ROYALS=13

8.1K 311 0
                                    

-------Skylyn P.O.V--------

Aku memandang jam lama di dinding. dah pukul 3 petang. Lama jugak aku tidur. Sekarang ni aku nak pergi mana? Aku bersiap untuk keluar jalan-jalan. Macam mana kalau aku sesat? Rilek la Skylyn istana jer pun. Gambar!

Selesai menyarungkan kasut, Aku pergi ke katil untuk mengambil telefon aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selesai menyarungkan kasut, Aku pergi ke katil untuk mengambil telefon aku. Bayangkan aku sampai negara Eustarmil ni pukul 10 pagi then terus tidur bila aku sampai bilik. Sekarang dah pukul 3 petang. Perlahan-lahan aku membuka pintu. Sunyi. Tiba-tiba seorang maid lalu. Aku pergi kearah maid perempuan itu

"Ah..... Tumpang tanya." Dia memandang kearah ku. Dia memberikan tunduk hormat. "Raja dan Permaisuri ada di mana? bersama dengan ayahanda dan bonda beta?" Tanya ku dengan sopan santun.

"Raja, permaisuri dan keluarganya pergi bermain golf di kelab golf diraja bersama dengan keluarga tuan puteri." Kata nya dengan senyuman. Alamak, aku nak buat apa sekarang ni?

"oh, begitu. Terima kasih." Aku ingin berlalu pergi tetapi maid itu memanggil aku.

"Puteri? Tak silap patik, putera Edward bersama puteri Victoria dan puteri Hazel berada di padang istana." Dengan kata-katanya membuatkan aku teruja. Bukan sebab mamat hot yang sombong tu tapi sebab si kembar ada.

"Terima kasih." Aku berlalu pergi ke ruang tamu dan keluar mengikut pintu utama. Jalan ni jer yang aku tahu sebab aku lalu kat sini pagi tadi. Sekarang ni aku dah sesat. Kenapa larh Charles tak ada masa ni? Kalau dia ada mesti dia boleh tolong aku. Haha sedih! Aku masuk balik ke ruang tamu dan duduk di kerusi yang empuk. Istana ni besar betul! Aku menyandar di sofa itu lalu mengeluarkan telefon. Aku segera menelefon Charles. Lepas berkali-kali call barulah dia jawab

'travestito.' Apa bendalarh yang Charles cakap ni? Tau lah dapat kawan baru, tapi janganlah cakap bahasa yang aku tak faham.

"Charles! speak Malay la!" marah aku. Geram kut. Di hujung talian kedengaran si Charles ketawa.

'oh Sky, sorry. Ada ape?' tanya Charles selepas berhenti ketawa.

"Charles pergi main golf bukan nyer nak kejutkan Sky." Merajuk

'sorry la, ayahanda kata jangan kejutkan Sky sebab Sky penat. Apa kata Sky pergi cari si kembar tu dengan abang dia.' Cadang Charles. Kalau lah dia tahu masalah aku. Aku diam seketika. 'Sky sesat kan?' Aku sure yang si Charles ni mahluk asing. Dia macam boleh baca jer minda aku.

"emmmm.... Tadi ada sorang maid kata, diaorang ada dekat padang istana. Tapi Sky cuma jumpa ruang tamu jer." Kataku dengan manjanyer. Charles menarik nafas yang panjang

'kejap, biar Evan yang jadi pemandu pelancong' Aku dengar yang Charles memanggil Evan dan menyuruhnya memberitahu jalan untuk ke padang.

'travestito! (hello) So, Skylyn jalan untuk ke padang adalah.....bala bla bla bla' Dengan bantuan Evan aku sampai juga ke padang istana

"Thanks!" kataku dengan gembira. Selepas mematikan telefon, aku menyimpannya di dalam poket. Dari jauh aku nampak si kembar tengah duduk di bawah pokok dan Si mamat hot tu..... Edward, maksud aku Edward tengah berlawan pedang dengan seseorang. Aku rasa tu pahlawan istana kut. Ketara wajah kebosanan si kembar. Perlahan-lahan aku menuju kearah mereka. Edward dan pahlawan tu menyedari kehadiran aku, mereka pun berhenti berlawan. Pahlawan itu meletakkan sebelah tanganya dibahu dan tunduk hormat ke arahku.

"tuan puteri." Kata pahlawan itu. Si kembar tersedar dari lamunan dan memandang kearahku dengan teruja.

"kakak Skylyn!" Kata si kembar itu serentak. Mereka berlari kearah ku dan memeluk kaki aku. Oh, diaorang pendek. Baru berapa jam aku ada kat negara ni, aku rasa macam aku dah kenal lama dengan si kembar ni. Diaorang melepaskan pelukkan. Aku duduk bersila diatas padang itu bersama si kembar. Edward dan pahlawan tu hanya memandang.

"tengah buat apa?" Tanyaku sambil membetulkan baju aku.

"tengah tengok abang Ed berlawan." Kata Victoria dengan sedih.

"kakak Skylyn nak lawan dengan abang Ed?" tanya Hazel. Aku memandang Edward. Dia hanya mengangkat bahu. Mata aku kembali tertumpu kepada kembar. Senyuman yang manis aku berikan

"Kalau kakak Skylyn menang, kakak dapat apa?" Si kembar memandang sesama sendiri lalu mereka berbisik. Pandangan mereka dikembalikan kepada ku. Aku ketawa kecil melihat gelagat si kembar ni.

"Kalau kakak Skylyn menang........." Kata Hazel dengan teruja lalu memandang Victoria

"Abang Ed akan tolong kakak selama kakak berada di sini." Victoria ber-highfive dengan Hazel. Aku memandang Ed. Dia agak terkejut. Pandai kau kembar.

"setuju." Kata ku sambil bangun. Aku pergi menghadap Edward. Dia masih terpinga-pinga.

"Tapi beta tak setuju" katanya dengan terkejut.

"lambat." Aku mengejeknya. Pahlawan itu memberikan aku pedang yang berwarna biru emas. Aku mengambil nya dan berdiri dalam posisi hendak berlawan. Mujurlah masa aku sekolah menengah dahulu, ayahanda hantar aku ke kelas pedang. Dapat lah aku berlawan sekarang.

"Tapi beta tak berlawan dengan perempuan." Mamat ni banyak cari alasan betul la.

"Bayangkan beta ini lelaki." Kata ku dengan smirk. Si kembar berdiri dibawah payung yang dipegang oleh pahlawan tadi. "ready, set, go..." Dengan itu aku berlawan dengan Edward yang masih terkejut

RoyalsWhere stories live. Discover now