22: Fazril

4.8K 276 9
                                    

Fazlan dan Fazril dua insan yang berbeza. Walaupun nama mereka seakan-akan dekat tapi percayalah atas nama yang diberikan oleh ibu mereka yang sama itu tidak semestinya segalanya sama mengenai mereka.

Sebagai contoh, Fazlan dilahirkan dari ibu bapa yang sah manakala Fazril merupakan anak luar nikah antara ibunya dan si naib president sehinggalah ibunya berkahwin dengan naib president dan bercerai dengan bapa Fazlan. Dan ini menjadikan Fazril yang satu tahun lebih muda dari Fazlan itu secara tak langsung adik kepada Fazlan sendiri walaupun ibu bapa Fazlan telah berpisah pada waktu itu.

Fazlan hidup dengan satu-satunya ayah yang dia ada dan Fazril pula hidup dengan bapa dan ibu Fazlan. Sehinggalah beberapa tahun selepas itu bapa Fazril meninggal kerana kes pembunuhan.

Dan pembunuhan itu hanya diketahui oleh kedua insan iaitu Fazlan dan ayahnya.

Sedar atau tidak, ayah Fazlan mempunyai motif tersendiri mengenai pembunuhan itu, dan hanya satu, iaitu untuk mengambil bekas isterinya semula.

Semenjak dari hari itu kehidupan Fazlan mula berubah, ayahnya cuba mengambil semula hati ibunya dan menutup perbuatan keji yang dikakukannya dengan berbaik-baik terhadap anak tirinya Fazril.

Walaupun begitu, seteguh mana pun perbuatan jahat yang bapanya cuba sembunyikan akhirnya segalanya terbongkar, ibunya mengetahui tentang kebenaran tersebut beberapa tahun selepas itu, berkat hasil daripada risikan detective upahannya dan seterusnya cuba untuk menjatuhkan hukuman mahkamah terhadap bekas suaminya itu namun hampa setelah mendapati kes tersebut sudahpun ditutup kerana seseorang telah mendakwa dirinya sebagai dalang pembunuhan itu yang pastinya dilakukan dibawah pengaruh pembunuh yang sebenar.

Gadis Nerd VS The School Hot Shots (Hiatus)Where stories live. Discover now