Hyunseung Pov
" Kau masak apa harini? " tanya Junhyung yang berada di hadapan TV.
" Aku tak tau nak masak apa. Kau makan twisties jangan bersepah. Aku baru je vacuum. " bebel aku. Dah lah kalau bila dia makan macam tak ada mulut. Bersepah merata macam budak kecik.
" Bising ar kau. Aku naik bilik lah. " kata Junhyung sambil membawa twisties-nya ke atas.
Aku mengelap meja makan di ruang dapur. TV masih terbuka. Haih serigala sorang ni, buat bazir elektrik aku je. Aku menutup TV lalu menyambung mengemas ruang tamu.
Prangg!!
Aku berlari naik ke atas. Bunyi apa tu? Apa yang pecah dalam bilik Junhyung? Sampai je atas, aku cuba untuk membuka pintu tapi tak boleh sebab terkunci.
" Jun, bukak lah pintu ni. " kata aku sambil mengetuk pintu.
Buk!
Kali ni bunyi seperti benda jatuh. Apa yang Junhyung buat dekat dalam bilik tu? Bunyi pelik je.
" Junhyung, kwenchana? Apa yang pecah tadi tu? Wei bukak lah pintu ni. " kata aku sambil memulas tombol pintu. Masih tiada jawapan dari Junhyung.
Haish dia ni! Aku turun semula untuk mendapatka kunci spare. Aku membuka laci. Ha ada! Aku berlari semula ke atas. Aku memasukkan kunci ke dalam tombol.
" Junhyung! Kwen-- Yah! Kenapa dengan kau? " jerit aku selepas ternampak Junhyung terbaring di atas lantai. Mulutnya di tutup oleh sehelai kain.
" Kwenchana? Siapa buat kau macam ni? " kataku lalu membuka ikatan kain tersebut. Muka Junhyung ada sedikit luka. Begitu juga dengan kepalanya.
" A--aku t--tak nampak m--muka dia. " kata Junhyung dengan suara tersekat-sekat.
Banyak pula luka dia. Aku mengeluarkan telefon. Aku mendail nombor Hyeri untuk mendapatkan bantuan.
" Hello Hyeri? Datang rumah aku sekarang! " kata aku.
" ...... "
" Nanti aku cerita. Kau bawak kawan kau yang pandai bab rawat orang tu. "
" ....... "
" Okay. Bye. " kata aku lalu mematikan panggilan.
Aku menangkat Junhyung lalu membaringkannya(?) di atas katilnya. Aku mengambil tuala dan aku meletakkan ais ke dalamnya untuk dijadikan tuam. Aku meletak perlahan di atas pipi Junhyung yang membiru. Macam kuat je orang yang pukul Junhyung ni.
Ding dong
Bunyi loceng rumah aku. Aku turun ke bawah untuk membuka pintu. Aku rasa Hyeri. Cepatnya dia datang. Aku membuka pintu dengan hati yang gembira, tapi lepas nampak muka dia terus aku masam balik. Waktu ni lah baru aku tau yang aku ni bodoh gila!
" Kau! "
Selepas itu pandangan aku menjadi gelap.
--------------------------------
Hyeri PovAku menyimpan telefon aku semula ke dalam poket. Semua memandang aku dengan muka "siapa yang call?".
" Siapa call? " tanya Luhan. See? Kan betul aku cakap.
" Hyunseung. Sehun-ah, awak busy tak? Hyunseung nak mintak tolong awak. " kata aku.
Kenapa dengan Hyunseung ea? Kenapa dia tak nak cakap awal-awal? Mesti ada apa-apa terjadi ni.
" Wae? Nak jumpa dekat mana? " tanya Sehun.
" Rumah dia. Jom lah. Suara dia macam ada emergency je. " kata aku. Aku bangun dan memegang tangan Luhan.
" Tau ke rumah dia? " tanya Luhan. Aku mengangguk. Dia sedikit terkejut.
" Awak buat apa dekat rumah dia? " tanya Luhan lagi sambil mencekak pinggang. Eh eh dia ni, dah macam makcik makcik pula.
" Alah tak ada apa-apa lah. Jom jom. " aku menarik tangannya.
( skip )
Sampai sahaja di depan pintu rumah Hyunseung, kami menekan loceng. Yang nak ikut cuma Luhan, Sehun, Xiumin dengan Chen je. Yang lain berat bontot tak nak ikut.
" Hyunseung-ah! " panggil Chen.
Aku menekan loceng lagi sekali. Masih juga tiada jawapan.
Kreakk....
Aku terkejut lalu memandang Xiumin. Muka dia pun terkejut juga sebab pintu tu terbukak sedikit bila dia nak sandar dekat situ. Aku tergelak perlahan.
" Kau ceroboh rumah orang. Oh my god call police please! Somebody! " kata Chen untuk mengusik Xiumin. Last-last kena penyepak free dekat kaki dari Xiumin. Hahaha.
" Pintu tak berkunci, ada orang ke? " tanya Sehun. Aku mengangkat bahu tanda tak tahu.
" Cer call. " kata Luhan. Aku mengeluarkan telefon lalu mendail nombor Hyunseung.
4 kali call tak jawab pun. Aku memandang mereka. Hyunseung ni nak buat prank ke apa?
" Jom ar balik. " kata Xiumin. Kami semua setuju.
Tiba-tiba kami terdengar bunyi benda jatuh di dalam rumah. Sehun dengan Luhan terus masuk ke dalam rumah Hyunseung.
Jujur rumah Hyunseung bersepah gila. Macam baru lepas kena rompak. Kami mencari punca bunyi benda jatuh. Tiba-tiba aku ternampak frame di tepi sofa pecah di atas lantai. And paling terkejut sekali aku ternampak seseorang belakang sofa. Aku terus berlari ke arah Luhan.
" Wae? Ada nampak apa-apa ke?" tanya Luhan. Aku mengangguk. Mereka semua ready nak bertumbuk lepas aku cakap macam tu.
" Mana? " tanya Chen.
" Tu, belakang sofa. " kata aku. Luhan berjalan perlahan-lahan ke arah sofa tersebut.
Kami terkejut kerana orang itu Hyunseung. Hyunseung cedera teruk macam baru lepas berperang dengan someone. Sehun dan Chen mengangkat Hyunseung lalu membaringkan Hyunseung di atas sofa.
Sehun mengambil first aid kit dari dalam begnya. Dia bawak pun sebab Hyunseung yang suruh.
" Korang! Junhyung dekat atas pun sama! " jerit Xiumin dari atas.
Aku mengambil beberapa keping plaster luka. Aku berlari naik ke atas bersama Chen. Luhan aku suruh duduk bawah teman Sehun. Aku membuka pintu bilik Junhyung lalu ternampak Junhyung terbaring.
" Jun, kwenchana? Siapa buat semua ni? " tanya aku.
Junhyung dengan lemah mengangguk. Kami bertiga menunggu jawapan dari Junhyung.
" K--kris. "
Xiumin dan Chen dah terkejut. Aku lagi lah. Tak terkata-kata. Kris buat semua ni? Kris dah datang balik ke?
YOU ARE READING
He's a werewolf ( COMPLETE )
FanfictionLuhan Kris Hyeri ------------------- Chanyeol Kai D.O Baekhyun Sehun Lay Xiumin Chen Suho Tao