Hyeri Pov
Aku dan Amber turun ke kantin bersama-sama. Tak sabar rasanya nak kenalkan Amber dekat EXO. Jangan diorang salah anggap Amber ni lelaki dah lah. Amber ni dari dulu lagi dia suka berpakaian sepert lelaki. Tetapi naluri perempuan dia ada lagi. Pakaian je okay.
Aku ternampak EXO berada di meja hujung. Aku menarik tangan Amber untuk berjalan lebih laju. Sampai di meja EXO, aku menegur mereka. Aku sempat memandang Luhan yang sedang makan.
" Annyeong. "
" Annyeong Hyeri. Siapa ni? " tanya Chanyeol.
" Ni? Oh! Amber, kawan lama saya. Amber, diorang ni EXO. " kata aku. Amber tersenyum.
" Wey, lawanya dia senyum. Macam perempuan. " kata Lay. Aku tergelak halus. Amber dah menjeling aku.
" Lay, dia ni memang perempuan lah. Cuma cara pemakaian dia je lain. " kata aku.
" Hi, saya Amber. Baru datang Korea. " kata Amber. Aku menariknya duduk di sebelah Sehun.
" Ohh dia lah yang dengan Hyeri dekat padang tadi kan? " tanya Sehun. Aku mengangguk. Kuat betul ingatan Sehun ni.
" Makan apa? Roti je? " tanya Luhan. Aku terkejut. Lepas dia keluar hospital, tak pernah dia tanya soalan seperti dia ambik herat tentang aku. Macam....macam Luhan yang lama.
" Emm. Tak ada selera. " kata aku. Luhan tergelak halus.
" Ambil ni. Pastikan kau habiskan semua ni. Aku dah kenyang. " kata Luhan sambil menghulur bungkusan roti kemudian bangun dari tempat duduknya.
" Kenapa bagi saya? " tanya aku. Luhan memandang aku.
" Aku malas nak buang. "
Aku tercengang. Kenapa Luhan yang jahat ni bagi aku makanan? Aku memandangnya.
" Aku tak nak kau pengsan je. Nanti menyusahkan cikgu. Dah ar aku nak gi toilet. "
Luhan terus berjalan meninggalkan kami. Aku masih lagi terkebil-kebil. Amber juga begitu
" Asal dengan Luhan tu? " tanya D.O. Perhatian aku kembali kepada D.O
" Don't know. Makan je lah Hyeri. " kata Suho kepada aku. Aku mengangguk lalu membuka bungkusan roti itu dengan hati yang gembira. Walaupun hilang ingatan, tapi dia ingat lagi flavor yang aku suka, blueberry.
End Pov
(skip)Hyeri pulang lewat ke rumah kerana mencari jawapan kerja rumahnya di perpustakaan sekolah. Hyeri berjalan seorang diri di lorong yang gelap. Perasaan takut menghantui Hyeri. Kadang-kadang Hyeri rasa seperti di perhatikan.
Hyeri mempercepatkan kakinya berjalan. Niatnya hanya untuk sampai ke rumah dengan cepat. Tapi malangnya dua orang lelaki berada di hadapannya. Hyeri memusingkan badannya untuk patah balik.
" Hoi. Nak pergi mana ha? " panggil orang itu. Hyeri berjalan dengan laju.
Dua orang lelaki itu mengikut Hyeri dari belakang. Hyeri mula berlari tetapi tidak sempat kerana lelaki tadi sudah menarik begnya.
" Lepas lah! " jerit Hyeri.
" Relaks lah. Kita lepak dulu. Cepat-cepat nak pergi mana? " kata lelaki pertama.
" Baik kau lepas kan aku sebelun aku menjerit! " ugut Hyeri.
" Jerit lah kalau berani! " cabar lelaki kedua.
" Tolong!! Tolong!! " jerit Hyeri sekuat hati.
Dua orang lelaki itu tidak menyangka Hyeri berani menjerit. Tiba-tiba Luhan berjalan di hadapan mereka. Luhan terkejut Hyeri di pegang oleh lelaki yang tidak dikenali.
" Hyeri? " kata Luhan.
" Luhan tolong saya. " rayu Hyeri.
" Korang ni siapa ha? Kenapa kau kacau dia? " tanya Luhan sambil meletakkan begnya ke bawah.
" Hero lah. Alah dia ni ha. Dah lalu sini tapi tak nak lepak pula dengan kitorang. " kata lelaki pertama dengan relaks.
Lelaki yang kedua mengusap pipi Hyeri. Luhan menumbuk muka lelaki yang pertama. Hyeri terlepas dari pegangan mereka.
Mereka bertiga muka bergaduh. Hyeri cuba meleraikan tetapi tidak berhasil kerana tenaganya tidak mencukupi. Sampai lah tqngan Luhan dipukul oleh sebatang kayu besar oleh lelaki pertama. Luhan rebah ke lantai. Mereka berdua meninggalkan Hyeri dan Luhan di situ.
" Kwenchana? " tanya Hyeri sambil memegang tangan Luhan. Luhan memandang Hyeri.
" Kenapa awak lalu sini sorang sorang? " tanya Luhan dengan suara yang perlahan.
" Kenapa awak cara awak cakap lain? Macam awak yang dulu. " kata Hyeri. Luhan mengalihkan pandangannya.
" Luhan? " panggil Hyeri.
" Mianhae, saya tak boleh nak berpura-pura lagi. "
Hyeri memandang Luhan. Otak dia ligat berfikir tapi tak tau jawapannya. Luhan memandang muka Hyeri dan memegang kedua-dua tangan Hyeri.
" Saya tak hilang ingatan pun sebenarnya. "
( skip )
" Auch! Perlahan-lahan lah. " kata Luhan. Hyeri menjeling Luhan.
" Tau pun nak rasa sakit! Buat-buat hilang ingatan ingat saya tak sakit hati ke ha?! " marah Hyeri. Sengaja di tekan plaster luka yang di tampal di dahi Luhan.
" Mianhae. Saya tak nak awak terlibat sekali. Sebab tu lah saya nak buat awak benci dekat saya. Sejak Kris muncul, macam-macam terjadi dekat awak. " luah Luhan. Hyeri memandang Luhan.
" Jangan buat macam tu lagi. Arasseo? Saya tak kisah apa yang jadi sekali pun. Okay? " kata Hyeri sambil memegang pipi Luhan.
Luhan menarik Hyeri ke dalam pelukannya. Hyeri menutup mukanya di bahu Luhan. Hyeri menangis kerana di rindukan pelukan yang hangat dari Luhan.
" Saya rindu awak. " kata Hyeri.
" Saya pun. " balas Luhan.
To Be Continued
So, rmai yg ckp bab yg dpn2 tu sma dgn MV wolf+growl yg drama tu...mmg sya ada ambil skit dri situ...tapi bkn sya tiru sebijik2... And sorry late update...kerja sekolah banyak yang tak buat lagi...
YOU ARE READING
He's a werewolf ( COMPLETE )
Fiksi PenggemarLuhan Kris Hyeri ------------------- Chanyeol Kai D.O Baekhyun Sehun Lay Xiumin Chen Suho Tao