ROYALS=33

5.9K 183 0
                                    

-------Skylyn P.O.V----

"Habistu ayahanda Evan cakap apa?" bergetar-getar aku menunggu jawapan dari mulut Evan.

Aku sekarang tak senang duduk kat dalam limo sementara tunggu Charles.

"Ayahanda Evan cakap dengan cara baik. Dia cakap Ed kena lupakan semua ni sebab Elynn akan bersama dengan Evan lepas ni. Ayahanda kata,......."

"ayahanda Evan kata apa?" Janganlah buat aku takut Evan. Seramnyer!!!

"Ayahanda kata... 'tid' 'tid'" Really? Bateri aku mati? ah come on!

Aku mencampakkan telefon pintar tu diatas meja. Kenapa hidup aku ni susah sangat? Means aku tak boleh jumpa Ed la lusa? Redha jer la.... Aku nak balik then aku nak tidur...

Mana Charles ni?

--------Charles P.O.V----

"Lee!" Parking lot ni dah la besar. Aku mana tahu kereta Sir Harry yang mana satu.

"lee!" jerit ku lagi sekali. Mana dia ni?

Jap! Sir Harry guru right? so, maksudnya dia parkir kereta dekat tempat guru. Taniah Charles! mujur otak aku berfungsi waktu ni. Aku berlari kearah tempat parkir guru.

Tapi tak ada kelibat Lee pun.... Mungkin dia dah balik kut.... 

"Hailee..." rungut ku perlahan

"Wyeh kau rindu aku eh?" Hailee? Aku menoleh ke belakang. Yup! Dia

kali ni aku dapat pandangan yang penuh untuk dia. Wow! rambut dia dah panjang. Dia dah berubah dah. Tapi perangai dia tak berubah. Cara dia berpakaian seperti perempuan lain tapi digayakan dengan gayanya. T-shirt hitam dengan flannel merah. jean hitam dan kasut merah. Aku memerhatikan pergelangan tangan dia. Bandana yang aku agi dulu terikat kemas ditanganya. Dia simpan lagi barang yang aku bagi.

"Habis dah?" Tanya Hailee tiba-tiba

"apa?" apa yang dah habis

"Describe cara aku berpakaian" Kata Hailee dengan muka selambanya

"not bad" kataku. hailee mengetuk kepala aku

"hotak kau. Aku dah ubah penampilan, kau cakap not bad jer?" Katanya tegas

"habis tu kau nak aku cakap apa?" Sakit kut dia ketuk. Habis rambut aku

"Cakap lah lawa ke cantik ke. Ni not bad jer. Penat abang aku ubah penampilan aku." Oh aku ingat abang dia. 

Nama abang dia Shawn Steinfield. Dulu masa kecil, abang dia selalu belanja aku dengan Hailee aiskrim. budak 5 tahun suka makan ais krim jer. takkan abang dia nak belanja aku salmon grill pulak. Ahh~ indahnya memori dulu

"kau ni memang kuat berangan macam dulu he?" Ayat hailee mengembalikan aku kepada realiti

"Aku just rindu zaman dulu.." kata ku perlahan.hailee tersenyum

"jom mula balik nak perkenalan kita?" Kata Hailee

"Saya Charles Jeseph Federal the fourth. Awak boleh panggil saya CJ sahaja" Aku menghulurkan tangan supaya Hailee senang sambut

"Saya Hailee Steinfield the walking calculator. panggil Lee jer." Walking calculator? oh! otak dia otak math. Dia tidak menyambut tangan aku.

Hailee mengundur beberapa tapak ke belakang. Senyuman nakal berada di bibirnya.

"1....." Dia mula mengira. "2..." jangan cakap yang dia nak... "3!" oh tidak! Hailee berlari kearah aku. Dia memeluk aku sekuat hati dan akibat daripada ketakseimbangan kitaorang membuatkan kitaorang jatuh terbaring. Tangan hailee kemas berada di leher aku. nasib baik aku jatuh dulu sebab kalau Hailee jatuh dulu dia kena tampung berat badan aku. Ringan jugak Hailee ni. Dia mengangkat muka dia sedikit

"Dude! Aku rindu kau siak!! janganlah tinggalkan aku lagi!!" Marah hailee. Aku melepaskan ketawa kerana gelagat hailee. "Aku tengah serious kau pergi gelak pulak apesal?! Susah tau nak jumpa aku tengah serious macam ni" Dia masih lagi tak berganjak dari atas badan aku. Tangan jangan cakap lah, still lagi ada dekat leher aku

"Ye! aku janji tak akan tinggalkan kau lagi." kataku dengan ketawa yang masih bersisa

hailee mengambil tangan kanannya dan mencubit pipi aku dengan kasar. Apa lah yang minah ni tengah buat?

"kau dah gemuk la." Sakat Hailee. Aku pun apalagi balas la. Aku mencubit kedua-dua belah pipinya dengan kedua-dua tangan aku.

"kau yang dah gemuk" Balas aku

"mana ada" marahnya

"ya, ada"

"eh kau ni." Hailee mengembalikan tangan kanannya dibelakang leher aku. Sampai bila posisi ni boleh bertahan?

"ehem!" Selepas beberapa saat seseorang berdehem. Aku dan Hailee serentak memandang ke arah suara tu

"Eh uncle! nak balik ke?" Tanya hailee

"yup. uncle cari Lee tadi tapi Shawn cakap Lee keluar dari kereta." ucap Sir Harry. Sir Harry tersenyum kecil dan melihat jam tangannya. "oh patut lah dah pukul 5. Patutlah ada sinetron dekat sini." Guraunya

Hailee memandang aku dan aku memandang hailee. Baru aku perasan yang kitaorang tak bangun lagi. hailee ketawa. lawanya bila dia ketawa

"Sorry" ucap Hailee lalu dia bingkas bangun. Dia menghulurkan tangan selepas dia berdiri. Aku menyambut tangannya. Habis kotor baju aku, tapi tu tak penting. yang penting aku dah jumpa kawan aku balik

"Ah! CJ jom, jumpa Shawn!!" Cadang Hailee

"CJ?" tanya Sir Harry tiba-tiba. Minah ni sesuka hati dia jer nak menjerit

"CJ stand for Charles Jeseph. Lagipun dulu kitaorang suka tengok cerita CJ7." Terang Hailee. Bukan aku yang nak nama tu tapi dia yang bagi

"oh" balas Sir Harry pendek. Hailee menarik tangan aku kearah satu kereta Toyota Camry Hybrid yang berwarna silver.

Hailee membuka pintu passenger depan. Kelihatan kelibat seorang lelaki dewasa sedang nyenyak tidur. Aku tahu tu Shawn. Hailee menyepit tangannya di hidung Shawn. Akibatnya Shawn tak boleh bernafas. Shawn tersedar dari tidur

"Lee jangan kacaulah!! Pergi main jauh-jauh" Marah Shawn. Matanya terbuka sedikit

"Abang Shawn!!! Lee bawak CJ. Dia nak jumpa abang!!" Hailee menjerit di telinga Shawn. Kesian, malang dapat adik macam ni. Shawn kini tersedar sepenuhnya

"abang tak nak jumpa dia...."

ke-kenapa?

RoyalsWhere stories live. Discover now