Luhan?

1.6K 111 15
                                    

" Aku nak, hanya korang berdua je yang datang tempat aku. Aku rasa kau tau dekat mana Mingyu. Tempat yang buat kau rasa benci dekat aku. Ah! Dan yang paling penting jangan bagitau Luhan atau sesiapa. Kalau kau bagitau diorang, kau takkan jumpa kawan-kawan kau ni lagi. "

Panggilan dari Kris putus begitu sahaja. Hyeri dan Mingyu berpadangan sesama sendiri tanpa memikir apa-apa. Mingyu mengambil kunci keretanya.

" Oppa, saya nak ikut sekali. " kata Hyeri.

" Andwae, bahaya. Hyeri pergi jaga Luhan dulu. Kalau ada apa-apa oppa call. Okay? " kata Mingyu.

Hyeri berasa berat hati untuk membiarkan Mingyu pergi seorang diri. Dia terpaksa mengangguk walaupun dia tidak mahu melakukannya.

" Hati-hati oppa. "

Mingyu memberikan satu senyuman pendek. Hyeri terus masuk ke dalam bilik Luhan.

" Hyeri, Doktor Mingyu pergi mana tu? Macam nak cepat je. " tanya Suho yang baru keluar dari bilik Luhan.

" Err....tak ada pergi mana-mana pun. " tipu Hyeri.

Suho hanya percaya dan terus ke tandas. Hyeri masuk dan duduk di sebelah Luhan yang masih belum sedar. Dia memegang erat tangan Luhan.

" Mianhae Luhan-ah. "

Hyeri mencium tangan Luhan. Dia terus keluar dari bilik Luhan.

" Hyeri eodiga?! "

Hyeri tidak mempedulikan soalan kawan-kawannya. Apa yang dia tahu, dia hanya mahu mengekori Mingyu.

Mingyu Pov

Aku memandu kereta dengan laju. Hanya aku sahaja di dalam kereta. Kris, kau memang tak berubah dari dulu. Apa yang kau nak, mesti kau akan dapatkan benda tu sampai boleh.

Aku membelok kiri dan terjumpa kilang lama. Ya, tempat ni lah tempat kali terakhir aku jumpa Kris. Oh bukan. Mungkin hari ini kali terakhir aku jumpa Kris. Aku memakir kereta di hadapan kilang ini. Aku keluar dari kereta.

Aku berjalan perlahan ke arah pintu. Aku membuka pintu itu dengan perlahan. Aku ternampak satu susuk yang aku kenal berada di atas lantai.

" Hyunseung-ah! "

Tanpa berfikir panjang, aku terus masuk ke dalam kilang. Aku membuka ikatan di mulut Hyunseung. Badannya penuh darah dan luka-luka yang agak teruk.

" Kwenchana? " tanya aku. Hyunseung membuka matanya perlahan.

" B--baik kau k--keluar. " kata Hyunseung dengan suara yang perlahan.

" No! Aku takkan tinggalkan kawan aku. "

Matanya seperti mencari seseorang. Aku memotong tali yang mengikat kakinya. Aku menyadarkan Hyunseung di dinding.

" Kau boleh jalan tak? " tanya aku.

Hyunseung mengangguk perlahan. Aku memapah Hyunseung dan membawanya keluar dari kilang itu. Pelik! Mana Kris?

" Yo! Cari aku ke? "

Baru sebut nama, muka dia dah berada di hadapan pintu. Perangkap! Patut lah mudah je aku dapat masuk tadi. Hyunseung yang berada di tepi aku rebah ke lantai.

" Hahaha badan dia dah semakin lemah sebab aku dah beri dia ubat yang boleh dikatakan kuat. Dan ubat tu cukup untuk lemahkan dia. " kata Kris sambil memegang jarum suntik di tangannya.

Aku terus check denyutan nadi di leher Hyunseung. Nadi dia tak normal untuk manusia dan juga werewolf. Aku geram!

" Tak perlu check, dia dah nak mati pun. "

Aku bertukar menjadi serigala dan begitu juga Kris. Aku tak fikir lain, yang aku tau aku nak bunuh Kris!
End Pov

Hyeri Pov

Aku menyuruh pakcik teksi berhenti di belakang sebuah kereta. Aku membayar tambang dan keluar dari teksi.

Macam kereta Mingyu oppa. Tapi mana orangnya? Aku membuka pintu keretanya. Terdapat sehelai nota kecil di dashboard.

Oppa tahu Hyeri ikut dari belakang. Kalau Hyeri jumpa nota ni maksudnya Hyeri pun ada dekat kilang ni. Oppa nak Hyeri lari dari sini. Bahaya!
- Kim Mingyu -

Aku meletakkan semula nota itu. Tak oppa! Hyeri takkan tingglkan oppa seorang diri.

Aku terus bersembunyi di belakang pintu. Bunyi bising di dalam seperti bunyi orang bergaduh. Aku mengintai di celah dinding yang dah pecah. Aku ternampak 2 ekor serigala dan Hyunseung terbaring.

Pap!

Belum sempat aku jerit, orang yang menepuk bahu aku terus menutup mulut aku. Seperti dia tahu yang aku akan menjerit.

" Aku ni Junhyung. "

Aku berasa lega sebab orang yang aku kenal. Junhyung menyangkung di sebelah aku.

" Macam mana awak terlepas? " tanya aku dengan suara yang cukup perlahan.

" Aku menyorok belakang rumah. Kau buat apa dekat sini? " tanya Junhyung pula.

" Saya nak tolong Hyunseung je. Apa tu? "

Jari aku menunjuk ke arah poket seluar Junhyung. Macam ada benda yang besar di dalamnya.

" Ni pisau yang kau bagi dekat Hyunseung. Dia sorok pisau ni lepas korang pergi hospital. Wait! Tu Mingyu ke? " tanya junhyung selepas dia ternampak Mingyu berubah semula nenjadi manusia.

What?! Manusia?

" Hahahaha nampaknya kau dah kalah Mingyu. " tawa Kris beegema satu kilang.

" Tak! Aku takkan pernah kalah dengan binatang yang macam kau! " jerit Mingyu. Dia memegang lengannya yang berdarah.

Aku memaling ke arah poket Junhyung. Kemudian aku memandangnya semula. Matanya masih lagi memandang mereka.

" Mianhae Junhyung! "

Aku terus merampas pisau itu.

" Aniya Hyeri! " jerit Junhyung. Aku terus berlari ke dalam kilang.

Aku membuka pintu dengan kuat. Pisau itu aku sorok di belakang badan aku.

" Eo? Annyeong. "

Kris berjalan ke arah aku. Mingyu, Hyunseung dan Junhyung hanya mampu memerhati. Pisau itu aku genggam kuat-kuat kerana takut.

" Mana Luhan? " tanya Kris sambil berjalan ke arah aku.

" Hyung berhenti! "

Kris berhenti berjalan. Aku pusing ke belakang dan pisau itu masih aku sorok. Luhan? Sejak bila dia keluar hospital?

To Be Continued

He's a werewolf ( COMPLETE )Where stories live. Discover now