-----Charles P.O.V---
"Abang Shawn kenapa ni?" Tanya Hailee. "Kenapa abang Shawn tak nak jumpa CJ?"
"Hailee berhenti berangan lah. Tak kan setiap hari Lee nak bagitahu abang yang Lee rindukan CJ." Lee rindu aku? Muka Hailee merah padam. "Abang janji satu hari nanti abang bawak Lee jumpa CJ. Tapi sekarang ni berhenti bercakap dengan teddy bear yang Lee bagi nama CJ tu. Abang penat, abang nak tidur." Shawn menyandarkan kepalanya di kerusi
La~~ aku ingatkan Shawn benci aku tapi tak. Hailee bagi nama teddy bear dia CJ? rindu sangat ke dia dekat aku? Hailee memegang kedua-dua belah pipi Shawn dengan kuat.
"Abang bukak mata sekarang dan tengok siapa yang ada belakang Lee! s-e-k-a-r-a-n-g" Kata Hailee dengan suara yang menahan kemarahan.
Akibat tindakan Hailee, shawn melihat aku dengan wajah terkejut
"CHARLES!!!!" Jerit Shawn dan memeluk aku. Dia melepaskan pelukkan. "Ish! kau dah tinggi la" Kata Shawn
"hahaha terima kasih. Kau lagi tinggi." tak dinafikan memang Shawn lagi tinggi dari aku
Shawn Steinfield (Shawn Mendes- dah dengar lagu dia? treat you better?)
Muka Shawn memang tak ada rupa korea. Maybe dia ikut mak dia kut
"Eh aku memang tinggi." Balas Shawn kembali
------Skylyn P.O.V--
"Sky? kenapa termenung? ayahanda tengok kamu dari petang tadi asyik termenung jer. Ada masalah ke?" kata-kata ayahanda mematikan lamunan aku
Aku melihat ayahanda dan kembali ke pingang makanan aku. Lansung tak terusik spaghetti. Semua mata di meja tu memerhatikan aku. Aku termenung sebab terfikirkan apa yang Evan nak sampaikan. Balik dari sekolah Charles tadi, aku terus mengejas phone aku then tidur. 30 minit sebelum dinner bari Wani kejutkan.
"tak ada apa-apa lah." Balas ku lembut
"betul ni?" Tanya ayahanda inginkan kepastian
"betul" Aku menyuapkan makanan kedalam mulut untuk kelihatan gembira. ayahanda tersenyum
"esok jangan lupa. Sky mesti temankan Elynn" Kata ayahanda. Rasa macam aku nak terbalikkan pingan spaghetti ni jer. Ayahanda kenapa tak faham apa yang ingin anakanda sampaikan
"tak lupa." kataku dengan gembira.
"pergi mana esok?" Tanya Charles tiba-tiba. Kalau bonda dengan ayahanda tak ada, dah lama aku cucuk garfu ni dekat mata Charles. Biar dia jadi kassim selamat. Lantaklah
"Oh. Lupa nak beritahu. Esok Skylyn akan temankan Elynn pergi membeli dress untuk wedding nanti. Charles nak ikut?" Tanya ayahanda.
"Bukan wedding tu lambat lagi ke?" Al-maklum dalam istana ni semua dah tahu akan wedding tu kecuali Charles
"Skylyn akan sambung pengajian jadi ayahanda tidak mahu Skylyn tiada masa perkahwinan itu nanti." Balas ayahnda. Ayahanda memang nak aku ada supaya ayahanda nak tengok aku menangis waktu wedding tu nanti
"ohh. Nak ikut lah!" Kata Charles dengan teruja. kau tunggu Charles. Aku belasah kau cukup-cukup
"baguslah kalau begitu." Kata ayahanda. Sepanjang waktu makan malam ayahanda tak henti-henti cerita bagaimana terujanya dia untuk melihat anaknya berkahwin. ayahanda dan bonda naik ke kamar tidur dahulu kerana ingin menyelesaikan tugasan rakyat.
Kini tinggalah aku, Elyn dan Charles di ruang makan yang sebesar dewan ni. Beserta dengan pengawal-pengawal yang berdiri di setiap dinding lebih kurang 20 orang. Selepas kelibat ayahanda dan bonda tiada, aku dengan perasaan marah melemparkan napkin kearah Charles.
"kenapa?" Tanya Charles pelik.
Aku memberikan senyuman kelat. "saje jer" kataku. Charles melemparkan napkin tu kembali. Tapi kali ni aku baling anggur yang berada di dalam bakul kearah Charles. So, jadi lah food war
"kamu berdua berhenti!" Arah Elyn sambil berdiri.
"Dia yang mula dulu" Kata Charles.
"Sky tak akan mulakan kalau Charles yang tak cari pasal!" marah aku kembali. Aku tetap membalingkan buah-buahan kearah Charles. Charles turut buat pekara yang sama
"Charles buat salah apa?" Tanya Charles. Dari posisi duduk, aku dan Charles berdiri sambil membaling buah-buahan
"Skylyn berhenti!" marah Elynn. Aku tak akan berhenti. Lantak lah nak jadi apa. "Charles berhenti!" Elyn memarahi Charles pula. Aku dan Charles masih berdegil. Dua-dua tak mahu mengalah. "pengawal." pinta Elyn
Dua orang pengawal menghampiri aku dan memegang kedua-dua belah tangan aku. Pekara yang sama turut berlaku pada Charles. Aku pandang Charles dengan pandangan yang tajam. Baju Charles yang berwarna putih tu kini bercorak purple kerana anggur yang aku baling. Baju aku turut sama. Rambut aku mesti dah macam x-men dah.
"Skylyn kamu kenapa?" tanya Eyn. Apabila ayahanda dan bonda tiada, Elyn akan berkuasa. "Apa yang tak kena dengan Sky?!" marah Elyn
"Semua!! Semua benda tak kena dengan Sky!!" Jerit ku apabila marah.
"Skylyn bawak bertenang! sekarang bukan waktu untuk Sky cerita semua ni." Marah Elyn kembali
"habis sampai bila?! Sky dah penat dengan semua yang dah terjadi!! Elyn tak pernah faham apa yang Sky rasakan!! Elyn cuma tahu happy jer bila nak berkahwin dengan Evan!! Evan merayu dekat Sky supaya tolong musnahkan perkahwinan ni. Tapi Elyn dengan Charles malah tolong untuk teruskan jugak! Sky penat! Sky tertekan! Kenapa dunia ni kejam sangat untuk Sky teruskan hidup!! Sky nak hidup yang dulu!! Dulu kita bertiga bahagia! Lepas semua ni terjadi, Elyn dah berubah! Elyn tak macam dulu. Elyn jadi tegas dan tak ada masa untuk Sky dengan Charles. Jujur Sky cakap yang Sky sukakan Edward. Tapi kenapa yang Elyn tak nampak pekara tu?! Membazir waktu jer cakap dengan Elyn. Elyn bukan faham pun perasaan sesiapa!" Aku melepaskan pegangan pengawal di tangan aku dan terus menuju keluar ke mana-mana pun.
------Charles P.O.V----
Betul ke apa yang aku dah dengar? Sky luahkan perasaan marah yang dia pendam selama ni ke Elyn. Sky tak pernah macam ni. Tapi tindakan dia tadi betul, dia beritahu kebenaran.
Sky keluar dari dewan makan ni dengan air mata yang disekanya kasar. Elyn terdiam seribu bahasa. Aku masih lagi dalam pegangan pengawal. Aku meminta pengawal untuk lepaskan aku. Dua orang pengawal tu menurut perintah. Patut aku pergi ke Elyn atau Sky?
ARGH!!!! serabut!!! Biarlah diaorang tenangkan fikiran. Aku pun nak tenangkan fikiran.
Aku menapak menuju ke bilik aku. Di tangga berdekatan dengan dewan aku ternampak ayahanda dan bonda berdiri di situ. OMG!! trouble! trouble!! Habislah kalau ayahanda dengar apa yang Sky cakap tadi. Muka ayahanda bukan seperti selalu yang serious tapi muka bersalah. Bonda pun sama.
Aku buat-buat tak nampak ayahanda dan bonda danterus menuju kearah lain. Tapi ayahanda sedar yang aku nampaknya.
"Charles" panggil ayahanda. nak telan air liur pun susah. Aku menoleh ke belakang dengan perlahan.
"ya ayahanda." kata ku sambil melihat muka ayahanda. huh~ takut!
"ke bilik beta sekarang" Selepas berkata begitu ayahanda bergerak menuju ke pejabatnya. Ayahanda jarang guna perkataan 'beta' dengan aku. Kecuali kalau waktu serious.
Bonda memandang aku dan menggelengkan kepala. Mati aku
YOU ARE READING
Royals
Romanceandai kata, kakak dipaksa berkahwin dengan seorang putera raja yang tampan, tetapi dah ade pakwe lak? Tapi Si adik pula terpikat dengan abang putera raja yang tampan tu. wo wo~ Skylyn Violet Federal, ataupun lebih dikenali sebagai Sky tinggal di s...