ROYALS=22

7.2K 267 3
                                    

This is your captain speaking

Ramai yang tanya macam mana nak buat cover buku. Senang jer! Pergi ke laman web ni

->https://www.canva.com/

Captain Nana natasya mengundur diri

·͙⁺˚*•̩̩͙✩•̩̩͙*˚⁺‧͙⁺˚*•̩̩͙✩•̩̩͙*˚⁺‧͙⁺˚*•̩̩͙✩•̩̩͙*˚⁺‧͙·͙⁺˚*•̩̩͙✩•̩̩͙*˚⁺‧͙⁺˚*•̩̩͙✩•̩̩͙*˚⁺‧͙⁺˚*•̩̩͙✩•̩̩͙*˚⁺‧͙

------- Evan P.O.V-----

Sorry Skylyn tak bagitahu yang malam ni ada majlis tari menari. Haha Sorry

Selepas pergi ke muzium aku dan Charles pergi ke istana. Dewan tari atau Dewan diraja dihiasi dengan perelatan -peralatan untuk majlis yang akan bermula lagi 2 jam. Di hujung dewan itu terdapat sebuah piano yang akan dimainkan oleh siapa lagi kalau bukan Edward Loran Brook. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan kehadiran keluarga Federal.

 Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan kehadiran keluarga Federal

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Aku membawa Charles ke bilik aku untuk mempersiapkan diri. Kitaorang kena pakai tuxedo yang ditempah khas. Aku teringin sangat nak jemput Rabecca tapi aku takut ayahanda akan tahu pekara sebenar. Aku tak nak ayahanda benci akan ku

Tapi Evan kau kena beritahu pekara yang sebenar

Nanti ayahanda marah

Habis tu tak kanlah kau nak habiskan hidup kau dengan orang yang kau tak sayangi?

Dunia ni memang kejam

Aku perlukan pendapat Charles. Dengar cerita, malam ni puteri elyn akan datang. "Charles?"

"yup" Dia yang sedang bermain telefon bimbit memandang kearahku. "ada apa?"

"Kau suka ke kalau aku jadi abang ipar kau?" Charles memandang ku dengan pandangan yang lemah. Dia melepaskan keluhan

"Aku tahu hati dan jiwa kau terseksa. Pergilah beritahu ayahanda kau pekara yang sebenar." Charles menepuk bahuku lalu keluar dari bilik. Dugaan apa yang aku dapat ni?

---------Edward P.O.V------

"baiklah ayahanda. Ed akan sampai dalam masa 20 minit." Ayahanda call. Dia tanya kenapa aku tak sampai istana lagi. Sebab lepas habis kursus aku terus pergi kedai cermin mata. Aku cuai. Malam tadi aku asyik fikirkan Sky sampai cermin glasses tu pecah. Cermin mata tu terjatuh dari tangan aku. Aku belikan yang baru untuk dia.

Kini aku sampai di istana. Nasib baik aku tukar baju di tempat kursus tadi. Sebuah Bentley berwarna putih parkir di kereta-kereta yang lain. Rakyat memang dijemput hadir, tapi mereka tidak boleh parkir kereta di dalam kawasan istana. Ada tetamu lain kut. Aku terus pergi ke dewan. Bonda, ayahanda dan keluarga diraja Federal berdiri di suatu tempat. Muzik yang dialunkan oleh orkestra sungguh merdu sekali. Tema pada malam ni adalah elegant. Semua tetamu memakai pakaian mengikut tema. Aku pergi menuju kearah ibu bapa ku berdiri.

"maafkan anakanda kerana lewat." Aku memberikan tunduk hormat sebanyak 75 darjah.

"tak apa. Ed pergilah jumpa tetamu yang datang. Layan mereka dengan baik." Kata ayahanda.

"Baiklah." Aku berlalu pergi tetapi ayahanda Charles memanggilku. "ya tuanku?"

"Beta ingin memperkenalkan ini puteri pertama beta" Raja Federal menunjukkan seorang wanita yang berada di sisinya. "Elyn Federal" Aku tunduk hormat kearahnya. Aku sepatutnya pergi bersalam gaya gentleman tapi segan. "Elyn ikut Putera Ed ni jumpa Evan ya" Kata Raja Federal kepada anaknnya. Aku memberikan senyuman yang manis. Elyn mengikuti aku pergi ke Evan.

"Evan. Charles" Sapa ku kearah mereka yang tengah berborak.

"yes" sahut mereka berdua serentak

"Elyn?" Charles memandang tepat kearah Elyn. Dia terus pergi kearah Elyn. "Bila Elyn sampai?" Tanya Charles. Aku dapat membaca reaksi muka Evan apabila Charles menyebut nama Elyn. Kesian dia

"1 jam yang lepas." Dia tersenyum manis ke Charles.

"oh." Charles mengangguk tanda faham. "oh! Perkenalkan ini Evan Brook." Kata Charles.

---------Evan P.O.V-----

"perkenalkan, ini Evan Brook." Charles memperkenalkan aku kepada Elyn. Ely memandang ku dengan senyuman. Perlu ke aku balas senyuman dia? hantar lah seseorang untuk tolong aku. "mmmm...... Edward, jom temankan Charles nak ambil air hauslah." Aku cakap tolong aku bukanyer tolong burukkan keadaan lagi.

Edward menunjukkan senyuman yang bermaksud kepada ku. Dalam masa yang sama dia membuat muka simpati. "jom." Dengan itu Charles dan Edward pergi ke meja minuman. Sunyi. Silent. Awkward 

"perlu ke kita berlakon cintai orang yang kita tidak cintai?" Elyn membuka bicara dahulu.

"tak... ta..tak per..perlu kut" Gagap. Fuh~~

"tak perlulah takut. Saya ni manusia juga." Elyn ketawa kecil. Aku mengusap rambut ku kerana berasa malu. Perlu ke kau malu Evan? "awak buat pekara ni rela hati atau paksaan?" tanya Elyn. Dia kini kembali serius

"rela hati.... kut?" 

"tak guna berselindung lagi Evan. Saya tahu awak dah ada pilihan lain. Begitu juga dengan saya." Eh! macam mana dia tahu ni?

"betul. Saya dah ada orang lain. Tapi, ayahanda tidak tahu mengenai perempuan tu."

"saya akan tolong awak." mulia betul hati Elyn ni. Aku dapat rasakan yang dia nak sangat perkahwinnan ini dibatalkan. Tiba-tiba pintu Dewan dibuka. Semua mata tertumpu kepada kelibat dua orang budak kecil yang sungguh cantik pada malam ini. Hazel dan Victoria. Semua orang berkata "aww" mereka tersenyum gembira. Hazel menarik tangan seseorang yang berada di belakang pintu. orang itupun keluar. Skylyn. Mata aku terus beralih kearah Edward. Sungguhnya, aku tahu yang Edward ada simpan perasaan terhadap Skylyn. Reaksi Edward melihat Skylyn adalah reaksi terkejut.

-------Edward P.O.V----

WOW! just wow!

RoyalsTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang