Part 2 : Kris?!

4K 266 7
                                    

Di dalam sebuah hutan, Kris, Yonghwa, Junhyung dan Hyunseung sedang berkumpul di tengah-tengah hutan. Mereka mencari Luhan yang dah tiga hari menghilang.

"Kris, aku tak dapat bau Luhan. Agaknya dia dah tutup semua bau dia dalam hutan ni" kata Junhyung

Yang lain semula sedikit geram kerana Luhan mempunyai kuasa yang paling kuat antara serigala jadian yang ada. Hyunseung terpijak sesuatu di atas lantai.

"Hyung, tengok apa yang aku jumpa. Aku rasa ni cebisan baju Luhan" Hyunseung menghulurkan cebiaan itu kepada Kris

Kris mengambil cebisan baju Luhan dan menghidunya. Dia mengenggam dengan kuat tanda marah. Yonghwa, Junhyung dan Hyunseung berundur kerana Kris sudah marah. Mereka sudah tau kalau Kris marah tiada apa yang dapat halang dia

=============================

Di rumah Luhan pula, Luhan sedang bersiap untuk ke sekolah. Sedang dia membetulkan tali leher, dia terpandang tanda di tangannya. Dia mengikat sapu tangan di tangannya. Luhan mengambil begnya dan terus berlari ke sekolah

Di sekolah, Hyeri ternampak Luhan di pintu pagar. Hyeri memanggil Luhan.

"Eo? Selamat pagi Hyeri" sapa Luhan

"Selamat pagi. Awalnya awak datang. Tak ada orang lagi dekat sekolah" tanya Hyeri

"Awak pula? Kenapa datang awal?" tanya Luhan pula

Hyeri menggaru kepala dan tersengih seperti kerang busuk. Dia seperti malu-malu hendak menjawab soalan Luhan

"Kerja sekolah tak siap lagi. Hee" Hyeri membuat 'peace' dekat Luhan

Luhan hanya gelak dan terus masuk dalam kawasan sekolah dengan Hyeri. Hyeri memeluk lengan Luhan dengan gembira. Dia menarik tangan Luhan supaya Luhan berjalan dengan laju. Luhan terlompat sedikit kerana terasa sesuatu pada Hyeri

"Wae? Kenapa awak asyik macam ni bila saya pegang awak?" tanya Hyeri

"Nado molla. Dah jom lah masak kelas. Saya tolong awak buat kerja sekolah yang tak siap lagi" kata Luhan

=============================

Luhan mengajar Hyeri semua benda. Pandai juga Luhan ni. Semua jawapan dia tahu. Hyeri kagum dengan kepandaian Luhan. Apabila kelas bermula, pelajaran pertama ialah Pendidikan Jasmani yang diajar oleh Cikgu Jongkook. Mereka semua berkumpul di gelanggang basketball. Cikgu Jongkook mengarahkan murid lelaki bahagi kepada dua kumpulan. Luhan, Chanyeol, Lay, D.O, Tao, Chen, Baekhyun, Suho, Xiumin dan Kai satu kunpulan. Mereka memulakan permainan. Hyeri sebagai penonton menyorak dengan kuat suapaya kawan-kawannya menang dalam permainan itu.

"Tengok tu tengok tu. Tak malu betul perempuan tu. Tergedik-gedik dengan budak hot dekat sekolah kita" umpat seorang pelajar perempuan

He's a werewolf ( COMPLETE )Where stories live. Discover now