--------Skylyn P.O.V-------
"Urgh!!!" Aku melemparkan sebuah bantal kearah sofa. Pagi-pagi lagi aku dah mengamuk. Sebab apa? SEBAB APA? Tanya la mamat poyo yang bernama EDWARD! Memalukan bila aku ingatkan peristiwa malam tadi
~~~~flashback
"Sky nak Ed kahwin dengan Sky ke?" Satu ayat tu membuatkan muka aku bertukar rona warna. Malam tu tiba-tiba menjadi panas. Selepas aku menolak Ed, dia ketawa. Sempat lagi mamat poyo ni ketawa.
"nak kan?" Tanya Edward sekali lagi dengan ketawa yang masih bersisa
"Eii tolong la. Tak nak!" Putus ku. Mengaku je la Sky, kau nak sebenarnya kan? urmmm... entah?
"Tak kan Sky tak ada perasaan dekat Ed?" Kenapa malam ni penghawa dingin tak kuat? Berpeluh aku nak jawab soalan ni. Ed masih dengan posisi cool dia. Nak jawab ke tidak? Ayahanda tak pernah ajar aku membohong. Tapi kalau situasi macam ni aku terpaksa lah buat begitu. Tapi Sky, kau akan ingkar arahan ayahanda kau. Nak buat macam mana aku terpaksa la.
"Hello? Skylyn?" Edward melambai-lambaikan tangannya dihadapanku.
"oh ya?" Sekarang ni aku kena berhenti bercakap seorang diri
"Berangan la tu. Fikirkan Ed ke?" Edward mengenyitkan mata kearah ku. Lantas dia tersenyum.
"ha'ah" aku mengangguk. Handsome gak mamat depan aku ni. Riak muka Ed berubah. Baru aku sedar apa yang aku cakapkan
"TAK! tak! mana ada!" Kata ku cemas. Aku menekupkan mukaku ke bantal milik sofa lembut ni. Malunyer. Ketawa Ed jelas kedengaran di telinga aku. Suasana menjadi sunyi seketika. Kenapa Ed senyap?
Perlahan-lahan aku mengangkat muka. Mahu gugur jantung aku dibuatnya. Muka Ed betul-betul berada dihadapanku sekarang. mata bundar yang berwarna hazel itu aku tatapi. Lebih 10 saat kitaorang berada dalam posisi tersebut. Ed menggerakkan tangan kanannya dan meletakkannya di kaca mataku. Perlahan-lahan Ed membuka kaca mata tu dan menyangkutnya di bajunya. Matanya tidak leka memandang mataku
"Ed suka mata Sky." Katanya. Posisi masih sama. Aku dapat merasakan nafasnya. Apa yang kau buat ni Sky? Ed merupakan abang kepada bakal abang ipar kau, Evan. Kau tak boleh jatuh cinta dengan dia. Kau masih di peringkat awal, kau masih boleh cegah perasaan kau tu.
Tapi sayangnya setiap minit perasaan aku ni akan bertambah kepada Edward. "Sky... sky..." Baru aku sedar apa yang tengah berlaku. Aku segera menjarakkan kedudukkan aku dari Ed. "maaf" Kataku.
Aku bingkas bangun untuk keluar. Selang dua tapak aku bergerak, Ed menarik pergelangan tanganku. Akibat daripada tindakan Ed itu, aku terduduk diatas ribanya. Tanganya masih kemas di pergelangan tanganku. Tangan kiri Ed berada di sekeliling pinggangku. Dagu Ed diletakkan di bahu kanan aku. Aku diam sebab terkejut bukan sebab rela. Ed membisikkan sesuatu di telingaku
"Ed akan buat Sky jadi hak milik Ed selamanya" Aku tengah mimpi ke? Mamat yang dulunya sombong berubah jadi lelaki romantik. Dia ni vampire ke? ye la vampire kan aktif waktu malam. Ish! Sky, kau ni dah ketagih cerita Twilight Saga.
Aku ketandusan idea. Apa yang akan aku buat bila terjadi kes macam ni? Aku meleraikan pelukkan Ed dan bingkas bangun. Sky fighting. Aku terus berlalu keluar dari bilik si kembar tanpa menoleh ke belakang. "maaf" jeritku sebelum keluar. Aku tak tahu apa reaksi Ed ketika tu.
Di hallway untuk ke bilik, aku terasa jalan yang aku lalui kabur. Oh! aku lupa nak ambil glasses aku dekat Ed. Aku terpaksa bergerak dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Sesampai sahaja di bilik aku menutup pintu bilik dan menuju kearah katil. Wait! bukan katil aku warna kelabu ke? sekarang ni dah jadi warna biru pekat. Bukan katil je yang berubah warna tapi perabot dengan langsir pu bertukar warna. Aku silap bilik ke? Tapi dekat kawasan ni cuma ada bilik aku dengan bilik Ed.......
Sah aku dah masuk bilik Ed! Aku kena keluar sekarang. Hantu apa yang rasuk aku malam ni? pelik betul. Aku membuka pintu dan ingin keluar tapi malangnya tubuhku berlanggar dengan tubuh sasa seseorang. Akibat daripada perlanggaran itu, aku jatuh terduduk. Dah la aku tak nampak siapa yang aku langgar tu. "sorry" Itu je yang mampu aku ucap.
Tubuh itu menghampiri aku dan melutut di hadapanku. "baru lepas 2 minit jumpa tak kan dah rindu kut?" Aku kenal suara ni. Edward Loran Brook.
"mana ada! Sky salah bilik la." Aku masih mampu mempertahankan diriku
"bilik Sky dekat sana. Tapi kenapa masuk bilik ni?" Tanya nya lagi. "jangan jangan Sky nak tidur dengan Ed kut?" Walaupun aku tak pakai glasses, tapi aku boleh nampak yang mamat depan aku ni tengah senyum. Sah! Memang mamat ni poyo!
"jangan nak mimpi tau. Sky masuk bilik ni sebab Sky salah masuk bilik. Bagi balik cermin mata Sky" Ujar ku sambil menghulurkan tangan untuk cermin mata aku. Ed berdiri. Dia mencapai huluran tangan aku dan menariknya untuk aku bangun. Aku berdiri betul-betul di hadapan Ed. Aku masih lagi menunggu cermin mata aku untuk dikembalikan
Ed mendekati aku dengan senyuman dibibirnya. Aku makin mengundur ke belakang. "Ed?" Aku memanggilnya. Ye la kut kut ada hantu sampuknya malamni. Dia makin mendekati aku. "Edward?" Aku memanggilnya sekali lagi. Aku berhenti mengundur apabila belakang badanku bertemu dengan birai katil. Sakit belakang aku di buatnya. Aku diam menunggu ajalku. Ajal? come on la Sky, tak ada ayat lain ke?
"Edward apa Ed buat ni?" Memang sah mamat ni kena sampuk dengan jembalang gua. Ed mengangkat aku. Pinggang aku berada di bahu kirinya. Tangan aku pun apa lagi pukul belakang Ed la. Ed membawa aku ke bilik aku. "Ed dah gila ke? lepas la?" Sejurus lepas aku cakap 'lepas la' Ed meletakkan aku di atas katil aku.
"memang. Ed gilakan Sky." Aku perlukan doktor sekarang ni. Lepas tu Ed beredar ke biliknya.
~~~~End of flashback
Aku ada lagi 2 hari 1 malam dekat istana ni. Macam mana aku nak hadapi perangai mamat handsome tu
YOU ARE READING
Royals
Romanceandai kata, kakak dipaksa berkahwin dengan seorang putera raja yang tampan, tetapi dah ade pakwe lak? Tapi Si adik pula terpikat dengan abang putera raja yang tampan tu. wo wo~ Skylyn Violet Federal, ataupun lebih dikenali sebagai Sky tinggal di s...