Kak Dyan meneliti biodata seseorang yang tertulis di atas sekeping kertas di tangannya itu. Jelas sekali melalui gambar berukuran passport di profile itu dia adalah seseorang yang amat dikenalinya dan baginya dia juga sudah seperti adik angkatnya sendiri.
"Fareesha..."
Wanita itu bergumam sebelum mengambil secawan mint tea di atas mejanya itu dan menghirupnya, berusaha untuk menghilangkan kegundahan dihatinya melalui rasa berangin teh itu.
"Dyan."
Kak Dyan menatap wanita yang duduk di hadapannya dengan dua cawan teh earl grey di atas meja. Kini mereka berdua berada di salah satu tempat duduk yang terdapat di neighborhood cafe berdekatan tempat kerjanya.
"Saya...ada sesuatu yang saya ingin Dyan lakukan. Harap Dyan tak keberatan."
Kak Dyan tersenyum lembut ke arah ibu kepada rakan adiknya itu.
"Dyan rasa bangga kalau dapat tolong auntie, apa yang auntie nak Dyan buat?"
"Fazlan...saya risaukan Fazlan. Walaupun dengan kawan-kawan yang berada di sekeliling dia, auntie tetap risaukan dia...auntie takut dia akan membenci auntie dan terpengaruh dengan ayahnya untuk membenci perempuan."
Kak Dyan menatap raut kegelisahan di wajah seorang ibu beranak dua itu. Lalu ia cuba memikirkan sesuatu, sesuatu yang dapat menyelesaikan masalah wanita yang sudah dianggap ibu baginya itu.
"Takpe bagi auntie, Dyan akan cuba cari jalan penyelesaian."
Dan dengan kepakarannya sebagai seorang guru kaunseling di Eclipse High, dia berusaha untuk menemukan jawapan bagi masalah yang dihadapi ibu Fazlan itu.
Sehinggalah...
"Fareesha, huh?"
Guru simba mengangguk.
YOU ARE READING
Gadis Nerd VS The School Hot Shots (Hiatus)
Mystery / ThrillerDemi menjaga kepentingan masing masing fareesha akira terpaksa menjadi best friend kepada 4 orang lelaki popular di sekolahnya iaitu: ➖Tun ahmad rafieque mazwan, si genius yang licik ➖Muhammad lee shou adam, idol bermuka baby face yang annoying ➖Ah...