andai kata, kakak dipaksa berkahwin dengan seorang putera raja yang tampan, tetapi dah ade pakwe lak? Tapi Si adik pula terpikat dengan abang putera raja yang tampan tu. wo wo~
Skylyn Violet Federal, ataupun lebih dikenali sebagai Sky tinggal di s...
Aku dan Charles menuju kearah ayahanda dan bonda. Kelihatan Raja negara Eustarmil memanggil anak-anaknya. 2 orang lelaki yang sangat tampan datang kearah kitaorang. Charles macam dah tau-tau jer yang aku ni tengah cair. Charles memukul lengan aku.
"Sakit la." rungutku dengan perlahan.
"jangan nak menggatal eh." Kata Charles. Dia ni selalu berlakon macam abang aku tapi adik sebenarnya. Memang tak dinafikan, Charles lagi tinggi dari aku.
"tengok dulu la." Senyuman nakal aku berikan kepada Charles. Dia membesarkan mata dan menggengam tangannya. "Rilek la, Sky main-main jer." Kini Charles kembali tenang.
"Harry, this is my son. Charles" oh, Harry. Nama pemerintah tu Harry. Charles menunduk hormat dan bersalaman dengan Raja itu.
"Welcome Charles. This is my wife, Melanie." oh, Melanie. Charles berjabat tangan dengan Melanie
"Hary, my daughter. After Elyn, Skylyn." Kata ayahanda. Aku menunjukkan senyuman yang manis dan berjabat tangan dengan Harry dan Melanie.
"Skylyn, Ini adalah anak-anak saya, Si kembar, Victoria dan Hazel." Kata Harry. Aku memandang kearah si kembar. Comel nyer. Fuh! nasib baik mak ngan ayah diaorang ada kalau tak dah lama dah aku bawak balik istana. Victoria dan Hazel serupa cuma cara nak bezakan adalah dengan mata. Anak mata Victoria berwarna biru manakala Hazel berwarna hazel. Senangnyer.
Si kembar pergi kearah aku. Mereka berjabat tangan dengan ku. "saya Victoria" "saya Hazel" Alamak ai comelnyer!!.
"Skylyn, Charles, ini adalah anak kedua saya Evan Aaric Brook." seorang lelaki datang kearah kitaorang. Firasat aku mengatakan bahawa Evan dan Charles akan menjadi kawan baik. Evan berjabat tangan dengan Charles
"benvenuto, sono Evan. (selamat datang, saya Evan)" Charles tersenyum. Jap! Diaorang cakap bahasa apa ni? german? Itali? Russia? Pelik
"grazie, sono Charles. (terima kasih, saya Charles)" Jawab Charles. HA! pening kepala aku. Kadang-kadang aku rasa Charles ni macam google ataupun google translate. Semua bahasa dia tahu jer. Evan dan Charles memandang kearah ku. "lei è mia sorella (dia kakak saya)"
"bellissimo. faceva a sapere che cosa stavamo parlando? (beautiful. Did she know what we were talking about?" Charles menggeleng kearah Evan. Ape benda lah mamat dua orang ni cakap.
"Nampaknya kamu sudah ada teman baharu Charles." Kata ayahanda ke Charles. Charles hanya tersenyum. "and Evan, So cosa talkin bout (saya tahu apa yang awak perkatakan)" Evan memandang ayahanda dengan muka yang pucat. Ni mesti diaorang mengutuk aku ni. Charles ketawa. Harry turut ketawa. Jangan cakap aku sorang jer yang tak tahu bahasa apa yang diaorang perkatakan. Tak pe Skylyn, Si kembar tu pun tak tahu.
Evan pergi kearah aku. Dia mengambil tangan ku lalu menciumnya. Wait! aku tak suka kut. Tapi itu adalah adat. Lelaki yang gentleman kene buat macam tu. "Evan." Kata Evan singkat
"Skylyn." Jawab ku singkat. Jangan dia cakap bahasa tadi sudah lah. Dah la aku tak faham.
"Skylyn, Charles, ini adalah putera sulung beta, Edward Loran Brook." Aku memandang kearah Edward. Aku cair! Mata hazel dia sungguh cantik. Muka memang putih, bersih dan handsome. Badan dia ala-ala lelaki yang ada muscle tapi tak ketara sangat. Baru aku perasan yang mata Edward dan Hazel sama dengan ayahanda diaorang. Manakala, Evan dengan Victoria sama dengan ibu mereka. Edward menghampiri aku.
"hast du mich verstanden? (do you understand me?)" Tanya Edward. Oh! aku faham bahasa ni! German! Kat sekolah dulu aku suka sangat bahasa ni. Aku mengangguk dengan excited. "Ich bin Edward. Und keine Sorge, weil er diese Sprache nicht kennt. (saya Edward. Jangan risau, dia tidak tahu bahasa ini.)" kata Edward yang menuju ke Evan. Evan terpinga-pinga
"Ich bin Skylyn. Mein Bruder ist es nicht zu wissen. es ist fair jetzt (saya Skylyn. Adik saya pun tidak mengetahui bahasa ini. Ianya adil sekarang.)" Charles memang tidak tahu bahasa German. Edward menghulurkan tangannya, aku meletakkan tangan aku diatas tangannya. Edward mencium tangan ku dengan lembut. Kenapa kali ni aku tak rasa geli? pelik? Selesai itu, Edward berjabat tangan dengan Charles pula.
"Baiklah semua, jom kita tunjukkan bilik tetamu kita." Kata Raja Harry. Wow! Raja dia ni sproting la. Pembantu istana mengangkat beg keluarga aku. "Evan, Victoria, kamu berdua tunjukkan bilik Charles. Edward, Hazel kamu pula tunjukkan bilik Skylyn. Biar ayahanda dan bonda yang tunjukkan bilik Pemerintah negara Angardior ini. Dan isteri nya." Kata Raja Harry apabila kitaorang berada di ruang tamu. Besar nyer,
"Andiamo" kata Evan ke Charles. Charles mengangguk tanda setuju. Evan memimpin tangan Victoria. Sekelip mata mereka semua hilang dari ruang tamu. Kini tinggallah aku, Hazel dan mamat hot ni..... emmm maksud aku Edward.
"Kakak Sky, boleh tak kalau kakak dukung Hazel?" Kata Hazel. Dia membuat puppy eyes.
"Hazel mana boleh. Dia tetamu kita. Kita mesti....." Aku memotong kata-kata Edward
"Tak apa. Saya teringin nak dukung budak kecil." Senyuman aku lemparkan ke Edward. Dia membuat muka bersalah.
"Maaflah kalau menyusahkan Puteri." Kata Edward. Aku mengangkat Hazel di sebelah kanan aku. Ringan gak la.
"tak pun. Panggil saya Sky sahaja. Kalau tak keberatan la." Kata ku kepada Edward. Nasib baik Hazel ada kalau tak...... Fuh! aku kena berhenti berangan. Skylyn! kau mesti kawal emosi kau! Fighting!
"baiklah tuan.... maksud saya Sky." Comel betulah bila dia buat muka hot! Walaupun suara dan muka dia garang, aku still boleh nampak kelembutan hati dia. SKYLYN! KAWAL! "jom saya tunjukkan bilik." Dia berlalu pergi keatas tangga. Ek eleh! mamat ni bukanyer nak bagi aku jalan dulu. So, aku folow belakang dia jer la. Dia berhenti di hadapan sebuah pintu yang agak besar yang bercorakkan daun luruh. "sini bilik Sky, sebelah ni bilik saya. Kalau ada apa-apa jumpa la saya."
"okay." Aku memasukki bilik itu bersama dengan Hazel yang masih berada di tangan aku. Edward hanya tunggu di tangga. WOW! gambar!
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.