Note : sorry ea sya nk skip trus...sbb nk hbiskn crita ni cepat-cepat.
-------------------------------------------------
Hyeri PovDah 3 tahun Luhan menghilangkan diri. Walaupun kitorang buat laporan polis 3 tahun lepas, mereka kata Luhan mungkin sudah mati. Tapi aku masih tak nak percaya Luhan dah mati.
" Hyeri-ah, tak pergi kerja ke mengelamun je tu. "
Kwangsoo oppa berada di hadapan pintu bilik aku. Aku tersenyum dan terus mengambil beg.
" Nak kerja lah ni. Oppa? " tanya aku. Aku keluar dari bilik dan menguncinya.
" Amboi, macam ada mayat je dalam tu siap nak kunci-kunci bagai. Oppa cuti harini. " kata Kwangsoo oppa.
Aku mencucuk pinggang Kwangsoo oppa. Sedap hati je kata aku simpan mayat dalam bilik aku. Kalau ada mayat sekali pun, tak adanya aku nak terperap dalam bilik tu. Aku memakai kasut berwarna putih dan mengayuh basikal ke tempat kerja aku.
" Hyeri! Tunggu! "
Aku dah agak dah. Aku ternampak basikal berwarna hijau yang aku kenal sangat. Aku tersengih. Aku terus mengayuh meninggalkannya.
" Yah tunggu lah. "
Xiumin mengayuh basikalnya. Xiumin dan aku bekerja di tempat yang sama. Cafe Love nama kafe tu. Mamat baozi ni suka sangat dengan kopi. So, dia nak kerja sekali dengan aku.
" Saja je kan tinggalkan saya dekat belakang. Tumbuk kang. " ugut Xiumin. Aku hanya menjelirkan lidah.
" Tu lah, kalau boleh matahari tu dah terpacak dekat atas kepala baru nak bangun. Saya tinggal je lah. " kata aku. Xiumin mengeluh.
Kami berdua mengayuh basikal bersama-sama. Sampai sahaja di kafe, kami memakir basikak di tempat yang disediakan.
" Good morning semua. " kataku menegur pekerja di situ.
" Annyeong Hyeri. Tukar baju dan tolong lap meja okay? " kata Taemin.
" Okay Taemin. "
Aku terus berjalan ke bilik persalinan untuk menyalin baju. Aku menukar pakaian aku kepada baju kerja.
End Pov
------------------------------------------------" Ice americano 3. " jerit Hyeri kepada Xiumin.
" Okay. "
" Sila tunggu di sebelah ya. Nanti tunjuk resit ni dekat dia. Terima kasih. " kata Hyeri.
' Akhirnya! Pelanggan terakhir! " bisik Hyeri di dalam hati.
Dia membuka mask putihnya. Hyeri menyandarkan badannya di meja cashier. Tiba-tiba kepalanya di ketuk perlahan oleh Taemin.
" Apa anak dara duduk macam tu. Senonoh lah sikit. " kata Taemin.
" Sakit lah. Apa ni main ketuk-ketuk kepala. "
Hyeri menggosok-gosok kepalanya. Dia ternampak Mingyu di hadapan kafenya. Hyeri melambai ke arah Mingyu. Mingyu tersenyum dan terus masuk ke dalam kafe.
" Annyeonghasaeyo. Hyeri ingat pasangan tu yang terakhir. Rupanya ada lagi nak masuk kafe malam-malam ni. " kata Hyeri.
" Haha kenapa? Dah penat ke? " perli Mingyu.
" Jangan cakap macam tu nanti bos marah. Tu ha bos yang bernama Taemin. " perli Hyeri sambil menjeling ke arah Taemin. Mingyu tergelak.
" Oppa nak......."
YOU ARE READING
He's a werewolf ( COMPLETE )
FanfictionLuhan Kris Hyeri ------------------- Chanyeol Kai D.O Baekhyun Sehun Lay Xiumin Chen Suho Tao