Kawan lama

2K 136 4
                                    

Hyeri memakai baju sekolahnya. Kwangsoo telah menunggu Hyeri di meja makan untuk sarapan bersama Hyeri. Hyeri memandang cermin di meja soleknya. Dia tersenyum sambil memakai rantai bentuk love.

" Nasib baik Hyunseung jumpa rantai ni. " katanya.

" Hyeri! Turun cepat nanti lambat! "

Kwangsoo memanggil adiknya. Hyeri menyahut lalu turun ke bawah dengan laju. Dia mengambil roti lalu menyapu(?) sedikit jam strawberi.

" Nak oppa hantar ke? " tanya Kwangsoo.

" Tak payah, kereta kuda macam dalam cerita Cinderella tu hantar Hyeri. " perli Hyeri.

Kwangsoo membuat muka. Dia mengangkat pinggannya dan pinggan Hyeri juga. Kwangsoo meletakkan pinggan itu di dalam sinki.

" Apa ni! Tak habis makan lagi. " marah Hyeri sambil mencebik bibirnya.

Kwangsoo tergelak kecil. Dia memandang adiknya. Kwangsoo mencekak pinggang, tangannya disandar di atas rak pinggan.

" Makan banyak-banyak gemuk macam Po baru tahu. Kalau sarapan banyak pagi ni, kereta kuda tu nanti sapu lantai. " perli Kwangsoo pula.

Kwangsoo mengambil kunci motornya. Hyeri mengikutnya dari belakang.

" Mana kereta kudanya? "

" Oppa! Aish jinjja. " bebel Hyeri.

Kwangsoo tergelak. Akhirnya dia yang menang. Hyeri membonceng Kwangsoo di belakang. Motorsikal Kwangsoo bergerak laju keluar dari kawasan rumah mereka. Sampai sahaja di sekolah, Hyeri ternampak EXO di pintu pagar.

" Bye oppa. Gumawo. " Hyeri mencium pipi Kwangsoo. Kwangsoo tersenyum lalu dia memulakan perjalanan ke tempat kerjanya.

Hyeri berlari ke arah EXO. Luhan juga berada di antara mereka. Hyeri membetulkan bajunya dengan harapan Luhan dapat ingat dia.

" Morning morning! " tegur Hyeri.

' Morning too Hyeri. ' balas Luhan di dalam hati.

" Oh hi. Awal hari ni. " kata D.O

" Kenapa? Selama ni saya lambat ke? " tanya Hyeri sambil tersenyum.

D.O menggeleng. Luhan memulakan lakonannya. Dia membuat muka seperti annoying dengan Hyeri.

" Excuse me? Ni semua boys. Kau seorang je perempuan. " kata Luhan. Hyeri memandang Luhan.

" Wae? Selama ni okay je. Kan Xiumin? " kata Hyeri.

" Sibuk! "

Luhan berjalan meninggalkan mereka. Kaki Luhan sebenarnya berat nak tinggal Hyeri dan mulutnya mahu sahaja di kunci daripada menyakitkan hati Hyeri. Tapi, ini semua demi kebaikan Hyeri juga.

" Mianhae Hyeri. " bebel Luhan dengan perlahan.

( skip )
Hyeri Pov

Aku memerhatikan muka Luhan yang tertidur di sebelah aku. Mata, hidung dan bibirnya. Satu-satu aku perhatikan. Bila dia nak ingat aku?

" Aku handsome sangat ke sampai kau tenung aku macam tu sekali? "

Aku terkejut. Dia tak tidur ke? Malunya! Eh? Kenapa nak malu? Luhan kan boyfriend aku.

" M--mana ada! " nafi aku. Ada Luhan! Saya usha awak sampai nak tembus muka tu.

" Heh, itu pun nak gelabah. "

Luhan bangun dan meminta izin kepada cikgu untuk ke tandas. Aku geram! Lainnya Luhan yang baru ni! Luhan yang ni buat aku nak tumbuk muka dia yang handsome tu. Apahal ngong sangat perangai dia yang ni ha?

Tiba-tiba satu gulungan kertas melayang kena kepala aku dari belakang. Aku mengutip kertas itu dan membacanya.

Fokus Hyeri, nak exam dah nanti.

Aku memusing belakang. Baekhyun memberikan senyuman. Aku membuat ' OK ' menggunakan jari kemudian pusing ke harapan balik. Kesian Baekkie, kawan baik dia Chanyeol, tak boleh datang sekolah lagi. Mesti bosan sorang-sorang waktu belajar.

Luhan masuk ke dalam kelas. Aku nak tegur, tapi dia yang sekarang ni ganas dan garang. Tak macam dulu.

" Kau memang suka pandang aku ke? Aku tau lah aku handsome. " kata Luhan sambil tersenyum sinis.

Eeeee!!! Ya ampun! Tak perlu lah mengaku diri tu handsome banyak kali.

" Kalau nak tahu, muka awak macam siput. " balas aku dengan perlahan. Kuat-kuat kang marah pulak Sir Seokjin nanti.

" Kau pun macam biawak. "

" Luhan girly~ "

" Hyeri pabo. "

Haish! Kurang asam betul lah. Aku tambah asam kang. Aku mencubit pehanya. Dia terjerit. Ops mian. Ketam kawal tangan aku.

" Luhan! Berdiri luar kelas. Awak dah ganggu kelas saya. " kata Sir Seokjin. Yes! Aku menjelir lidah ke arah Luhan.

Luhan keluar dari kelas dengan perlahan. Malu mungkin. Aku nenyelak rambut aku dengan bangganya. Suho berada di depan menggelengkan kepalanya.

What? Luhan mula dulu.
End Pov
( skip )

Kelas PJ sudah pun bermula. Cikgu Jongkook membenarkan mereka bermain permainan yang mereka suka. Beberapa pelajar lelaki bermain bola keranjang. Hyeri hanya duduk di tepi memandang Luhan.

" Erm hi? " tegur seorang pelajar.

Hyeri memandang pelajar tersebut. Pelajar tersebut memberikan senyuman kepada Hyeri.

" Lee Hyeri kan? " tanya pelajar itu.

" Err ye saya. Awak ni siapa? " tanya Hyeri pula. Pelajar itu tersenyum lebar lagi.

" Yah! Ni aku lah. Amber! Takkan dah tak kenal kawan lama kot? " kata pelajar yang menggelar dirinya Amber.

" Seriously ni Amber yang nerd dulu? Oh my god! Kau dah lawa sekarang! "

Hyeri dan Amber berpelukan. Luhan dan yang lain-lain memerhatikan Hyeri dan Amber yang bising di tepi padang. Luhan tersenyum kerana melihat Hyeri gembira.

" Bila kau pindah? " tanya Hyeri.

" Baru semalam. And aku kelas sebelah kau je. Eh! Yang rambut blonde tu boyfriend kau ke? " tanya Amber sambil menunjuk ke arah Luhan.

" Macam mana kau tau? " tanya Hyeri. Sesi soal menjawab sekarang ni. Tolong sepak author.

" Aku tengok tak lepas pandangan kau dekat Luhan sebelum tegur kau. " kata Amber sambil tersenyum. Dia tahu nama Luhan sebab Kai menjerit ' Luhan ' untuk pass bola.

Hyeri menjatuhkan pandangan ke bawah. Hyeri mengangguk lemah. Amber memegang kedua-dua bahu Hyeri.

" Kau kenapa sedih ni? " tanya Amber. Hyeri menggeleng perlahan.

" Cepat bagitahu aku. Aku tau kau sedih. Aku kenal kau sejak kecik lagi. Biar aku tumbuk orang yang buat kau sedih tu. " kata Amber sambil menyinsing lengan bajunya.

" Aniya. Cuma Luhan tu hilang ingatan. " kata Hyeri.

" Jinjja? Macam mana boleh hilang ingatan? " tanya Amber.

" Long story. Kau apa cerita? Tetiba muncul dekat Korea. " tanya Hyeri.

" Appa aku dah habis dah kerja dia dekat America. Dia dah habis aku ajak lah datang sini. Nak jumpa kau punya pasal. " kata Amber. Hyeri tergelak.

" Kalau aku tau kau nak datang Korea, dah lama aku tepek(?) banner besar-besar dekat airport tu tulis ' Welcome to Korea Amber ' . Hahahaha. " usik Hyeri. Amber menolak perlahan bahu Hyeri.

" Ada-ada je kau ni. " kata Amber. Mereka gelak bersama-sama

To Be Continued

Welcome to this fanfic Amber!

Part ni agk berterabur sikit. Dh ngntuk kn, hahaha. Mata pun pejam celik pejam celik je tadi. Good night readers. Sweet dream

He's a werewolf ( COMPLETE )Where stories live. Discover now