Aku mencatat nota di dalam notebook. Harini hari kedua aku dekat course ni. Tapi, semalam aku mintak dekat Professor Jongkook untuk tukar tempat duduk kerana aku duduk sorang je dekat situ. And sekarang aku duduk sebelah bff baru aku, Wendy. Tapi aku pelik. Selama 1 hari aku duduk dekat situ, semua berbisik-bisik macam ada something.
" Baiklah, kamu semua faham tentang apa yang saya ajar ni? " tanya Professor Jihyo.
" Nae! " jawab kami semua.
" Saya nak bagi kamu kerja kumpulan. Saya nak satu kumpulan 6 orang. Saya dah susun semuanya dan kamu boleh tengok tugasan dan kumpulan kamu pada kertas ni. Kamu semua boleh keluar. " Professor Jihyo keluar dari kelas.
Aku mengemas beg aku. Tiba-tiba ada sunbae terlanggar beg aku dan buku-buku yang aku simpan semua terkeluar balik.
" Ah! Mianhae Hyeri. Saya tak sengaja. Saya nak cepat sangat ni. Nak saya tolong ke? " kata Sungjong sunbae. Aku menggelengkan kepala aku.
" Kwenchanayo. Saya boleh kemas sendiri. Sunbae pergi je lah. " kata aku sambil mengambil beg aku. Sungjong sunbae terus keluar. Macam penting je urusan dia.
Aku terus mengutip buku aku di lantai. Aku mengangkat buku sejarah dan satu tali terjuntai dari dalam buku itu. Aku menarik tali itu keluar.
Ehh?! Alamak! Macam mana boleh lupa ni! ID card pelanggan haritu! Oh my god. Mesti dia cari-cari gila card dia ni.
" Apa tu? " tanya Wendy.
" ID card pelajar dekat sini. Tapi tak tau siapa sebab tak ada gambar. " kata aku sambil mengangkat tinggi ID card itu.
" Xi Meng Xiao? Orang cina? " kata Wendy sambil memandang aku. Aku hanya mengangkat bahu. Nama macam orang Cina.
" Maybe. " jawab aku pendek. Aku mengangkat buku aku dan letaknya di dalam beg.
" Err awak Hyeri dengan Wendy ke? "
Aku menoleh ke belakang. 2 orang pelajar tahun 2 berada di belakang aku. Aku dan Wendy mengangguk kepala.
" Korang satu group dengan kami. Korang ada time tak petang ni? " tanya seorang sunbae lelaki.
" Saya ada time je. Tapi Wendy saya tak...." belum habis cakap Wendy terus potong.
" Saya boleh je! " jawab Wendy.
" Baiklah, nama saya Jeon Wonwoo. "
" Saya Choi Sooyoung. Sya baru tahun 2. "
" Kang Haneul. Pelajar tahun 3. Sama dengan Wonwoo. "
Wahh semua sunbae. Aku dengan Wendy je ke pelajar tahun 1? Segan lah pulak semua sunbae. Eh kejap? Lagi sorang siapa?
" Lagi sorang? Professor nak 6 orang kan? " tanya aku. Semua mengeluh kecuali Wendy. Aku dan Wendy berpandangan.
" Itu lah masalahnya sekarang ni. Sorang lagi tu kurang bergaul. Kalau ada kerja group macam ni, dia je yang individu. Tapi dia pandai and ramai peminat. " kata Sooyoung sunbae.
" Kan kan kan. Nanti mesti dia tak nak bagi kerjasama. " sambung Wonwoo sunbae.
" Apa nama dia sunbae? " tanya Wendy. Aku mengangguk setuju. Sombong betul!
" Meng Xiao. Pelajar Cina tahun 2 sama dengan Sooyoung. " kata Haneul sunbae.
Eh? Nama tu bukan ke empunya ID card ni yang ada dekat aku ni? Aku mengeluarkan card tersebut dan tunjuk ke arah mereka.
" Yang ni ke? " tanya aku.
" Xi Meng Xiao? Ha dia ni lah! Eh tapi macam mana card dia ada pada Hyeri? " tanya Haneul sunbae.
" Dia tercicir dekat cafe tempat saya part time dulu. " kataku.
" Patut lah dia tak masuk kelas tadi. Tak ada card rupanya. Professor Jihyo memang tak akan bagi masuk kelas dia kalau tak ada ID card ni. Tapi kenapa tak bagi dia? " tanya Wonwoo sunbae.
" Tak ada gambar. Tak tau dia yang mana sebab tak pernah jumpa. " kata aku.
" Kalau macam tu kita cari dia lah hari ni. " cadang Wendy.
Haneul sunbae mengeluarkan telefonnya. Dia seperti mencari sesuatu. Dia menunjukkan telefonnya.
" Ni ha dia. Memang tak nampak muka, tapi ada pelajar tu hantar dekat sunbae. " kata Haneul sunbae.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kenapa macam familiar je? Ma...macam Luhan! Aku mengambil telefon Haneul sunbae dengan perlahan. Aku rasa nak nangis walaupun ni bukan Luhan. Kenapa sama sangat? Terlalu sama. Kalau lah ni Luhan. Tangan aku perlahan-lahan mengusap gambar tersebut. Ya, memang diorang pandang aku pelik.
" Hyeri-ah, kwenchana? Kenapa ni? " tanya Sooyoung sunbae. Aku tersedar dari mengelamun.
" Kwenchanayo. Saya cari dia sekejap lagi. Nak jumpa dekat mana? " tanya aku. Aku harap dia Luhan.
" Walaupun tak nampak muka, kita boleh cam baju dia kan? " kata Wendy sambil memegang bahu aku. Aku mengangguk lalu tersenyum. ______________________________
Aku dan Wendy mencari pelajar yang bersama Meng Xiao. Penat lah macam ni. Kampus ni dah lah besar gedabak. Aku masih teringat-ingat gambar tadi. Meng Xiao memang sebijik dengan Luhan. Dia membuatkan aku semakin rindu dengan Luhan.
Tiba-tiba bagi aku ditepuk oleh Wendy. Aku memandangnya. Jari telunjuk Wendy menunjuk ke arah seseorang yang duduk di belakang pokok. Dia membelakangi kami.
" Bukan tu ke orangnya? Baju dia sama. " kata Wendy.
" Tak apa. Saya pergi tanya dia kejap. Awak tunggu lah sini. " kata aku. Aku berlari perlahan.
Sampai di belakangnya, aku berhenti. Aku mengeluarkan ID card tersebut dan bersedia untuk menghulur kepadanya. Aku berjalan ke arahnya.
" Err Xi Meng Xiao-sshi? " panggil aku.
" Ye saya? " dia menoleh ke arah aku.
Eh?!
Betul ke apa yang aku nampak ni? Ni bukan khayalan atau mimpi kan? Depan aku ni bukan hantu kan? Dia juga seperti terkejut lepas ternampak aku. Mata aku mula berair. Lepas 3 tahun aku tunggu, jumpa juga akhirnya.
" Hyeri-ah. "
Menitis juga air mata aku. Dah lama aku tak dengar suara dia. 3 tahun cukup lama untuk aku menunggu. Aku terus memeluknya erat
" H--hyeri. " dia teragak-agak nak peluk aku.
" Wae? Kenapa awak buat saya tunggu 3 tahun? Saya cari Awak merata tempat tapi kenapa awak tak cari saya? Kenapa awak buat semua orang percaya yang awak mati? Kenapa Luhan! Awak kejam! "
Aku memukul dadanya perlahan. Dia juga menangis. Dia menarik aku ke dalam pelukannya. Luhan memeluk aku erat seolah-olah tidak mahu melepaskannya.
" Mianhae Hyeri. Jeongmal mianhae. Saya tak sanggup nak tengok awak asyik tercedera sebab saya. " katanya perlahan. Aku memandangnya
" Saya tak kisah pun Luhan. Saya sayangkan awak. Saya cintakan awak. "
Dia mengusap air mata aku. Akhirnya aku tersenyum. Aku memeluknya semula. Finally, i found you, Luhan.