Luhan hendak pergi ke rumah Hyeri dan untuk berbincang sesuatu dengan Hyeri. Sampai sahaja dihadapan pintu rumah Hyeri, Luhan terus menekan loceng rumah Hyeri berkali-kali kerana dadanya masih lagi rasa sakit. Kwangsoo membuka pintu. Kwangsoo pelik melihat Luhan kerana ini pertama kali dia jumpa Luhan
"Ye dik? Cari siapa?" tanya Kwangsoo
"Saya kawan Hyeri, Luhan imnida. Hyeri ada tak?" tanya Luhan kembali
"Ahh Luhan. Masuk lah. Hyung banyak dengar pasal kamu. Mari hyung buatkan kamu air" Kwangsoo memegang bahu Luhan dan menariknya masuk
Luhan hanya senyum dan membuka kasutnya. Dia masuk kedalam rumah Hyeri dan tunggu Hyeri di ruang tamu. Kwangsoo memanggil Hyeri diatas. Hyeri turun dengan muka yang masih mengantuk.
"Eo? Xi Luhan? Sejak bila awak datang?" tanya Hyeri yang sedikit terkejut melihat Luhan di dalam rumahnya
"Baru je. Tu yang oppa panggil. Dia ni Luhan, kalau tak panggil pukul 12 tengah hari pun tak bangun lagi" perli Kwangsoo sambil menghulurkan secawan teh kepada Luhan
Hyeri menyiku pinggang Kwangsoo. Luhan hanya gelak tapi dalam masa yang sama dia masih pagi serius.
"Hyeri, saya nak cakap sesuatu" kata Luhan
"Cakap lah apa dia. Macam penting je" jawab Hyeri sambil dudum dihadapan Luhan
"Tapi....." Luhan memandang Kwangsoo
Kwangsoo faham dan terus masuk kedalam biliknya. Dia mengahadap komputer dia
"Apa yang penting sangat sampai aku kena masuk dalam bilik. Tch!" bebel Kwangsoo seorang diri dalam bilik
Luhan menghadap Hyeri. Dia menatap mata Hyeri dengan muka yang serius. Hyeri rasa sedikit pelik
"Wae? Ada apa apa yang pelik ke?" tanya Hyeri
Luhan menunjukkan rantai yang Hyeri pakai. Hyeri terus buka rantainya dan meletakkannya diatas tapak tangan
"Ni ke yang awak maksudkan tu?" Hyeri menghulurkan rantai itu kepada Luhan
Luhan bangun dan mengelakkan dirinya daripada Hyeri. Dia seperti takut dengan rantai itu. Bertambah rasa pelik Hyeri apabila Luhan berbuat demikian
"J....jauhkan dari saya. Saya dah agak dah selama ni kenapa saya rasa macam ada elektrik dekat awak dan apa yang lindungi awak" kata Luhan
Hyeri terkejut dan dia terus membaling rantai itu keatas meja kopi. Luhan masih lagi di posisi yang mengelakkan diri dari rantai berbatu biru itu.
"J...jadi benda ni y...yang lindungi saya selama ni? Dan buat awak sakit bila pegang saya? Saya tak nak lagi pakai rantai itu!" kata Hyeri
Luhan rasa bersalah pula. Dia kembali duduk disebelah Hyeri dan memegang tangan Hyeri.
"Rantai itu dah lindungi awak. Awak tak patut buang dia macam tu. And that thing is from a vampire. Werewolf no.1 enemy" jelas luhan
Mata Hyeri membulat apabila mendengar penjelasan Luhan. Mata dia mula berair dengan air matanya.
"Wae? Kenapa nak nangis ni?" tanya Luhan sambil memegang pipi Hyeri"Hiks. Tak sangka rantai itu musuh awak. Sa..saya rasa bersalah" Hyeri mula menangis
Luhan terus memeluk Hyeri untuk menenangkan Hyeri. Luhan mengajak Hyeri berjalan-jalan di taman. Hyeri naik ke atas dan bersiap. Luhan memandang ke arah rantai biru itu.
"Aku kena siasat siapa diri sebenar Hyeri" kata Luhan perlahan
YOU ARE READING
He's a werewolf ( COMPLETE )
Fiksi PenggemarLuhan Kris Hyeri ------------------- Chanyeol Kai D.O Baekhyun Sehun Lay Xiumin Chen Suho Tao