First sekali Nana nak say sorry sebab kadang-kadang 'space' dekat laptop ni x boleh guna. Mungkin ada perkataan yang bercantum. Hahaha asalkan faham sudah
-------Skylyn P.O.V---
"happy birthday to you.. happy birthday to you... happy birthday to Skylyn... Happy birthday to you" Seseorang menyanyi di belakangku. Aku melihat ketepi, Charles kini berada bersama dengan yang lainsambil tersenyum. Takkan Charles yang nyanyi pulak? Aku menoleh kebelakang
Edward! Oh My! Dia tersenyum kearah ku dengan kek yang berada di tangannya.Dia kini segak mengenakan tuxedo yang berlambang diraja. Sama seperti ayahanda, sebilah pedang berada disisinya. Aku tak pernah nampak dia macam ni! Dia menghampiri aku.
"make a wish" katanya lalu menghulurkan kek kepada ku. Aku melihat kek itu. Lilin itu aku tenung. lalu aku meniup lilin itu. "Dah termakbul belum wish Sky?" Tanya Edward
"dah"Ujarku dengan gembira
"CHOP! jangan buat apa-apa dulu" Tegur Evan tiba-tiba. Kacau daun la mamat ni
"Sebelum apa-apa terjadi, bagi kitaorang kek ni dulu." Charles mengambil kek itu dari tangan Ed. Aku ketawa bersama dengan tetamu yang lain kerana perangai Evan dan Charles
"Mana glasses Sky?" Tanya Ed tiba-tiba
"Maid of honor tak perlukan glasses kan? hahaha jangan risau ada dekat atas" Risau betul dia bila aku tak pakai glasses. Aku memandang mukanya dengan lama. Rasa macam nak sentuh jer muka dia sebab terlampau bersih. aww aku rindu dia
"Jangan tenung lama-lama nanti makin teruk penyakit rindu" Ujar CalumHood yang berada di kelompok kumpulannya. Wow! 5sos pun datang. Semuaorang ketawa termasuk Edward.
"Ok boleh kita makan kek ni tak? Lapar ni. Biarkan diaorang buat drama dekat situ" Kata Charles. Sekali lagi, semua orang ketawa.Mereka semua bergerak ke tempat yang diingini
"Ed rindu Sky" Ujar Edward. Mata dia yang bewarna hazel itu bersinar. "sorry Ed datang lambat sebab Ed kena dapatkan lenca keberanian ni" Edward menunjukkan lencana yang bewarna emas lambang pedang yang tersangkut di sebelah kanan bahunya.
"Keberanian sebab apa?" Tanya aku. Aku membelek lencana tu. Emas betul ni
"Berlawan pedang dan berani luahkan hal sebenar dekat ayahanda Sky" oh!sebab tu pintu hati ayahanda terbuka untuk terima Lucifer
"Skypun nak bagi Ed lencana la sebab berani hadapi harungan ni" Aku membuka pin bercorak burung hantu yang berada di gelang aku dan meletakkannya di sebelah lencana Ed. Sedar tak sedar rupanya aku tengah pegang bahu dia dengan kedua belah tangan ku. Ed tersenyum nakal kearah ku. Dah mula dah..
"Skyrindu sangat ke dekat Ed?" Senyuman nakalnya masih ada. "Sky boleh pegang Ed tapi Ed ni mahal tau." Dah mula perangai dia
"ei! sorry sikit tau. Siapa rindu dia?" Aku cepat-cepat mengalihkan tangan aku.
"Sikit pun tak ada?" Tanya Ed
"tak"Balas ku singkat
"Kalau macam tu Ed pergi dulu ah. Orang dah tak rindu nak buat macam mana?"Ed memusingkan badannya Dan bergerak perlahan kearah dalam istana. Dipertengahan jalan dia berhenti dan menoleh kepalanya. "Betul tak rindu langsung ni?"
Aku memikirkan buat seketika. "sikit jer" jerit ku. Dari muka yang masam, muka Ed bertukar ke ceria. Dia datang kembali kepada ku
"Sikitpun jadi la." hahaha kalau dah rindu tak kemana
"tak habis lagi ke?" Tanya Evan yang datang bersama dengan Charles.Charles dan Evan hadir bersama sepinggan potongan kek red velvet
"pergi main jauh-jauh la" Marah Edward. Dia menolak sedikit Evan dariaku. Jealous he?

ANDA SEDANG MEMBACA
Royals
Romanceandai kata, kakak dipaksa berkahwin dengan seorang putera raja yang tampan, tetapi dah ade pakwe lak? Tapi Si adik pula terpikat dengan abang putera raja yang tampan tu. wo wo~ Skylyn Violet Federal, ataupun lebih dikenali sebagai Sky tinggal di s...