Royals=26

6.8K 252 5
                                    

-------Charles P.O.V----

Sekarang ni aku tengah temankan Victoria dan Hazel makan di meja jamuan. Kenapa Evan lari keluar tadi? Tadi aku nampak Rabecca. Macam mana aku kenal Rabecca? Evan tunjukkan gambar dia. Not bad la orang dia. Tapi tadi Elyn ada sekali.... harap tak ada benda buruk yang berlaku. Bonda dan Bonda si kembar menghampiri aku dan si kembar. bonda meletakkan tangannya dibahuku

"Charles tengah buat apa?" tanya bonda

"oh, Charles cuma tolong jagakan si kembar ni. Diaorang cakap diaorang lapar" kataku jujur

"terima kasih Charles." kata bonda Evan.

"tak apa" balas ku dengan senyuman.

"Charles ada nampak Edward tak? ataupun Evan? sebab semua tak ada. Dan mana Skylyn pergi?" Tanya bonda pula. Nak jawab ke tidak? 

"Edward dan Skylyn pergi jumpa kawan. Evan pula pergi jumpa Rabecca" Muka bonda Evan berkerut

"Rabecca? buat apa?" tanya bonda Evan

"ummm..............

--------Skylyn P.O.V----------

Macam mana aku nak turun ni? "HELLO!!" jerit ku. tapi still tak ada sesiapa yang tolong. Diaorang tak dengar kut. Mama!!! aku nak balik!!

keep going Sky. Teruskan menjerit!!

"TOloNg!!" Urghh dengan contact lense aku tak pakai. memang tak nampak apa-apa.

"Siapa dekat atas tu?" Seseorang bertanya. Finally, ada jugak penyelamat aku. yay!!

"Skylyn. Boleh tolong tak? Evan kunci saya dekat balcony ni." Ngadu ku. Kuat betul aku mengadu.

"Skylyn?" Tanya orang itu balik. "Skylyn Federal?"

"habis tu Skylyn mana lagi?" Bengang kut aku. Tolong je la aku

"Charles cakap Sky dah balik negara Angardior." Bila masa pulak aku balik negara aku? mamat ni gila ke apa?

"Kenapa pulak saya nak balik negara saya? Ni mesti Evan sepakat dengan Charles" Memang kena budak 2 orang tu nanti

"oh... " Dia diam seketika "Sky nak turun kan?"

"ye la. Tak kan nak duduk sini sampai esok?" Dia ni nak tolong ke tidak?

"ok sorry. Sky lompat la dari palang tu. Saya sambut." Gila ke apa nak nak dia sambut. Aku tak kenal pun siapa dia. "Sky, cepat sikit berfikir sebab dekat atas tu ada cicak.!" Kata nya

Cicak?!! Ewwww! "arhhh!!" aku terlangar palang tu dan terjatuh tapi tangan aku masih memegang erat palang tu. Kalau aku lepaskan palang tu, matilah aku.

"Sky lepaskan palang tu. Saya sambut." Boleh percaya ke? nak lepas ke tidak? tangan aku makin lama makin licin. "Sky percaya kan saya" perlu ke aku percayakan dia? Skylyn kau kene percayakan dia

Aku melepaskan tangan ku dari palang tu. Aku memejamkan mata dengan erat. kedaan jadi senyap. Aku dah mati ke?

"sky?" Aku sedar yang aku berada di dalam dakapan lelaki yang menolong aku. ah~ selamat. "Sky okay tak?" tanya lelaki tu. aku memandang wajah lelaki itu.

"Edward?" Tanya ku. Dia tersenyum. Aku rasa badan aku bergerak. Rupanya, Edward membawa aku ke kerusi di taman tu. Dia meletakkan aku perlahan-lahan. Dia duduk di sebelah aku. "terima kasih" Ucap ku. Dia tersenyum.

WOW!! Dia senyum di bawah cahaya bulan. OMG!! Handsome nyer!!

"its okay." katanya. "Sky cedera tak?" Tanya Ed. Aku melihat badan ku. pergelangan tangan aku luka. luka tapi tak sakit sangat. Aku menunjukkan luka tu kepada Edward. "lain kali hati-hati." Bebel nya. Dia mengambil sapu tangan di dalam poket kemejanya lalu membalut luka itu.

"terima kasih" Ucap ku. Kemas jugak balutan dia. Kalau aku.... haha tak perlu cerita la...

"Kenapa Evan bawak Sky pergi situ?" Tanya Ed tiba-tiba. Jealous ke? haha

"oh. Evan ajak teman dia ambil angin tu jer" Riak muka dia berubah ke arah yang baik

"oh." Suasana sepi seketika

"ok. jom la pergi masuk dewan, nanti ayahanda marah." kataku. Aku bangun dan bergerak tapi ada pekara pelik berlaku. Edward menarik lengan ku dengan kuat. Aku tertarik dan terduduk di atas ribanya. Tangganya kemas berada di sekeliling pinggang ku.. Senang cerita, kejadian sama macam malam semalam berlaku.

"tunggu.... jangan bergerak" Kata Edward. "Walaupun banyak halangan untuk dapatkan Sky, Ed tak akan sesekali mengalah" Kata Ed. Jangan cakap jembalang semalam dah rasuk di balik.

"Ed. Cukup lah. Halangan ni Ed tak akan dapat lawan." Kata ku. Ewah kau Skylyn dah pandai bercakap

"Ed akan buktikan." Edward berdiri dan automatiknya aku sekali berdiri. Tangannya kini memegang kedua-dua belah tanganku. "Bulan dan bintang akan menjadi saksi pada waktu ni. Apa yang Ed nak lafazkan ni adalah untuk Sky sahaja. Skylyn Federal, sebenarnya Ed sukakan Sky." Oh Mak Datuk!!! Betul ke?!!! 

"Ed........"

"Ed tahu ayahanda akan marah tapi ini cinta pertama Ed dan akan menjadi cinta terakhir Ed." Aku nampak keikhlasan Edward di situ. Siapa jangka dalam masa 2 hari aku mampu ubah perangai Ed yang dulunya sombong

"Ed........." air mata ku mengalir sedikit demi sedikit

"Skylyn? Edward?" Aku dan Ed memandang ke arah suara itu

Charles, Victoria, Hazel, bonda dan bonda Edward

"betul ke apa yang kami dengar?" Tanya bonda Edward. aku dah takut

"betul." Kata Edward dengan beraninya. Dia memang yakin dengan perasaan dia

Semua tersenyum???!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

This is your captain speaking, Nana Natasya

2 cerita dalam masa sehari!!!! Nana memang tak pernah plan pun apa yang akan berlaku seterusnya. Kalau Nana rasa nak buat cerita, Nana buat jer. So, kesudahan cerita ni Nana tak tahu apa akan terjadi

Nana mintak sangat jasa baik kepada pembaca-pembaca cerita Royals ni untuk memberikan pendapat dan idea untuk kesudahan cerita ini. Komen di bawah. Kalau  yang nak tambah actor actress baru pun boleh. just perlu komen sahaja. So, buat watak sendiri. Tolong

captain Nana mengundur diri 

RoyalsWhere stories live. Discover now