andai kata, kakak dipaksa berkahwin dengan seorang putera raja yang tampan, tetapi dah ade pakwe lak? Tapi Si adik pula terpikat dengan abang putera raja yang tampan tu. wo wo~
Skylyn Violet Federal, ataupun lebih dikenali sebagai Sky tinggal di s...
Dengan pantas aku berlari kearah kamar beradu bonda. selepas mengetuk pintu tiga kali barulah bonda sahut. sepantas kilat aku masuk bilik tu. Bonda tengah berdiri di penjuru katil. Kalau hari biasa macam ni, bonda selalu pakai kemeja dan skirt. tak dinafikan memang bonda nampak lawa. Sekarang aku dah tahu kenapa ayahanda boleh terpikat dengan bonda. Jeng Jeng Jeng ! haha!
"Skylyn, anakanda sudah menjamu santapan pagi?" tanya bonda sambil mengambil sepasang baju biru pekat di dalam almari. untuk ape ek?
"sudah bonda. Tapi bonda, Elyn pergi mana?" katil gebu warna merun tu menjadi sasaran bagi badan aku untuk berehat.
"Skylyn boleh tolong bonda?" tanya bonda dengan lembut. posisi aku dibetulkan ke posisi bersila
"tolong apa?" Aku dah mula cuak dah. Jangan bonda suruh aku buat benda bukan-bukan.
"boleh?" kali ni bonda buat muka comel. Walaupun tak jadi, still terima jer
"ye lah" sekelip mata aku kene tolak dalam bilik persalinan.
"pakai baju tu dan bersiap. kereta akan tiba lagi 5 minit." kata bonda. Aku dah tahu kenapa bonda keluarkan baju biru tadi.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Itulah baju yang bakal aku pakai. Tapi, kenapa heel? "Bonda you know how much I hate heel right?" merungut adalah salah satu hobi aku.
"no comment! Limo dah tunggu dah." Bonda menarik lengan aku untuk ke pintu masuk utama istana. Disitu terdapat sebuah Limo untuk aku naik. Jap! aku nak pergi mana?
"bonda, anakanda nak pergi mana?" pelik aku dengan bonda ni.
"Skylyn kena pergi sekolah Charles untuk wakil keluarga kita kerana Charles ditangkap oleh pengetua kerana bergaduh ol....."
"wow! bonda, take a breath." sekali nafas je bonda cakap
"Charles ditahan di bilik pengetua kerana bergaduh." bergaduh? Charles tak pernah bergaduh "Kejap, kenapa bonda tak pergi?" heran betul
"Bonda dan ayahanda ada urusan bersama Elyn melibatkan jodoh." Jodoh? kahwin paksa! yes!
"bonda Sky pergi dulunya." Limo itu aku naiki. Selang 10 minit kiteorang pun sampai. Aku diiringi 4 orang pengawal peribadi untuk sampai ke pejabat. Sepanjang laluan ada je mata yang selalu perhatikan. So, aku terpaksa senyum. Sampai di pejabat aku tengok seorang budak lelaki hidung berdarah dan aku tengok Charles berdarah di bahagian dahi. Pengetua menyambut kedatangan ku dengan mesra. so, parent budak tu pun ade.
"Yang Amat Mulia Tuan Puteri Skylyn Federal, dijemput untuk duduk." pengetua menunjukkan ibu jari kearah kerusi kosong sebelah Charles. Selesai duduk sebelah Charles, Pengetua memulakan bicara. "Seperti yang anda semua tahu, putera Charles dan Alex bergaduh. Kami tidak memerlukan sebarang alasan kerana kami ada bukti cctv. Mari kita mulakan." Aku teliti setiap pergerakkan Charles dan Alex. so, yang mulakan dulu adalah....... Charles?!! kat dalam rakaman tu Alex berbisik sesuatu kepada Charles dan Charles terus tumbuk Alex. dan diaorang pun bergaduh.
"Alex awak kami berikan 1 minit untuk jelaskan apa yang berlaku." kata pengetua
Alex tak berani nak pandang aku dan Charles dia hanya tunduk. "saya yang mulakan dahulu" ibu bapa Alex agak terkejut. "sebenarnya tiada sesiapa pun yang tahu Charles adalah putera raja. termasuklah saya. Sebenarnya saya berbisik tentang keburukkan Puteri Elyn ynag sombong dekat Charles. Sebab itulah Charles marah. saya minta maaf" Alex masih tunduk
"Puteri Skylyn, Putera Charles kamu dibenarkan pulang. Kami minta maaf kerana kecuaian pihak sekolah untuk menjaga putera Charles." kata pengetua dengan nada sedih. Charles masih diam dia terus keluar then aku pun keluar dari pejabat. Cahaya camera memancar dari arah pelajar-pelajar. Sakit kut mata aku.
Charles........... Dia benci bila orang kutuk keluarga dia, dia tetap akan pertahankan keluarga dahulu.