Hospital

2.1K 157 9
                                    

Hyeri dan Chanyeol pergi ke rumah Luhan. Chanyeol membawa motosikalnya dengan laju. Mereka risau dengan keadaan Luhan.

Flashback

" Chanyeol-ah! Buka pintu! "

Hyeri mengetuk pintu rumah Chanyeol dengan kuat. Chanyeol membuka pintu dengan muka yang mengantuk.

" Wae? Kau ni, malam-malam datang rumah aku. " kata Chanyeol sambil menggaru kepalanya.

" L-Luhan dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia. Awak je yang paling dekat dengan rumah saya. "

Chanyeol cepat-cepat mengambil kunci motosikalnya. Dia mengunci pintu rumahnya. Nasib baik eomma dan appa dia belum balik dari Jeju. Hyeri dan Chanyeol pergi ke garaj. Chanyeol start enjin motornya. Hyeri membonceng di belakang Chanyeol.

Mereka berdua terus ke rumah Luhan.

End flashback

Chanyeol dan Hyeri perlahan-lahan memakir motosikal. Mereka mendekati rumah Luhan.

" Macam tak ada orang je. " kata Chanyeol

" Jom kita masuk. " kata Hyeri. Dia membuka pagar rumah Luhan. Hyeri memegang erat rantai birunya.

Dia tak lupa yang werewolf takut dengan rantai itu. Chanyeol mengambil kayu yang besar dan bersedia untuk lawan apa sahaja.

Hyeri membuka pintu rumah Luhan. Gelap. Tak nampak apa-apa pun walaupun kaki sendiri. Chanyeol berdiri di hadapan Hyeri.

" Keluarlah korang! Kenapa korang nak sakiti Luhan! " jerit Hyeri.

Pap!

Lampu rumah terbuka dengan tiba-tiba. Chanyeol dan Hyeri terkejut. Hyeri memegang kuat baju Chanyeol kerana takut.

" Jangan takut. Aku ada. " kata Chanyeol. Mereka berdua naik ke tingkat atas rumah Luhan.

Mereka memanggil nama Luhan tapi Luhan tidak menyahut. Chanyeol membuka satu persatu bilik yang ada. Akhirnya Chanyeol terbuka pintu bilik di mana Luhan terbaring di atas lantai. Luhan berlumuran darah.

" Xi Luhan! " jerit mereka berdua. Sebaik sahaja mereka masuk, pintu bilik itu tertutup dan berkunci dari luar.

Chanyeol cuba pecahkan pintu, tapi tidak dapat. Mereka bertiga terperangkap.

" Luhan, bangun lah. " Hyeri meribakan Luhan di atas pehanya.

Badan Luhan penuh dengan darah. Begitu juga mukanya. Luhan masih lagi tidak sedarkan diri. Chanyeol mengeluarkan telefonnya.

He's a werewolf ( COMPLETE )Where stories live. Discover now