahukan duit diorang, kan? Heh, sah-sah minah hypocrite macam kau ni memang jenis yang tak tahu malu."

Fareesha mengenggam dulang berisi makanan ditangannya dengan erat. Menahan marah dan malunya apabila terang-terangan ditengking dan dihina di khalayak ramai. Dengan emosi yang tertahan, gadis itu mengabaikan sahaja dua orang perempuan yang bercekak pinggang di hadapannya itu dan memilih untuk duduk.

"Hoi perempuan! Pay attention when I'm talking right now!"

Tanpa memperdulikan harga diri Fareesha, dua orang perempuan yang berlagak diva itu mencengkam bahu gadis yang malang itu lalu ditolaknya ke atas lantai sehingga gadis itu jatuh terduduk dengan makanannya berserakan ke atas lantai.

"That will teach ya!"

"Fight! Fight! Fight!"

Seluruh kafeteria gemuruh dengan sorakan para pelajar dan secara tidak langsung menyokong tindakan gadis pembuli itu, menyebabkan gadis yang bersikap biadap itu mula mengambil tindakan yang lebih agresif.

"Heh, dengar tak tu Fareesha? Orang macam kau ni memang tak layak nak duduk dekat tempat yang high class macam ni. Apatah lagi bersosial dengan jenis yang upperclass macam kami. Dan..." Gadis pembuli itu mengesturekan ke sekelilingnya. "Seluruh sekolah pun setuju dengan apa yang aku cakap."

Fareesha memandang sekeliling. Ya, betul apa yang perempuan tu cakapkan. Semua orang di kafeteria itu yang mengerumuninya kini sedang memandang dengan penuh benci dan jijik ke arahnya. Tiada keramahan di antara mereka dan tiada siapa pun yang mahu berkawan dengannya. Sama seperti apa yang berlaku pada kali pertama dia mula bersekolah di sini....

Fareesha menunduk. Mungkin mereka betul– tapi...

Fareesha, Shou, Aj, Fie dan surprisingly Fazlan tersenyum dengan lebar kepada para penonton.

Fareesha mengingat kembali kenangannya bersama Shou, Aj, Fie dan Fazlan dan bagaimana reaksi gembira mereka apabila bersamanya.

"Tak. Kau salah."

Gadis angkuh di hadapannya itu mendengus. Melihat ke arah Fareesha yang kini menatapnya nyalang. Tiada kegentaran pun di mata gadis itu, yang ada hanya keyakinan.

"Kalau macam tu kau nilai persahabatan, melalui wang. Baik kau cermin diri kau. Kau tengok siapa yang hipokrit sebenarnya. Kau atau aku? Kau cakap aku ni materialistik dan jenis yang kikis duit orang tapi kau pulak apa?" Fareesha menggelengkan kepalanya. "Jadi jangan pandai-pandai nak tuduh aku kalau korang pun tak tahu diri."

"Booooo!" Para pelajar yang menonton mula bersorak membantah kata-kata Fareesha namun ada juga yang memilih untuk bersurai kerana insaf.

Tetapi bukan keinsafan yang melekat pada diri gadis di hadapan Fareesha malah sebaliknya dia mula rasa tercabar. "Listen here. Kat sini kau cuma orang bawahan dan orang bawahan macam kau tak patut bentak aku!" Gadis itu mula bertindak agresif dengan menarik kolar baju Fareesha yang sudahpun dikotori makanan tengaharinya itu "kenapa? Atau sebab kau terkesan dengan perkataan aku yang kau sebenarnya keseorangan di sebalik barangan mewah kau tu betul kan?" "SHUT UP!" dengan kemarahan memuncak dia mengangkat tangannya yang sudah dikepal dan berniat untuk memukul gadis di hadapannya itu.

"Enough!" Seseorang menangkap tinjunya lalu dilepaskan dengan paksa. "A-aj?"

"Shows over go back to your classes" Aj memandang sekeliling dan kerumunan orang itu segera bubar. Namun bukan gadis yang bersama Fareesha itu.

"Aj...I can explain..." Melihat tindakannya yang sudah menjadi tontonan idolnya itu gadis pembuli itu cuba memohon.

"Explain it to the principal." Kata Aj datar sebelum memandang sekilas ke arah Fareesha yang menunduk itu.

"Follow me." Kata lelaki itu sebelum berlalu pergi.

**********

"Master, I'm sorry but your father is in a middle of an important meeting right now."

John cuba menghalang Fazlan yang cuba menerjah masuk ke dalam pejabat president negara itu. Namun cubaannya gagal apabila Fazlan berjaya meloloskan diri dari barisan bodyguard yang mengawal pintu utama pejabat itu.

Dan apabila Fazlan masuk sahaja ke dalam pejabat ayahnya itu ayahnya sedang mengadakan meeting dengan duta-duta tertinggi luar negara melalui video call di skrin computer canggih pejabatnya itu bersama adik tirinya, Fazril.

"I'm greatly sorry but the president will have to stop the meeting right now dear gentleman. Our meeting will be postponed due to next week. Again sorry for the inconvenient." Fazril berucap bagi pihak ayahnya dan meng-end kan video conference itu.

Setelah skrin komputer besar itu terpadam, Ayahnya berpaling ke arah satu-satunya anak kandungnya itu.

"What's the meaning of this?! Aku tengah bermesyurat penting dengan orang-orang penting sekarang ni dan kau pulak serbu masuk! Do you have no manners at all?!"

Fazlan menelan ludahnya. Memang tindakannya bodoh. Namun lagi bodoh jika seseorang itu sanggup melukai orang terdekatnya. Dan itulah alasannya dia berada di sin sekarang ini, untuk menghentikan Lupin.

"Memang. Memang tindakan saya tak bermoral. Tapi tindakan tuan president yang mencederakan rakan saya adalah sesuatu yang lagi tidak bermoral!"

"Watch your tone young man!" President negara itu meninggikan lagi suaranya. Dan melihat suasana tegang yang tercipta dua beranak itu, Fazril segera ikut campur

"I'm sorry father but let me handle this." Kata Fazril menenangkan ayahnya. Fazlan berdecih mendengar Fazril mengelarkan ayahnya sebagai 'ayah,' memandangkan Fazril sahaja yang boleh menggelarkan lelaki itu sebegitu walaupun sebenarnya Fazlan merupakan anak kandung.

Tuan president itu mengangguk dan duduk di kerusi kebesarannya. Cuba menenangkan penyakit darah tingginya yang kian menjadi-jadi itu.

"Ikut aku." Kata Fazril apabila berlalu di tepi Fazlan dan dengan sengaja melagakan bahunya.

********
TBC

Gadis Nerd VS The School Hot Shots (Hiatus)Where stories live. Discover now