Can't say much , cuz my phone will become hanged because of the one-k words hehe lol
***
Fie berjalan ke arah jendela kaca menuju ke kolam renang rumahnya. Mengambil tempat di salah satu kerusi rehat di situ, dia berbaring dan mula membelek majalah TIME edisi terbaharu di tangan kirinya manakala tangannya yang lagi satu menopang berat kepalanya. Hujung minggu seperti ini sudah menjadi kebiasaannya untuk membaca. Walaupun sebenarnya hari hari dia membaca."Hey, whatcha doin'?"
Tanpa menoleh, Fie hanya melambaikan majalahnya kepada insan yang berada di sebelahnya. Seolah berkata "membaca."
Setelah itu hanya keheningan yang menemani kedua manusia itu sambil ditemani oleh bunyi deruan angin dan air.
"Kak..."
"Hmm?"
Kak dyan meneliti raut wajah Fie yang kelihatan serious itu.
"Apa yang akak rancangkan sebenarnya?"
"Maksud Fie?" Kak Dyan kembali bertanya.
Fie menyilangkan lengannya ke tubuh. Majalah yang tadinya dibaca dibiarkan di atas meja bersebelahan dengan segelas jus. Mengenali Fie pastinya dia sudahpun menghabiskan keseluruhan majalah itu dalam masa yang singkat.
"Kenapa kami yang akak pilih untuk jadi kawan Fareesha? I mean there's whole lot of students out there in our school, but why us?"
Kak Dyan hanya ketawa.
"Heh, as expected from my genius brother, I know you will notice sooner."
"So...maknanya memang ada something yang akak rancangkan?"
"Mungkin."
Fie mengingat kembali kejadian semalam.
'Bunga ros kuning...bermaksud kemaafan.'
"Dan...kakak tak berseorangan dalam hal ni isn't that right?"
Kak Dyan tersenyum lantas dia berdiri dan mengosok kepala adiknya itu.
"you know too much already."
***
Fazlan memandang langit langit biliknya. Dia menghela nafas dan seketika melirik ke arah vas bunga berukuran kecil di atas meja bersebelahan katilnya.
Atau lebih tepatnya dia melihat ke arah sekuntum ros kuning. Bukan, sejambak ros kuning yang telah disusun rapi di dalam vas itu. Menandakan bahawa sudah sekian lama dia mengumpul ros-ros itu, sekuntum demi sekuntum setiap hari.
Dan semalam sekuntum lagi diperolehnya.
"Mom..." Dia berucap lirih sebelum menutup matanya kembali ke ingatan masa lalunya.
"Mom! Look Henry grew!" Budak kecil berumur enam tahun itu menunjukkan anak pokok yang baru tumbuh di dalam pasu kepada ibunya.
"You did well, Faz."
Si, ibu yang berumur lewat 20-an itu tersenyum lembut lalu mengusap kepala budak lelaki itu.
YOU ARE READING
Gadis Nerd VS The School Hot Shots (Hiatus)
Mystery / ThrillerDemi menjaga kepentingan masing masing fareesha akira terpaksa menjadi best friend kepada 4 orang lelaki popular di sekolahnya iaitu: ➖Tun ahmad rafieque mazwan, si genius yang licik ➖Muhammad lee shou adam, idol bermuka baby face yang annoying ➖Ah...