ROYALS=6

10.7K 358 6
                                        

--------Evan P.O.V-------

Hai, Evan in the house!! Mungkin Edward tak cerita penuh pasal aku kut? So, aku akan ceritakan mengenai aku.

Evan Aaric Brook. people call me Evan or Aaric or whatever. 21 tahun. Ada empat orang adik beradik. Edward betul, aku anak manja bonda. Semua orang bonda sayang tapi aku lebih manja. Sekarang ni aku akan sambung belajar di United Kingdom pada 2 bulan hadapan. Mungkin Hazel dah bagitahu kat Edward yang aku ada.... hmmm.... gf?

~~~~ flashback

Aku berjalan di hallway istana untuk menuju ke bilik. Sepanjang perjalanan, mata aku tidak lekang memandang telefon bimbit yang berwarna biru pekat itu. Rabecca. Setiap hari kitaorang akan bermesej atau menelefon sesama sendiri. 

4 bulan lepas, aku berjumpa dengan Rabecca di taman. Rabecca duduk berseorangan sambil memetik gitar akustik yang berwarna putih. Dia menyanyikan lagu Amnesia dari kumpulan 5sos. Aku yang tengah berjoging berhenti seketika dan menghampiri suara dari Rabecca. lebih 1 minit aku mendengar dendangan lagu tu. Suara dia sungguh merdu. Aku menghampiri dia. Dengan tidak sengaja aku tergelincir sebab batu yang licin. Rabecca berhenti menyanyi dan terkejut. Aku dengar tapak kaki dia menghampiri aku.

"Encik? Encik okey tak? nak saya tolong?" suara merdu dia bertanya kepada aku.

"tak perlu kut." Untuk cover malu, aku bangun dengan sendiri. Aku mengibas kotoran di baju aku, tapi baju dah basah. Matilah aku kena soal dengan Ayahanda. 

"Encik pasti?" Tanya Rabecca dengan suara yang agak risau. Memanglah dia risau, bakal husband... erm maksud aku, stranger jatuh. Aku mengangkat muka dan memandang kearah Rabecca. Aku kaku seketika.

Dia sempurna bagi aku

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Dia sempurna bagi aku. Daripada style dia, aku boleh rasa yang dia ni nerd. Nerd tapi sempurna. Mata yang berwarna baby blue tu membuatkan aku tertarik dengan kecantikkan dia.

"Encik?" Rabecca melambai tanganya di depan mukaku.

"oh! maafkan saya." Kataku dengan tersengih. Rabecca tersenyum kearahku

Rebecca menghulurkan tangan dia. "Rabecca, Rabecca Lynch" Kata Rabecca dengan manis

Aku menggengam tangan Rabecca. "Evan, Evan Brook" Kata-kata aku membuatkan Rabecca terkejut

"putera Evan?" Tanya Rabecca dengan agak takut. Aku hanya tersenyum kearahnya. Dia melepaskan salaman. "maafkan patik kerana kurang beretika dengan tuan putera." Masih takut

"oh. tak apa. Maafkan beta juga kerana berpenambilan sebergini" Aku memandang bajuku yang basah. Kerana nak berjoging, so, aku pakai jersey nama Evan dan nombor 99. 

"kalau tuanku tidak kisah, patik mempunyai baju lebih" Kata bakal isteri ak....... maksud aku Rabecca. Fuhh! kuat betul aku berangan.

"boleh tak kalau kita gunakan bahasa biasa sahaja? awak pangil saya Evan, saya panggil awak Rabecca? setuju?" aku menunjukkan jari pinky ke Rabecca. Dia tersenyum

"setuju." Rabecca pergi kearah basikal. Aku rasa basikal tu milik dia. Dia membawa beg galas dia kearahku. Dia mengeluarkan sehelai flannel berwarna merah hitam. "mungkin ini bukan saiz awak. tapi cukuplah untuk awak lap yang basah tu." Aku mengambil flannel yang Rabecca bagi.

"thanks. By the way, umur awak berapa ye?" tanyaku sambil mengelap baju yang basah

"19" Jawab Rabecca

"oh. So, tak sambung belajar ke?" Soalan aku membuatkan Rabecca tersenyum. Senyuman sedih.

"tak, sebab  Rabecca nak kumpul duit dulu. Papa, mama dan ahli keluarga saya yang lain meninggal dalam kemalangan jalan raya tahun lepas. So, saya tinggal dengan abang kandung saya." setitis air mata Rabecca mengalir keluar tanpa dia sedar. Dia masih mampu tersenyum. Aku menghmpiri Rabecca dan mengelap air matanya. Mata baby blue dia kini bergelinangan dengan air mata.

Semenjak daripada hari itu, aku dan Rabecca saling bertukaran nombor dan berkawan melalui telefon. Sedikit demi sedikit aku mengetahui kehidupan Rabecca. Abang dia bekerja sebagai seorang doktor di hospital kanak-kanak. Arwah ayahnya dan ibunya bekerja sebagai seorang pensyarah dan membuka sebuah hospital untuk kanak-kanak yatim dan disitulah tempat abangnya bekerja. Setiap pagi Rabecca akan pergi ke hospital tu untuk menceriakan hari kanak-kanak disitu dengan bernyanyi lagu yang merdu

Sedang aku leka bermesej dengan Rabecca, aku terlanggar pasu bonda yang diimport dari Itali. Mati aku. Alamak apa aku nak buat? Tiba-tiba aku nampak kelibat Hazel dari jauh. Dia memandang tepat kearahku. Dia berlakon seperti terkejut. Kedua-dua belah tangan dia berada di mulut dan mata dia membesar. Walaupun dia nampak terkejut tapi masih comel. Hazel berpakaian dress singkat yang bercorak bunga dengan lilitan reben di pinggangnya. Aku tertawa kecil melihat gelagatnya.

Hazel memandangku lalu berlari kearah lain. Diapun menjerit "BONDA!" sambil berlari. Dengan sepantas kilat aku menangkap Hazel dan membawanya ke bilik ku yang besar. Waktu mengangkat Hazel, dia meronta untuk dilepaskan. Tapi aku lagi kuat. Mulutnya aku tutup dengan tangan supaya dia tak dapat menjerit. Sesampai di bilik aku melepaskan Hazel dan mengunci bilik

"Hazel! pandang abang!" aku mengarahkan Hazel untuk memandang ku kerana dia asyik mencebik dan memeluk tubuh. "Hazel janji dengan abang boleh? jangan beritahu hal ni kepada orang lain. janji?" Hazel membuat ala-ala gaya lelaki memikir. tangannya diletakkan didagu sambil memandang kearah syiling. Ini lah perangai budak umur 5 tahun. Hazel seorang yang loud manakala Victoria seorang yang shy.

"tapi............. 1 syarat" Hazel menunjukkan senyuman comel dia kearahku.

"apa dia?" hairan betul aku dengan Hazel ni

"siapa Rabecca?" macam mana Hazel boleh tahu pasal Rabecca? Hazel seperti tahu apa yang aku fikirkan lalu menjawab "Hazel tahu sebab hari tu Hazel terbaca mesej abang Evan dengan kakak Rabecca." Senyuman lagi comel dia berikan kepada aku. Aku mengeluh panjang. Dan dari situlah aku ceritakan mengenai Rabecca ke hazel sampai Hazel tertidur di dalam bilikku. Ayahanda menyuruh aku menghantar Hazel ke biliknya tapi time aku nak angkat Hazel dia terus peluk aku. So, akupun tak sampai hati nak hantar Hazel. Malamtu aku tidur bersama Hazel. 

Keesokkan paginya aku tersedar dari tidur kerana ada satu cahaya camera memancar kearahku. Aku membuka mata dan melihat Edward dan Victoria mengambil gambar posisi aku dan Hazel. Kedua-dua belah kaki Hazel berada di muka ku. Victoria ketawa tanpa henti.

"breakfast lagi 5 minit." Kata Edward. Dia menghampiri Hazel dan mengangkat nya yang separuh sedar. Kedua-dua belah tangan Edward dipenuhi oleh Victoria dan Hazel. Gentleman. Dia berlalu keluar dari bilikku. So, aku pun sambung tidur.

RoyalsTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang