andai kata, kakak dipaksa berkahwin dengan seorang putera raja yang tampan, tetapi dah ade pakwe lak? Tapi Si adik pula terpikat dengan abang putera raja yang tampan tu. wo wo~
Skylyn Violet Federal, ataupun lebih dikenali sebagai Sky tinggal di s...
Kini aku bersama adik beradikku yang lain sedang menunggu di ruang tamu dengan pakaian utama istana. Semua pembantu istana sibuk Mengemas istana. Hazel dan Victoria sedang bermain kejar-kejar. Evan dari tadi leka bermesej dengan Rabecca. Aku pula sibuk menyelesaikan rubik's cube. Aku bosan. Aku membaling bantal sofa kearah Evan. Balingan aku tepat mengena kearah mukanya. Well setiap bulan aku akan di hantar ke kem dan belajar pekara yang lasak.
"woi!" tegur Evan. Dia berhenti mermesej dan memandang tepat kearahku. Bantal sofa itu Evan baling ke arah ku kembali. Selang lima saat aku baling kembali bantal itu ke Evan. Evan dah mula fed up "kau nak apa!!" marah Evan
"kau nak apa!" Victoria meniru gaya Evan. Hazel turut membuat benda yang sama dengan menggunakan ekspresi yang pelik. Sedang aku ketawa, satu balingan bantal tepat kena kearah muka aku. Sakit kut. Aku memandang ke arah Evan. Tiba-tiba Hazel menjerit. "PERANG!"
Hazel pergi kearahku dan Victoria pergi kearah Evan. Mereka mula membaling bantal sesama sendiri. So, akupun apa lagi, join la. Situasi menjadi semakin teruk apabila ruang tamu dipenuhi dengan kekabu. Serta merta aku menghentikan perang.
"Guys! calm down!" Semua yang berada di ruang tamu itu berhenti dan melihat ke arah aku. "Lagi 10 minit pukul 10. Ayahanda kata tetamu itu akan datang pada pukul 10. Dalam masa 9 minit ni kita kena kemas. Now!" Sebagai bakal pemerintah, aku tidak boleh berperangai kebudak-budakkan. Victoria menolong Evan mengutip kekabu menggunakan vacuum. Hazel mengemas barang yang berada di atas meja. Aku pulak, tolong Hazel sedikit sebanyak. Tiba-tiba bonda datang
"Apa sudah terjadi?!!!" tanya Bonda dengan cemas. Semua tunduk memandang lantai. So, aku sebagai abang, aku kenalah jawab.
"Kitaorang bermain tadi. Maafkan kami bonda." Sekarang ni bonda tengah bercekak pinggang. Victoria dan Hazel membuat muka comel kearah bonda. Kini bonda tersenyum kembali.
"Bonda kami janji tak akan buat lagi" Kata Hazel dengan kecomellanya.
"Bonda maafkan lah kami." Rayu Victoria. Kedua-dua kembar tu membuat muka innocent terhadap bonda. Bonda memandang kearah Evan.
"maaf" Ujar Evan singkat
Bonda memandang kitaorang berempat. Selang beberapa saat bonda tersenyum. Senyuman bonda membuatkan kitaorang berempat tersenyum kembali. "oh! tetamu kita sudah sampai. Ayuh, lekas pergi ke pintu utama." Dengan itu, bonda berlalu pergi. Aku baru nak gerak tiba-tiba Victoria memanggil aku.
"Abang Ed~~" Aku memandang ke arah Victoria. "Kaki Victoria sakit la." Dia tersenyum nakal kearah ku. ha! naik sakit bahu aku ni si kembar ni kerjakan. Aku pandang ke arah Evan. Hazel sudahpun berada di bahu Evan.
"layan kan ajer." ujar Evan dan berlalu pergi ke pintu utama. Aku pun cepat-cepat mendukung Victoria. Kali ni aku tak letakkan Victoria di bahu kerana bahu aku naik lenguh. Kitaorang berempat menuju kearah pintu utama.
Sesampai saja di pintu utama, kelihatan ayahanda dan bonda sedang berbual. Pembantu istana sedang beratur sepanjang barisan pintu itu. Nak kata pintu tak macam pintu. Pintu ni besar. Diimport dari Turki. Ayahanda memandang kitaorang
"Lewatnya. Nasib baik tetamu tu belum sampai." Tegur ayahanda. Ayahanda merupakan seorang yang tegas dan berpendirian tetap. Umur ayahanda tak silap aku adalah 51 tahun. Sebaya dengan tetamu yang akan datang. Hari ini ayahanda segak memakai pakaian diraja
"maafkan kami ayahanda." Ujar aku yang tak semengah ni.
"baiklah. Hazel, Victoria turun. dan kesini." ayahanda menunjukkan tempat yang akan si kembar tu berdiri iaitu di hadapan aku dan Hazel. "Evan. Orang yang kamu bakal jumpa ni adalah keluarga mertua kamu. jadi jaga adab. Bakal isteri kamu tidak dapat hadir kerana outstation." Ujar ayahanda. Evan hanya mengangguk. Ketara riak muka sedih Evan. Dia memandang kearah aku. 'aku akan tolong kau nanti' aku berkata kepada Evan dalam keadaan berbisik. Dia mengangguk.
Tiba-tiba sebuah limo memasukki pekarangan istana
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"sampai juga akhirnya." Kata ayahanda dengan teruja. Pembantu istana membukakan pintu limo untuk perintah tu keluar. Seorang raja yang seusia dengan ayahanda keluar bersama dengan permaisurinya. Ayahanda pergi kearah Raja itu. Mereka bepelukkan cara lelaki agak lama. Permaisuri tu dan bonda saling berpelukkan. Tiba-tiba seorang lelaki muda keluar dari kereta limo itu. Agak muda, mungkin budak sekolah lagi kut. Remaja itu memandang kearah dalam limo dan menarik lengan seseorang. Keluarlah seorang bidadari dari limo tu. Walaupun dari jauh, perempuan tu kelihatan sangat cantik. Perfect bagi aku. Perempuan itu kelihatan excited apabila melihat si Victoria dan Hazel.
"Anak-anak kesini." panggil ayahanda
dari situ lah perasaan aku mula terukir satu persatu